Usahawan kewangan Dr Siti Zainab Mohd Zaini, 47, bertemu jodoh kali kedua dengan seorang kontraktor, Muhammad Majidee Rajhan berusia 28 tahun. Dr Siti Zainab merupakan pengasas Elite Group of Consultants dan Elite Wealth Advisors. Walau jarak usia mereka 19 tahun tetapi Dr Siti Zainab atau dikenali sebagai Bochi sangat bertuah kerana dikurniakan seorang suami yang penyayang, matang dan bertanggungjawab. Ibu 2 anak ini mengakui, kehadiran suami sebagai peneman dan pelindung di saat dirinya diuji dengan kanser payudara.

Beza Usia 19 Tahun Tak Halang DR SITI ZAINAB-MAJIDEE Bina Bahagia BersamaBeza Usia 19 Tahun Tak Halang DR SITI ZAINAB-MAJIDEE Bina Bahagia BersamaBeza Usia 19 Tahun Tak Halang DR SITI ZAINAB-MAJIDEE Bina Bahagia BersamaPERTEMUAN PERTAMA

“Saya mengenali suami pada March 2018. Ketika itu suami datang ke kelas saya untuk belajar bagaimana untuk menguruskan kewangan. Tak sangka pula dalam dia datang training tu tiba-tiba suatu hari dia ajak saya solat sama-sama, dia pula menjadi imam. Saya terkedu sebab sebelum ini tiada seorang pun yang ‘berani’ datang ketuk pintu bilik pejabat saya untuk ajak solat sama-sama. Bermula saat itulah saya rasa dia istimewa. Dalam masa 4 bulan perkenalan suami sudah melamar. Memang sangat cepat dan berani. Tapi sebab jarak umur kami yang jauh, saya minta dia beri masa untuk kami saling mengenali hati budi masing-masing.

Beza Usia 19 Tahun Tak Halang DR SITI ZAINAB-MAJIDEE Bina Bahagia BersamaBeza Usia 19 Tahun Tak Halang DR SITI ZAINAB-MAJIDEE Bina Bahagia BersamaDUGAAN KANSER
Allah sebaik-baik Perancang. Bulan Oktober 2018 saya didiagnos kanser payudara tahap awal (early stage). Waktu itu memang susah untuk buat keputusan tentang perhubungan kami. Saya ada memintanya agar tak meneruskan perhubungan sebab saya tidak mahu susahkannya. Saya tahu saya akan menerima pelbagai prosedur rawatan. Tetapi suami sangat penyayang, dia tetap berkeras untuk terus berada di sisi. Begitulah perancangan Allah, bersama dugaan yang Dia beri. Satu hikmah yang sangat besar. Saya percaya kepada qada’ dan qadar. Akhirnya saya terima lamaran suami.

IKLAN

Beza Usia 19 Tahun Tak Halang DR SITI ZAINAB-MAJIDEE Bina Bahagia BersamaTerdetik di hati, bila Allah duga dengan perpisahan dahulu kemudian ‘dijodohkan’ dengan lelaki lebih muda, Allah nak saya merasai perjalanan usia dengan minda dan semangat muda. Saya bersyukur kerana keluarga dan anak-anak sangat sayangkan suami. Mereka mulanya terkejut juga kerana beza usia kami. Tapi suami bersungguh-sungguh ambil hati anak-anak sebagai kawan. Akhirnya mereka dapat menerima suami dan melihat kesungguhannya menjaga saya ketika sakit.

Beza Usia 19 Tahun Tak Halang DR SITI ZAINAB-MAJIDEE Bina Bahagia BersamaSampai hari ini, suami dan anak sulung saya, Iskandar macam best friend. Bila berbual pun macam kawan-kawan. Panggilan anak-anak kepada suami ialah Daddee (Dad + Majidee). Suami juga menjadi guru dan ustaz mengaji kepada anak perempuan saya, Natasha. Jika ada sebarang masalah mengenai pelajaran Natasha akan rujuk suami. Setiap hari selepas solat Maghrib suami akan ajar mengaji. Ibu dan bapa saya juga memang sangat suka dengan sikap suami yang gentleman. Ibu mertua saya pula lembut orangnya. Patutlah suami seorang yang penyayang. Saya memanggil ibu mertua Mama. Beliau memang tekankan agama dan menjadikan Al-Quran sebagai panduan hidup. Saya dan Mama ada minat yang sama iaitu memasak. Maka mudah untuk kami mesra.

IKLAN

Beza Usia 19 Tahun Tak Halang DR SITI ZAINAB-MAJIDEE Bina Bahagia BersamaBeza Usia 19 Tahun Tak Halang DR SITI ZAINAB-MAJIDEE Bina Bahagia BersamaSUAMI SENTIASA DI SISI
Kami diijab kabul pada April 2019, setelah saya selesai menjalani rawatan kimoterapi yang ke-6 dan sebelum pembedahan.Suami seorang yang sangat caring. Suami banyak beri nasihat dan kata-kata semangat agar saya terus berjuang dan kembali sihat. Antara kata-katanya “Kita cari ubat, kita ikut cakap doktor”. Suami turut membawa saya bertemu sahabat baik saya, Dr. Nor Aniza yang juga seorang pejuang kanser bagi bertanyakan pendapat dan nasihat.”

IKLAN

Beza Usia 19 Tahun Tak Halang DR SITI ZAINAB-MAJIDEE Bina Bahagia BersamaBerkat semangat yang tinggi kini Dr Siti Zainab sembuh sepenuhnya daripada kanser payudara.

PESANAN BUAT WANITA
“Percaya kepada jodoh. Bagi mereka yang berkahwin dengan pasangan lebih muda, janganlah terlalu hendak menjadi ‘cikgu’ semata-mata nak perbetulkan semua perkara. Biar pasangan melalui pengalaman hidupnya. Jika perkahwinan itu yang kedua jangan banding-bandingkan. Fokus kepada kebaikan. Satu lagi, kena work life balance. Curahkan masa dan kasih sayang di rumah. Itu paling utama. Perlu usahakan masa bersama. Bila Allah duga, Allah nak naikkan martabat kita dengan cara mencari ilmu untuk menangani dugaan.”

Beza Usia 19 Tahun Tak Halang DR SITI ZAINAB-MAJIDEE Bina Bahagia BersamaKredit Foto: Instagram @drsitibochi.skillmentor

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI