Sebaik sahaja lafaz akad, seorang wanita sah menjadi isteri. Dunianya hanyalah pada suami dan anak-anak. Saat itu, bukan dia meminta untuk memisahkan diri dari mana-mana persahabatan namun dia perlu menjalankan kewajipan sebagai isteri.
Maka suami, hargailah. Saat dia meninggalkan sahabatnya, dia mengharapkan anda menjadi temannya yang paling setia. Yang boleh mendengar keluahan hatinya, yang boleh memberi pendapat tentang fesyen yang disarungkan, yang boleh menjadi tempat untuk bergurau senda.
Maksudnya: Dari Abu Hurairah RA, Rasulullah SAW telah bersabda, “Orang mukmin yang paling sempurna imannya adalah orang mukmin yang paling baik akhlaknya dan sebaik-sebaik kamu adalah orang yang paling baik kepada isterinya” (Hadis Riwayat. At-Tirmidzi, 3/466; Ahmad, 2/250 dan Ibnu Hibban, 9/483. Hadis dinyatakan sahih oleh Imam at-Tirmidzi, Ibnu Hibban dan Syaikh al-Albani.)
Apa adab yang perlu suami tunjukkan pada isteri?
Ads
Lemah lembut
Wanita adalah kaum yang penuh dengan kelembutan. Bagaimana dia melayan orang, begitu juga dia mahu suami melayaninya dengan penuh kelembutan termasuklah tutur kata. Ia melembutkan jiwa dan menenangkan hati yang hiba.
2. Berkomunikasi dengan baik
Jagalah tutur kata agar hubungan rumahtangga terpelihara.
Ads
3. Tunjuk rasa cinta dan kasih sayang
Siapa yang akan halang untuk seorang suami menunjukkan rasa sayangnya pada isteri? Terdapat banyak cara yang boleh suami zahirkan rasa sayang sebagai contoh Nabi Muhammad SAW pernah bermain lumba lari dengan isterinya Aisyah RA.
4. Usah persoalkan kesalahan pasangan
Ads
Semakin kita mencari kelemahan pasangan, semakin kita mendekati pergaduhan dan perselisihan faham. Ada ego suami yang perlu direndahkan saat ini. Ingatlah, apa yang anda lakukan demi kebaikan, pastinya akan dibalas dengan lebih banyak kebaikan lain.
5. Lakukan aktiviti bersama
Ambillah masa yang banyak bersama isteri. Bawalah dia keluar berjalan atau temanilah dia membeli-belah. Sesuatu perkara yang sering dilakukan dengan kawan-kawan seronok juga dilakukan bersama suami.
Jadi, anda pilih untuk menjadi best friend isteri atau membiarkan mereka bersama-sama temannya tanpa anda di sisi. Cuba hargai saat bersama isteri supaya kehidupan dalam perkahwinan lebih bererti.
Kredit foto: Sweetpictures KL
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bagi semua bakal pengantin yang, wajah yang cantik dan flawless ketika majlis perkahwinan adalah perkara yang sering menjadi keutamaan kerana mahukan kelihatan serba canyik dan menawan. Malah, ada segelintir daripada mereka mahu disolek oleh mak andam atau sekarang dipanggil make up artis (MUA) ketika hari bahagia anda.
Namun, professional ataupun tidak semuanya terpulang kepada individu. Wanita sememangnya tidak boleh berpisah dengan rasa ingin cantik dengan mereka. Sebab itu mereka selalu inginkan yang terbaik untuk diri mereka. Walaupun mereka sudah kelihatan cantik, make up itu memainkan peranan untuk menaikkan lagi seri di wajah mereka. Tetapi ada beberapa tips yang perlu anda titik beratkan sebelum menempah MUA ini.
1. Tempah MUA awal
Bila anda sudah dirisik oleh seseorang dan kedua-dua belah keluarga anda setuju untuk menetapkan tarikhnya, mulakan langkah anda untuk mencari MUA kesukaan anda. Pencarian MUA ini anda boleh mencari menerusi sosial media sahaja.
