Bukan mak ayah kita sahaja yang suka anaknya berjodohan dengan seorang guru. Malah, tuan empunya badan pun memang suka sangat bila bakal isteri atau suaminya seorang guru. Baik zaman dulu atau sekrang, kerjaya sebagai gurulah antara asbab proses kerja kahwin tu jadi cepat.

 

Ingat lagi tak masa kita sibuk nak pilih haluan untuk sambung pelajaran? Mak ayah kita memang dah set minda supaya anak-anak mereka jadi cikgu. Bangga bercerita dengan orang kampung perihal kerjaya anak. Iyalah, mak ayah mana yang tak bangga kan?

 

Sampai sekarang pun, kerjaya guru menjadi pilihan. Di sekolah-sekolah pun dah ramai guru-guru muda yang mengajar. Cara mereka pun lain dari yang lain. Asalkan anak-anak murid berminat nak belajar, gunalah cara apa sekalipun.

 

Dan, istimewanya apabila memilih guru sebagai bakal teman hidup ni boleh dibaca di sini:

 

IKLAN
  1. Senang mendidik

Bila dah kahwin, mesti ada anak sendiri kan? Dah tentulah isteri yang berkerjaya sebagai guru ni tahu bagaimana nak didik anak sendiri. Sebagai ayah, anda cuma menjadi pembantu kepada isteri dalam soal pendidikan anak-anak. Kalau anda tak boleh berada di sebelah untuk mengajar, sekurang-kurangnya jadilah tempat untuk isteri melepaskan penat mengajar atau menjadi sumber kewangan demi membeli peralatan bantuan mengajar. Jangan lepas tangan je!

 

2. Ikut trend semasa

Untuk orang lain, mungkin mereka hadapi kesukaran untuk belajar bersama anak-anak kerana corak pembelajaran dulu dan sekarang tak sama. Di tadika pun nak ajar anak-anak bunyi huruf pun dah lain. Jadi, dengan kehadiran isteri merangkap guru ni lebih memudahkan untuk anak-anak.

IKLAN

 

3. Lebih masa bersama

Waktu bekerja seorang guru tidaklah panjang seperti kerjaya lain. Sekurang-kurangnya mereka mempunyai masa untuk bersama anak-anak di saat anda pulang lewat malam dari kerja. Bila anda pula bercuti, galaslah tugas isteri sementara mereka ‘berehat’ dan mendapat ‘me-time‘.

 

IKLAN

4. Pandai berkomunikasi

Guru-guru atau pendidik ni mempunyai cara komunikasi yang baik. Bagaimana mereka berkomunikasi dengan anak murid, begitu jugalah mereka berkomunikasi dengan anda. Secara tidak langsung, anda mempunyai teman pendengar yang sangat baik malah menjadi teman untuk bercerita juga.

 

5. Lebih positif

Apabila kita berhadapan dengan guru di sekolah, mereka sentiasa mempunyai 1001 cara untuk membuatkan kita rasa tenang dan berfikir lebih baik. Di saat kita ada masalah, mereka akan memberikan solusi dan menyuntik fikiran positif kepada kita untuk direnung-renungkan. Dalam rumahtangga pun sama. Mereka tak akan biarkan aura negatif menghantui kehidupan rumahtangga anda.

 

 

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI