Sebaik sahaja lafaz akad, seorang wanita sah menjadi isteri. Dunianya hanyalah pada suami dan anak-anak. Saat itu, bukan dia meminta untuk memisahkan diri dari mana-mana persahabatan namun dia perlu menjalankan kewajipan sebagai isteri.
Maka suami, hargailah. Saat dia meninggalkan sahabatnya, dia mengharapkan anda menjadi temannya yang paling setia. Yang boleh mendengar keluahan hatinya, yang boleh memberi pendapat tentang fesyen yang disarungkan, yang boleh menjadi tempat untuk bergurau senda.
Maksudnya: Dari Abu Hurairah RA, Rasulullah SAW telah bersabda, “Orang mukmin yang paling sempurna imannya adalah orang mukmin yang paling baik akhlaknya dan sebaik-sebaik kamu adalah orang yang paling baik kepada isterinya” (Hadis Riwayat. At-Tirmidzi, 3/466; Ahmad, 2/250 dan Ibnu Hibban, 9/483. Hadis dinyatakan sahih oleh Imam at-Tirmidzi, Ibnu Hibban dan Syaikh al-Albani.)
Apa adab yang perlu suami tunjukkan pada isteri?
Ads
Lemah lembut
Wanita adalah kaum yang penuh dengan kelembutan. Bagaimana dia melayan orang, begitu juga dia mahu suami melayaninya dengan penuh kelembutan termasuklah tutur kata. Ia melembutkan jiwa dan menenangkan hati yang hiba.
2. Berkomunikasi dengan baik
Jagalah tutur kata agar hubungan rumahtangga terpelihara.
Ads
3. Tunjuk rasa cinta dan kasih sayang
Siapa yang akan halang untuk seorang suami menunjukkan rasa sayangnya pada isteri? Terdapat banyak cara yang boleh suami zahirkan rasa sayang sebagai contoh Nabi Muhammad SAW pernah bermain lumba lari dengan isterinya Aisyah RA.
4. Usah persoalkan kesalahan pasangan
Ads
Semakin kita mencari kelemahan pasangan, semakin kita mendekati pergaduhan dan perselisihan faham. Ada ego suami yang perlu direndahkan saat ini. Ingatlah, apa yang anda lakukan demi kebaikan, pastinya akan dibalas dengan lebih banyak kebaikan lain.
5. Lakukan aktiviti bersama
Ambillah masa yang banyak bersama isteri. Bawalah dia keluar berjalan atau temanilah dia membeli-belah. Sesuatu perkara yang sering dilakukan dengan kawan-kawan seronok juga dilakukan bersama suami.
Jadi, anda pilih untuk menjadi best friend isteri atau membiarkan mereka bersama-sama temannya tanpa anda di sisi. Cuba hargai saat bersama isteri supaya kehidupan dalam perkahwinan lebih bererti.
Kredit foto: Sweetpictures KL
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Berbicara soal perkahwinan, bukan bakal pengantin wanita sahaja perlu mengambil berat soal penampilan menjelang hari bahagia. Bakal pengantin lelaki juga perlu mengambil berat soal ini. Takkan nak nampak ‘selekeh’ atas pelamin nanti kan?
Menerusi Twitter, seorang jurugambar bernama Hafizaquafiz telah berkongsi tip untuk bakal pengantin lelaki supaya tampak kemas di hari bahagia nanti. Jadi, bolehlah bakal pengantin lelaki praktikkan ya sebelum kahwin nanti!
1. Make Up
Kredit: Twitter @hafizaquafiz
It is okay untuk lelaki memakai bedak di hari persandingannya, untuk tampil kemas dan kacak. No worries, sisi maskin anda won’t fade out dengan seoles bedak dimuka.
2. Kemas
Kredit: Twitter @hafizaquafiz
Pastikan anda rapi dan kemas setidaknya sehari sebelum majlis anda berlangsung. Aspek yang perlu diberi perhatian untuk anda kelihatan kemas dan bersih adalah seperti rambut, misai/jambang dan kuku. Once korang kemas, korang akan yakin di foto daripada mana-mana angle pon!
3. Baju atau Busana
Kredit: Twitter @hafizaquafiz
Semasa ‘fitting sessions’, pastikan baju yang anda pakai just nice terletak di badan anda. Maklumkan pada designer anda jika baju tersebut ketat/besar dari size anda. Jangan pakai baju melayu/suit oversize ya. Itu akan buat anda tidak selesa, nampak menggelebeh je nanti.
Sebaiknya, posisi anda di belah kanan isteri anda kerana simboliknya kepada wanita itu tercipta dari tulang rusuk kiri lelaki. Baik semasa berjalan ke pelaminan, semasa bersanding ataupun ketika outdoor, jika boleh, groom eloklah diposisikan di sebelah kanan bride.
5. Spek Mata Hitam
Kredit: Twitter @hafizaquafiz
Big NO! Elakkan memakai kaca mata hitam terutamanya ketika bersanding di atas pelamin. Tetamu yang hadir nak lihat wajah anda, berikan mereka kepuasan itu. Hahaha!
Tapi, kalau tiba-tiba korang sakit mata masa hari bersanding tu, ha pakai jelah okay.
Majlis perkahwinan yang sempurna bermula dari perancangan yang sewajarnya. Bermula dari tarikh majlis bakal dilangsung anda dan pasangan sudah mempunyai tema tertentu bagi menjadikan majlis anda diingati oleh para tetamu. Dengan pemilihan sesuatu tema warna segalanya tampil senada bermula dari dekorasi, pilihan busana, cenderhati untuk tetamu, mekap dan sebagainya.
Jika anda mencari sesuatu yang sangat unik untuk tema di majlis kahwin nanti, malah keluarga juga tidak akan pernah menduganya, burgundy boleh menjadi warna yang mengejutkan.
Burgundy merupakan sebuah perpaduan warna merah klasik dengan ungu yang trendi. Warna yang memberikan kesan eksklusif dan sophisticated pada mereka yang mengapllikasikannya. Lihat idea berikut untuk bakal pengantin dapatkan auranya dengan jelas.
DEKORASI
Dekorasi dengan himpunan bunga-bunga dan buah-buahan rona burgundy tampil mewah menghiasi meja makan utama.
Taburan bunga rona burgundy di sudut meja makan ditambah dengan lilin dan aksesori hiasan membentuk gaya mewah .
Sumber: Photography: Linas Dambrauskas | Floral Design: Du ziedelaiai | via Junebug Weddings (kiri) Florals: Wisteria Lane | Photography: Brian Leahy Photography | Wholesale Nursery: Hartley Botanica (kanan)
Bukan setakat hiasan bunga tampil dengan rona burgurdy malah peralatan makan seperti gelas juga menarik digandingkan dengan warna tersebut. Bagi menepati tema , kek bertema putih dengan taburan bunga segar rona burgundy tampil indah di majlis kahwin.
Sumber:Rentals: Archive Specialty Rentals | Photography: Max and Friends Photography (kiri) Tasha Seccombe | Flowers & décor: Blomstories | Cake: Ilse Louw | via Southbound Bride(kanan)
Sumber: Styling: Styled by Coco | Photography: My Little Company Photography | Ballons: Belle Balloons | via Lenzo (kiri) Photography: Lauren Scotti | Florals: The Bloomin Gypsy | via White(kanan)
Gadis pengiring
Menariknya rona warna ini digayakan oleh gadis pengiring. Tampil menyerlah dengan rona warna terang.
Buat isteri yang selama ini rasa geli atau kurang gemar jika suami anda simpan janggut tidak kiralah janggut sejemput atau jambang, inilah masanya untuk anda ubah persepsi itu. Bagi yang suka dengan ‘aksesori’ lelaki yang satu ini, sememangnya anda seorang isteri yang beruntung kerana ‘aksesori’ ini banyak kelebihannya!
Selain mendapat pahala berganda kerana ia merupakan sunah Rasulullah SAW, kajian yang diterbitkan dalam “The Journal of Evolutionary Biology” mengatakan wanita lebih cenderung inginkan lelaki yang berjanggut dan melihat lelaki sebegini sebagai rakan kongsi jangka panjang.
Oleh itu, ayuh baca fakta unik ini untuk lebih meyakinkan anda bahawa lelaki yang menyimpan janggut bukan sahaja memberi manfaat buat dirinya sendiri malah turut bermanfaat untuk isterinya.
1. Malaikat tadah air wuduk yang jatuh dari janggut
Ketika zaman Rasulullah SAW ada seorang sahabat yang berjanggut nipis yang sedang mengambil wuduk untuk bersembahyang di masjid. Melihatkannya, Rasulullah SAW tersenyum dan memalingkan mukanya. Sahabat itu menyangka Rasulullah SAW senyum kerana janggutnya yang nipis itu dan memalingkan mukanya kerana tidak suka pada janggutnya itu.
Keesokan harinya, lelaki tersebut datang ke masjid setelah mencukur janggutnya. Apabila terserempak dengan Rasulullah SAW, lelaki itu melemparkan senyuman tetapi Rasulullah SAW tidak memandang langsung kepada lelaki tersebut. Ini membuatkan dia bertambah hairan lalu mengajukan pertanyaan kepada Baginda.
“Wahai Rasulullah, mengapa hari ini kamu tidak senyum kepadaku seperti sebelum ini?” Jawab Baginda, “Sebelum ini aku nampak malaikat berebut-rebut untuk menadah air wuduk yang jatuh dari janggutmu tetapi apabila kamu mencukur janggutmu tidak ada lagi malaikat yang menunggu dijanggutmu wahai sahabat.”
2. Kurangkan tanda penuaan dan awet muda
Seorang ahli dermatologi dari London bernama Dr. Nick Lowe mengatakan bahawa janggut membantu melindungi kulit agar tetap sihat, mengurangkan tanda-tanda penuaan sekali gus membuatkan lelaki awet muda. Ini kerana pendedahan terhadap sinaran matahari yang sedikit membuatkan lelaki yang menyimpan janggut kelihatan lebih muda berbanding mereka yang tidak mempunyai janggut.
3. Buatkan wajah sentiasa hangat
Rambut merupakan penebat yang membuatkan lelaki kekal hangat, begitu juga dengan janggut kerana ia merupakan sebahagian daripada rambut yang ada pada wajah. Carol Walker, Konsultan Trichologist dari Birmingham Trichology Centre mengatakan janggut dapat menahan udara sejuk sekali gus menaikkan suhu leher terutamanya jika berada pada cuaca yang sejuk. Ini kerana janggut mempunyai kelebihan dalam menyerap dan menyimpan haba di dalam badan.
4. Beri perlindungan daripada sinaran ultra violet
Hasil kajian dari University of Southern Queensland menerusi jurnal bertajuk “Radiation Protection Dosimetry” mendapati bahagian wajah yang tertutup dengan janggut rata-ratanya sepertiga lebih rendah terdedah dengan sinaran ultra violet yang membahayakan sekali gus memberi perlindungan terhadap sinar ultra violet matahari 90 hingga 95 peratus. Bahkan kajian yang dijalankan di Australia juga membuktikan perkara yang sama.
5. Kurangkan gejala asma dan alahan
Jika anda mengalami alahan debunga atau debu dan gejala asma, janggut sebenarnya membantu sebagai penapis bagi mengelakkan kuman sampai ke permukaan wajah. Lebih besar janggut yang anda simpan, maka lebih banyak bahan pencemaran yang dapat ditapis setiap hari.
6. Melembapkan kulit wajah
Kulit wajah terbina dengan ejen pelembap tersendiri yang dikenali sebagai ‘sebaceous glands’. Ia bertindak untuk mengeluarkan minyak semula jadi yang menjadikan kulit kekal lembap. Dengan menyimpan janggut yang tebal, ia akan membantu melindungi kulit wajah anda daripada terkena angin yang boleh menyebabkan kulit menjadi kering.
7. Elak masalah jerawat
Menyimpan janggut juga boleh membantu melindungi kelenjar sebum daripada dijangkiti oleh bakteria jerawat, vulgaris, sekali gus mencegah terjadinya masalah jerawat dan bintik hitam.
8. Sensasi ciuman yang berbeza
Wanita lebih menikmati ciuman dengan lelaki berjanggut berbanding lelaki yang wajahnya mulus tanpa janggut. Ini kerana janggut akan membuatkan pasangan rasa geli sekali gus menambahkan keintiman saat mencium suami.
9. Pahala buat isteri
Sebaik sahaja isteri celik mata dari tidur, rebutlah peluang pahala dengan merenung wajah suami dan kemudian usap lembut janggut suami dari dagu hingga ke penghujungnya.
10. Galak kesuburan wanita
Kajian oleh para saintis dari Massachusetts Institute of Technology, Amerika Syarikat berjudul “The Amazing Fact of Human Body” mendapati janggut lelaki mengandungi hormon testosteron yang amat diperlukan bagi kesuburan wanita. Ia membantu menstabilkan kitaran haid selain menggalakkan pertumbuhan telur wanita dengan cara sentuhan dan belaian pada janggut atau jambang suami.
11. Calon ayah yang baik
Kajian dari University of New South Wales dalam jurnal bertajuk “Evolution and Human Behaviour” mengatakan bahawa wanita berpendapat lelaki yang memiliki janggut adalah lebih menarik serta dilihat sebagai calon pasangan dan ayah yang baik.
12. Sesuai dijadikan pasangan romantik
Hasil kajian yang dijalankan ke atas wanita Britain berusia 18 hingga 44 tahun mendapati tarikan yang dimiliki oleh selebriti terkenal seperti George Clooney, Brad Pitt dan David Beckham adalah disebabkan oleh wajah mereka yang berjambang. Mereka juga menyifatkan lelaki berjanggut paling sesuai dijadikan pasangan romantik.
* Ingat ya suami! Walaupun banyak kelebihan, pastikan janggut atau jambang anda sentiasa dibersihkan dan dirapi selalu agar ia tidak menyebarkan bakteria dan kuman untuk diri anda mahupun orang lain terutamanya isteri.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!