2. Test make up
Agak sukar sebenarnya jika anda mahu mencuba dahulu solekan yang mereka buat tetapi ia amat digalakkan kerana dari situ anda tahu kemahiran dan adakah mereka serasi dengan anda. Oleh itu, anda boleh melihat antara feedback atau gambar-gambar yang mereka pernah solek.
3. Pastikan tarikh mereka tidak pack dengan orang lain
Oleh kerana terlalu ramai yang menempah perkhidmatan mereka, jadi anda perlu confirm bahawa MUA pilihan anda tidak menerima tempahan yang lain selain anda ataupun jadual mereka tidak terlalu ketat. Sehinggakan mereka terpaksa terkejar-kejar untuk bergegas ke lokasi seterusnya. Ini mungkin menyebabkan anda tidak berpuas hati dengan solekannya.
4. Pentingnya komunikasi
Tidaklah anda menilai hanya daripada info mereka di media sosial, anda terus berpuas hati dengan perkhidmatan mereka. Anda perlu tahu, wajah setiap orang adalah berbeza. Ada yang sesuai dengan solekan begini tetapi anda pula tidak bersesuai dengannya. Jadi, pastikan anda sentiasa berbincang dengan MUA anda tentang solekan yang anda mahu secara jelas.
5. Jangan terlalu cerewet dengan MUA
Setiap perkhidmatan pasti ada sahaja yang tidak berpuas hati. Sama seperti MUA, anda jangan terlalu cerewet sehingga membuat MUA rimas dengan perangai anda. Tidak salah anda mahukan yang terbaik tetapi seeloknya berbincang dahulu jenis macam mana yang anda mahukan, tanyakan pada mereka adakah mereka rasa ini sesuai untuk anda kerana mereka sudah berpengalaman.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Adatlah dalam kehidupan berumah tangga ,kadang kala timbul rasa bosan dengan pasangan setelah melayari kehidupan bersama. Malahan bibit-bibit romantis antara anda berdua semakin pudar. Inilah punca-punca bila anda sudah mulai bosan dengan pasangan, pertengkaran mula berlaku.
Malah ada di antara pasangan yang hatinya sudah berpaling kepada yang lain. Sebaiknya hindari perasaan sayang anda kepada insan lain kerana sebaiknya tempat anda ialah bersama pasangan. Kembalikan rasa kasih sayang itu agar keharmonian rumah tangga semakin menyinar.
Salah satu perkara yang mudah dan sederhana boleh anda amalkan ialah dengan menggenggam tangan pasangan ketika mahu tidur. Cara ini memang nampak biasa namun besar manfaatnya. Berikut empat manfaat menggenggam tangan pasangan ketika mahu tidur.
Memberikan ketenangan yang luar biasa
Perasaan yang akan timbul dari memegang tangan ini adalah perasaan yang tenang luar biasa. Ketika pasangan saling mencari tangan yang mahu digenggam, maka perasaannya akan sangat luar biasa. Hal ini biasanya boleh menjadi penghilang perasaan bimbang atau rasa tidak sedap hati yang selama ini dirasakan. Genggaman tangan ini dapat menimbulkan perasaan saling menenangkan.
Melenyapkan rasa marah
Menggenggam tangan pasangan juga dapat melenyapkan perasaan marah yang mungkin terjadi dari siang. Menerima tangan atau memberikan tangan untuk digenggam boleh menjadi tanda saling memaafkan terhadap apa yang sudah terjadi pada hari itu. Hal ini akan membuat kesan yang luar biasa bagi keharmonian rumah tangga.
Membawa kesan; Dia milik anda
Jika sudah memasuki usia perkahwinan yang lama, maka perlu kepastian jika pasangannya memang benar ‘miliknya’ dan ada di genggamannya. Kesan ini juga yang boleh dirasakan ketika menggenggam tangan pasangan ketika mahu tidur.
Menerbitkan rasa kasih dan cinta ‘yang baru’
Perubahan baru yang belum pernah terjadi pada pasangan yang selama ini tidak pernah menggenggam tangan ketika hendak tidur, akan memberi kesan luar biasa atau magis, kerana melakukan perkara baru dan sangat menyenangkan, yang akhirnya seperti menerbitkan rasa cinta baru, semangat baru.
Jangan bimbang untuk memberikan kebahagiaan kepada pasangan anda dengan perubahan baru ini. Tentunya anda tidak boleh ragu atau malu dengan kebiasaan baik dan halal, jika itu akan membuat warna indah bagi keharmonian rumah tangga.
Sumber: InfoUnik
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Selain pemilihan pakaian dan solekan, gaya rambut juga dianggap penting agar pengantin tampil menyerlah dalam setiap konsep pilihan mereka. Bagi memastikan tetamu tidak jemu memandang, tidak salah jika pengantin mengubah gaya rambut dari gaya kebiasaan untuk mencipta kelainan.
Apa yang penting, pengantin perlu melihat kesesuaian dengan padanan pilihan sama ada ia berkonsepkan gaya tradisi atau moden. Ini kerana gaya rambut yang tepat dan sempurna bakal memberikan keseluruhan penampilan pengantin lebih wow.
Bagi mengelakkan kebosanan dengan gaya biasa, ini ada 10 stail yang boleh pengantin cuba. Pastinya pengantin akan menjadi tumpuan tetamu dengan stail rambut sebegini. Jom kita lihat!
1. HALF UP HALF DOWN
2. LOOSE & MESSY SIDE BRAID
3. FRENCH TWIST
4. CURLY UPDO
5. LOOSE CURLS
6. DOUBLE BRAIDS
7. LOOSE PONYTAIL
8. SIDE BRAID
9. CURLY HALF UP
10. HALF UP CROWN BRAID
5 TIP MILIKI RAMBUT SIHAT & MENAWAN
1. Elak cuci rambut setiap hari
Rambut yang dibasuh setiap hari akan menghilangkan kelembapan semula jadinya. Harus dibiarkan rambut anda tidak dibasuh selang beberapa hari supaya rambut boleh menghasilkan kelembapan semula jadi.
2. Amalkan mengurut kulit kepala
Semasa mencuci rambut, cuba urut kulit kepala untuk membantu pengaliran darah menjadi lebih lancar. Dengan pengaliran darah yang lancar, rambut boleh tumbuh dengan lebih lebat, kuat dan panjang.
3. Atasi rambut bercabang
Untuk masalah ini, anda boleh gunakan dua cara. Buat sendiri dengan menggunakan pupur rambut atau dapatkan bantuan profesional dengan rawatan yang disediakan.
4. Kurangkan aktiviti mendandan rambut
Aktiviti seperti mengerintingkan rambut, meluruskan rambut, blow dry dan mewarna akan menyebabkan rambut menjadi tidak sihat. Sebenarnya banyak cara lain untuk mendandan rambut. Pastikan anda menggunakan serum untuk memastikan kesihatan rambut anda terpelihara.
5. Mengikat rambut
Mungkin ada yang akan rasa tidak selesa jika tidak membasuh rambut setiap hari dan jika itu masalahnya, anda boleh menggayakan rambut dengan gaya bun atau ponytail agar rambut boleh menerima kelembapan dengan lebih mudah.
JAGA RAMBUT SEBELUM NAK KAHWIN, INI PESANAN JURUSOLEK PROFESIONAL EMMA MUSTAFA UNTUK PENGANTIN. CUKUP BERINFORMASI!
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Setiap pasangan pasti mengimpikan hari bahagia yang diingati sepanjang hayat. Momen dua hati disatukan dalam suasana indah, bersama keluarga dan rakan tersayang sudah tentu...