Pertunangan adalah janji bagi kedua belah pihak iaitu bakal suami dan isteri dalam mengikat tali perkahwinan dan selalunya ia melibatkan waktu-waktu yang telah ditetapkan dan dipersetujui oleh kedua belah pihak.
Antara persoalan yang selalu timbul di dalam pertunangan ini, adakah dibenarkan syarak untuk mengiklankan atau dihebahkan pertunangan tersebut sepertimana diiklankan majlis perkahwinan atau pun tidak.
Sebahagian ulama’ melihat bahawa menyembunyikan pertunangan adalah suatu yang digalakkan. Ini kerana terdapat sebuah hadis daripada Ummu Salamah R.Anha yang mana Rasulullah SAW telah bersabda:
أظهروا النكاح، وأخفوا الخطبة
Maksudnya:Zahirkan (iklankan) pernikahan dan sembunyikan pertunangan.
Riwayat al-Imam al-Dailami di dalam Musnad al-Firdaus (1/1/27)
Disebabkan itu, sebahagian al-Malikiyyah berpendapat bahawa menyembunyikan pertunangan adalah digalakkan. Ini sepertimana yang terdapat di dalam kitab Syarh Mukhtasar al-Khalil yang mana al-Kharasyi Rahimahullah (wafat 1101H) menyebutkan:
Maksudnya:Adapun al-Khitbah (pertunangan), maka digalakkan untuk menyembunyikannya seperti al-Khitan. Digalakkan untuk menyembunyikannya kerana takut akan hasad yang mana boleh membantu merosakkan diantara orang yang bertunang dan ahli yang ditunangnya.
Adapun sebahagian pendapat yang lain menyatakan bahawa tiada masalah iaitu dibolehkan untuk mengiklan serta menghebahkan perihal pertunangan seseorang itu kerana tiada nas yang sahih di dalam larangan berbuat demikian. Hadis Ummu Salamah R.Anha yang disebutkan sebelum ini, di nilai dhaif (lemah) oleh sebahagian muhaddis. Ini kerana terdapat perawi yang majhul (tidak dikenali) di dalam sanad hadis tersebut dan al-Hafiz Ibn Hajar al-‘Asqalani Rahimahullah juga tidak memberikan apa-apa komentar di dalam Mukhtasarnya (ringkasannya) terhadap Musnad al-Firdaus tersebut.
Al-Syeikh ‘Atiyyah al-Saqr Rahimahullah (wafat 1427H), mantan Ketua Lajnah al-Ifta’ al-Azhar di dalam satu soal jawab agama yang dikendalikan oleh beliau juga berpendapat bahawa tidak mengapa untuk menghebahkan pertunangan dan menurut beliau tiada nas yang sahih di dalam larangan berbuat demikian. Menurut al-Syeikh lagi, jika sahih sekalipun, yang dimaksudkan melaluinya adalah larangan untuk berlebih-lebihan dalam menghebahkan pertunangan.
Kesimpulan
Ads
Kami lebih cenderung untuk mengatakan bahawa perlunya agar pertunangan itu dihebahkan. Ini bagi mengelakkan berlakunya pinangan atas pinangan yang mana ianya jelas dilarang di dalam Islam. Dengan mengiklankan pertunangan, sedikit sebanyak boleh mengelakkan dari berlakunya perkara tersebut. Dalam sebuah hadis daripada Ibn ‘Umar R.Anhuma, Rasulullah SAW telah bersabda:
Maksudnya:Janganlah seseorang itu membeli atas pembelian saudaranya dan janganlah meminang atas pinangan saudaranya yang lain kecuali jika diizinkan.
Riwayat Muslim (1412)
Ads
Al-Imam al-Nawawi Rahimahullah (wafat 676H) mengatakan bahawa hadis di atas secara zahirnya menunjukkan haramnya meminang atas pinangan orang lain sekiranya pinangan itu telah diterima dan tidak mendapat keizinan dari orang yang meminang tersebut. Jika berlaku perkahwinan, maka sah perkahwinan tersebut namun perbuatan meminang atas pinangan orang lain itu adalah berdosa.
Tiada masalah untuk seseorang itu menghebahkan pertunangannya. Namun janganlah berlebih-lebihan dalam menghebahkannya serta menyambutnya seolah-olah seperti berlangsungnya majlis perkahwinan kerana pertunangan itu adalah perjanjian menuju perkahwinan dan boleh sahaja sesuatu pertunangan itu dibatalkan.
Oleh yang demikian itu, bersederhanalah dalam pertunangan itu adalah lebih dituntut dan boleh juga sekiranya seseorang itu untuk merahsiakan pertunangannya untuk aman dari berlakunya hasad dengki dan sebagainya selagi mana tidak timbulnya fitnah. Wallahu a’lam.
Akhukum fillah,
S.S Datuk Dr. Zulkifli Bin Mohamad Al-Bakri
Mufti Wilayah Persekutuan
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Seorang YouTuber Pakistan telah menarik perhatian warga maya apabila dia menghadiahkan seekor anak keldai kepada isterinya semasa majlis perkahwinan mereka.
Azlan Shah dari Karachi telah menghadiahkan haiwan itu kepada isterinya, Dr Warisha yang merupakan seorang pempengaruh di media sosial.
Azlan berkata, dia tahu isterinya amat menyayangi anak keldai. Atas alasan itu dia telah menghadiahkan haiwan tersebut sempena majlis perkahwinan mereka.
Video acara tersebut disiarkan di laman Instagram Azlan dan telah ditonton sebanyak 2.81 juta kali.
Dalam video itu, Azlan menyatakan “Persoalannya ialah mengapa keldai dijadikan hadiah? Jadi jawapannya ialah anda (pengantin) menyukainya dan kedua anda paling rajin dan penyayang.”
Menyambut ulang tahun perkahwinan adalah salah satu cara untuk menghargai pasangan. Bagi kebanyakan suami isteri sambutan ulang tahun ini sangat penting dalam mengeratkan hubungan mereka.
Bersempena ulang tahun yang ke tujuh, pelakon dan pengacara, Nabila Huda menitipkan ucapan istimewa buat suaminya, Mohd Izwan Johar dilaman Instagram.
Jelas Nabila, dia sangat bersyukur kerana dikurniakan suami yang sangat penyabar dan melayan dia anak perempuannya dengan penuh kasih sayang.
Terima kasih dengan segala cinta dan sayang mu yang sepenuh hati pada saya dan @lilkupukupu . Terima kasih kerana sentiasa bersabar melayan kerenah isteri mu yang dramatic ini. Kesabaran yang ada dalam diri awak tu takkan pernah ada sesiapa akan boleh lawan.
Terlalu hebat awak handle seorang wanita bernama Nabila Huda. Kerana kesabaran awak, Alhamdulillah 9 tahun kite bersama. 7 tahun kite sebagai suami isteri. Takde apa yang saya mintak dari awak,cukup lah kasih sayang awak yang ikhlas melayan saya dan keisha macam tuan puteri setiap hari.
Masak,buat kerja rumah,basuh baju kami, lipat baju kami, kemas rumah,buat kami ketawa setiap hari, manja kan kami. Awak sentiasa ada dalam keadaan bersedia whenever we need you..
We love you Abi! Please jaga kesihatan awak ok..I’m scared of losing you. I can’t imagine life without you my love. Saya nak hidup dengan awak sampai akhir hayat saya..Happy anniversary to us sayangku Mohd Izwan Bin Johar.
Didoakan moga-moga rumah tangga pasangan ini berkekalan hingga ke syurga abadi.
Duit belanja dan nafkah untuk isteri adalah dua perkara yang berbeza. Ramai yang suami buat-buat lupa dan abaikan bila si dia sudah ada duit sendiri. Ini satu masalah sebenarnya.
Berilah Duit Belanja Untuk Isteri
Ada juga isteri yang bekerja tidak kisah pun dapat duit poket atau nafkah sebab dia tahu kemampuan suami dia. Namun, kalau suami hulur, jangan tak ambil pula, walaupun hanya RM10, mungkin inilah keberkatannnya, bukan kedekut ye.
Suami kena faham betul-betul antara nafkah dan duit poket. Ada masanya duit poket yang suami beri inilah disimpan dan diguna untuk waktu kecemasan.
Inilah yang dikatakan oleh Mohd Fadhil tentang keberkatan duit poket yang diberikan pada isteri. Rezeki sentiasa ada untuk mereka sekeluarga.
Simpanan Dan Belanja Itu Berbeza
Sepanjang saya mendirikan rumah tangga selama hampir 9 tahun, inilah tahun pertama saya beri duit poket kepada isteri.
Sejak awal perkahwinan, saya amat-amat jarang dan boleh dikatakan tak pernah beri isteri duit poket. Ada ketika saya yang minta dia sebab saya ‘kering’. Jika ada sekali pun hanya RM50.00. Itupun boleh kira dengan jari berapa kali saya beri.
Nafkah bagi saya adalah tempat tinggal, cukup pakaian dan makan minum. Setiap bulan saya akan pastikan ada beras, keperluan anak, bahan dapur kering dan basah.
IKLAN
Itu sahaja.
Walau bagaimanapun perangai saya, jika ada rezeki bonus, saya akan hulurkan kepada isteri. Walaupun RM10.00.
Pernah sekali saya dijemput pergi ceramah, jauhnya mengambil masa 2 jam perjalanan.
Bayarannya hanya RM 200.
Pergi balik duit minyak dah RM100, tol RM50.00. Tinggallah baki RM50.00. RM10.00 hadiahkan kepada isteri, bakinya simpan untuk kecemasan (bagi isteri juga).
Begitulah.
Rezeki Tak Putus
Sehinggalah hari ini, Alhamdulillah, Allah kurniakan saya rezeki setiap bulan. Rezeki inilah saya berikan kembali kepada isteri.
Ada ketika dapat RM1000, saya beri RM500.00. Ada ketika siap buat kejutan, bawa dia ke kedai yang dia suka dan pilih sahaja nak apa, saya bayarkan.
Hari ni, dapatlah saya merasa hulurkan hadiah setiap bulan. Saya lebih suka beri wang, mudah isteri nak simpan atau nak belanja. Wang hadiah lain, wang beli barang peribadi lain.
Bagi saya, setiap rezeki saya pada hari ini adalah daripada doa seorang isteri. Maka, sebagai suami, jangan lokek atau kedekut hulurkan wang kepada isteri walaupun RM10.00.
Percayalah, rezeki kita akan lagi mencurah-curah.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!