sekadar gambar hiasan

“Jodoh, ajal dan maut itu memang ketentuan Tuhan.”

Seperti juga dengan perkahwinan, semuanya sudah tertulis anda perlu melayari bahtera itu dengan sebaik mungkin. Meredah onak dan duri demi mendapat kebahagian yang hakiki. Ada juga beranggapan kadangkala pasangan yang dipilih salah dan menjadi asbab rumahtangga tidak kekal lama. Percaya atau tidak orang tua dulu kebanyakan berpegang kepada konsep untuk mengetahui sifat mahupun ciri peribadi calon pasangan yang dipilih, perlulah diketahui kedudukannya dalam struktur keluarga. Biasalah orang tua dulu diketahui memang banyak kepercayaan dan pantang larangnya termasuklah, dalam urusan mencari pasangan hidup.

Mereka beranggapan anak sulung sebaik-baiknya tidak sesuai berkahwin dengan pasangan juga anak sulung. Alasan diberi, kedua-duanya mempunyai sifat dasar yang sama, setidak-tidaknya sifat manja dan keras kepala. Begitu jugalah jika anak bongsu, elakkan mencari pasangan yang sama-sama bongsu dalam keluarga kerana kedua-duanya sukar mengawal situasi. Selain itu, jika anak bongsu bertemu anak tunggal, hubungan itu turut dikatakan, bakal bergejolak kerana kedua-duanya sama-sama memerlukan perhatian. Mereka ini dikatakan pasangan yang akan ‘panas’ dan susah untuk serasi. Betul ke?

Tapi mungkin ramai yang tidak perasan antara kelebihan berkahwin dengan anak sulung adalah:

Beruntungnya Jika Pasangan Anda Adalah Anak Sulung

IKLAN

1. Penyayang

Walaupun dia mempunyai ego yang tinggi, dalam masa yang sama dia masih mempunyai sifat penyanyang. Sentiasa peduli terhadap orang lain. Mungkin ada kalanya caranya sedikit kasar tapi mereka juga masih belajar. Terima dia seadanya.

2. Berdikari

IKLAN

Semestinya menjadi anak sulung dia perlu berusaha lebih keras. Kebanyakan dari anak sulung ini memiliki sifat semulajadi bertanggung jawab dalam membantu keluarga. Oleh itu, jika anda mendapat pasangan begini, anda sangat beruntung!. Namun jika mereka memerlukan pertolongan, bantulah dia.

3. Perunding Terbaik

Sudah semestinya dia mempunyai lebih pengalaman dari yang lain, dan ini menyebabkan dia sangat suka untuk berkongsi pengalaman tersebut kepada orang yang disayangi untuk dijadikan panduan hidup.

IKLAN

4. Kuat

Mereka ini kuat dari segi mental dan fizikal. Hidup bersama ibu bapa saat membesar dan di dalam kesusahan di awal perkahwinan membuatkan kehidupannya lebih kental untuk menempuh ujian yang mendatang. Dia juga bersedia menerima apa jua rintangan. Kerana sudah terbiasa membantu adik beradik, dia sangat handal dalam menyelesaikan masalah.

5. Pemaaf

Walaupun kebanyakan anak sulung ini garang tapi dia juga mempunyai sisi-sisi positif dan antaranya memaafkan. Dari kecil dia sudah terbiasa mengalah. Saat panas hati, dia diam seketika, kemudian kembali ceria. Sekalipun mereka begitu, usahlah mengambil kesempatan.

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI