Hukum membatalkan pertunangan

“Pembatalan pertunangan ini hukumnya adalah harus, samada pembatalan itu dari si lelaki, atau wanita, atau wali kepada si wanita, kerana pertunangan itu bukanlah akad nikah atau perkahwinan, akan tetapi ia adalah janji untuk bernikah. Bagaimanapun pembatalan ini menjadi makruh sekiranya bukan kerana sebab-sebab yang jelas lagi syarie seumpama si wanita atau walinya nampak sesuatu yang tidak kena pada si lelaki sehingga memerlukan kepada dibatalkan pertunangan dan membatalkan penerimaan yang telah dibuat. Ataupun si lelaki nampak sesuatu yang tidak kena pada tunangannya yang memerlukan kepada pembatalan pertunangan, asalkan ianya daripada sebab-sebab yang diterima syarak.”

Dr Abdul Karim Zaidan, Al-Mufasshal Fi Ahkam Al-Mar’ah Wal Bait Al-Muslim – (4/ 74)

Jadi jelas kepada kita bahawa meminang atas pinangan orang lain itu hukumnya haram, manakala memutuskan pertunangan dengan sebab-sebab yang perlu adalah harus, dan dengan sebab-sebab yang tidak perlu (semata-mata mahu putus tanpa sebab) hukumnya adalah makruh.

Bertunang Lama-Lama, Potensi Nak Putus Tu Memang Tinggi

Menyembunyikan pertunangan.

IKLAN

Hikmah sebenar pertunangan adalah untuk kenal mengenal dan mencari keserasian antara pasangan dan kedua-dua belah pihak keluarga. Jika tiada keserasian ataupun ada masalah ketika perhubungan, ia bukanlah suatu kesalahan untuk memutuskan perhubungan.

Atas sebab itulah ada hadis yang menyarankan supaya pertunangan tidak dihebahkan demi menjamin maruah kedua-dua belah pihak sama ada pihak lelaki mahupun perempuan. Lafaz tersebut berbunyi; “Zahirkanlah (war-warkan) perkahwinan dan sembunyikan (rahsiakan) pertunangan.” Namun hadis ini dhoif (lemah) seperti yang dinilai oleh al-Albani di dalam al-Silsilah al-Dhoifah bilangan: 2494, dan di dalam Dhoif al-Jami’ al-Soghir 922.

Walaupun taraf hadis tersebut adalah dhoif dan tidak boleh dijadikan hujah, namun ia masih boleh dipakai untuk kegunaan sendiri bagi menjamin maruah diri dan menjaga aib jika suatu pertunangan itu tidak seperti yang diharapkan hingga ke jinjang pelamin.

IKLAN

Malah, ada sebahagian ulama ada yang beranggapan sunat menyembunyikan pertunangan jika bimbangkan kejahatan hasad orang lain yang sudah tentu akan berusaha untuk menggagalkan pertunangan tersebut. Hal ini seperti yang dinyatakan di dalam Hasyiah al-‘Adawiy ‘Ala Syarh Mukhtasar Khalil 3/167 dari Mazhab Maliki. Mereka menguatkan pendapat ini dengan hadis;

“Bantu-membantulah untuk menjayakan hajat-hajat dengan menyembunyikannya, kerana sesungguhnya setiap yang ada kemanfaatan itu didengki.”

(Hadis Riwayat al-Tabarani. Dinilai Sahih oleh al-Albani di dalam Sahih al-Jami’, bilangan: 943.)

IKLAN

Namun hadis ini tidak khusus kepada pertunangan sahaja. Sebaliknya anjuran supaya menyembunyikan setiap perkara dari pengetahuan orang-orang yang dengki.

Bertunang Lama-Lama, Potensi Nak Putus Tu Memang Tinggi

Kesimpulan.

Pembatalan sesebuah pertunangan bukanlah suatu perkara yang menggembirakan. Namun adakalanya, ia menjadi langkah yang terpaksa dibuat demi menjaga maslahat yang lebih besar. Maka saya nasihatkan, bertunanglah dengan menjiwai hikmah pertunangan, agar pertunangan tidak menjadi fitnah dan benar-benar dapat dicapai kehendaknya yang digariskan syarak. Sebaik-baik pertunangan adalah dengan menyegerakan pernikahan, kerana ia lebih selamat dari fitnah dan lebih menyempitkan ruang-ruang untuk diganggu oleh syaitan.

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI