Keghairahan membina rumah tangga memang tak dinafikan menyeronokkan. Tapi dalam seronok tu kalau boleh, kita lebih beringat kerana kita yang bakal menanggung segala masalah bila penghujungnya.
Di awal perkahwinan, setiap pasangan pengantin pasti akan merasa hidup susah kerana baru memulakan kehidupan bersama. Jadi, kami kongsikan 11 tip yang berguna untuk anda.
Ads
Kredit: Tangkap Pictures
TIPS PASANGAN BARU KAHWIN
1. Berusaha elakkan hutang sampai dua kereta, naik motor berkepit selepas nikah indahnya tak terkata.
2. Tilam lipat atau ‘toto’ pun selesa, tanpa set tidur dan meja solek bukanlah dosa.
3. Kurangkan makan di luar atau di ‘Secret Resepi’, makan di rumah lebih jimat dan boleh gesel-gesel pipi.
4. Tak perlu malu rumah lapang tanpa kerusi meja, kawan beli perabot hutang kita jangan cepat teruja.
Kredit: IG rq.creative
5. Beli stok barangan di pasaraya, azam tak nak papa asalkan bergaya.
6. Tak perlu ‘smart tv’ yang lebar sedepa, tabung sambut ‘baby’ jangan pula dilupa.
7. Baca ‘post fb’ dan beli buku kewangan, tingkatkan simpanan untuk realisasikan impian dan angan-angan.
8. Kurangkan makan di kedai, tingkatkan ilmu kewangan biar pandai.
Kredit: tonnyphotoworks
9. Bawa bekal masak sendiri atau disediakan isteri, lebih jimat dan sedapnya hingga menjilat jari.
10. Perkara biasa pasangan baru kahwin mula hidup di rumah sewa, azamlah tak mahu terus hidup menyewa hingga ke hujung nyawa.
11. Usah cepat sangat nak beli kereta baru yang balut plastik, naik motor berdua kenangan indah yang romantik.
Ads
Ads
Tulisan asal : Isma Addi Jumbri
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Restu daripada ibu bapa adalah sesuatu yang harus diperolehi terlebih dahulu sebelum melangkah ke fasa seterusnya dalam sesebuah perhubungan. Namun begitu, kadang-kala untuk menuju ke fasa yang seterusnya ia mungkin sukar bagi sesetengah pihak. Ini kerana ianya dihalang oleh keluarga terutamanya daripada ibu dan bapa bakal pasangan.
Jika anda berhadapan dengan situasi di atas, anda mungkin menjadi bingung dan runsing. Manakan tidak, insan yang anda cintai dan ingin dijadikan pasangan hidup tetapi keluarganya tidak suka kepada anda.
Perkara pertama yang anda dan bakal pasangan anda perlu lakukan adalah mencari punca kenapa ibu bapa bakal pasangan tidak suka kepada anda. Adakah kerana anda pernah menyinggung perasaan bakal mertua atau ada hal lain yang membuatkan mereka tidak suka kepada anda? Ini adalah sesuatu yang perlu disemak bagi mengetahui perkara akar umbi yang membuatkan masalah ini berlaku.
Sebagai contoh, ada sesetengah ibu bapa yang sebenarnya bukan tidak suka kepada peribadi atau fizikal anda. Cuma mereka mungkin risau dari segi kemampuan anda terutama bagi lelaki untuk menyara anak perempuan mereka. Jadi jika ini adalah puncanya, maka si lelaki mesti memainkan peranan bagi meyakinkan bakal mertuanya dengan mendapatkan pekerjaan yang lebih baik dan sebagainya.
Tip kedua yang boleh anda lakukan adalah dengan memperbaiki tingkah laku terutama ketika berhadapan dengan bakal mertua. Benar akhlak adalah sesuatu yang spontan dan tidak boleh dilakonkan. Namun begitu, akhlak sebenarnya boleh dibaiki. Sebab itulah kita selalu dengar orang yang tidak baik dan nakal boleh menjadi baik. Ia adalah perubahan ke arah kebaikan yang sangat dituntut dalam agama Islam.
Orang tua biasanya akan tertarik kepada perlakuan sopan-santun dan sikap ramah-mesra. Apabila akhlak dan tingkah laku anda menjadi baik, maka ia mungkin dapat menarik minat dan perhatian bakal mertua anda untuk menjadikan anda sebagai salah seorang menantu pilihannya. Tidak salah mencuba kan?
Berani bertemu dengan ibu bapa si dia akan memberikan gambaran bahawa anda serius untuk menjalinkan hubungan dengan keluarganya. Jika anda tidak pernah bersua muka dengan ibu bapa bakal pasangan, mereka akan lebih mudah menolak hubungan anda dengan anak mereka. Ini kerana mereka tidak kenal siapa anda.
Namun apabila kerap berjumpa, walau pada awalnya mungkin terdapat halangan atau perasaan tidak suka, semuanya boleh berubah. Jika anda bersabar dan memberi masa, mungkin akan timbul pula keserasian dan kemesraan antara keluarga si dia dengan anda.
Sifat manusia secara kebiasaannya sukakan hadiah ataupun buah tangan. Oleh sebab itu, anda harus mengambil tahu apa kesukaan ibu bapa si dia. Sebagai contoh jika si ibu suka memasak, maka hadiah yang boleh anda beli mungkin berupa peralatan memasak.
Saya berpendapat membeli hadiah atau buah tangan merupakan pendekatan yang paling senang yang boleh anda lakukan bagi mengambil hati mereka. Jangan kedekut.
Perbincangan atau dalam bahasa Arab disebut sebagai ‘syura’ adalah perkara yang sangat digalakkan dalam Islam ketika berhadapan dengan sesuatu krisis atau masalah.
Ketika dalam fasa perbincangan ini, ambil kesempatan untuk menanyakan dengan baik-baik berkenaan perkara yang perlu anda lakukan untuk mendapatkan restu mereka. Pada masa ini juga teknik komunikasi yang baik sangat diperlukan untuk berhadapan dengan bakal mertua supaya mereka tidak terasa hati dan beremosi.
Pada masa yang sama, si anak juga harus bijak memberikan pendapat dan menyokong bakal pasangan mereka. Perbincangan yang baik dan berkesan, insya-Allah akan memberikan keputusan yang baik untuk semua pihak. Semoga bermanfaat.
Sumber : Baitulmuslim
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Pesanan ringkas, kalau dah kahwin jangan asyik makan luar. Belajar berjimat bila baru membina rumah tangga, itu sebaiknya.
Walau hidup berdua, awal-awal nak hidup menggunakan duit yang banyak. Sewa rumah, alat perabot, barang dapur dan sebagainya. Jadi suami isteri yang baru berkahwin kena bijak menguruskan wang.
Jadi, cukup penting pasangan pengantin baru atau bakal mempelai membuat perancangan kewangan yang teliti agar tidak ‘terkucil’ ketika mahu memulakan kehidupan berdua.
Berikut dikongsikan lima tip yang boleh dijadikan panduan buat pasangan pengantin:
Pastikan anda sudah membuat persediaan sekurang-kurangnya tiga bulan lebih awal sebelum memasuki rumah.
Senaraikan barangan atau keperluan yang penting sahaja dahulu untuk dibeli.
Dalam tempoh ini, perabot tambahan seelok-eloknya dibeli kemudian berpandukan bajet masing-masing. Begitu juga dengan dekorasi dalaman (interior design) yang boleh dilakukan kemudian.
Tidak perlu untuk membeli perkakas atau barang baru sekiranya anda boleh menggunakan yang sedia ada dari rumah bujang ataupun diperoleh daripada hadiah kahwin. Jimat berganda, bukan?
Berbincang dengan pasangan untuk membuat tabungan yang mungkin akan digunakan semasa kecemasan.
Contohnya anda terpaksa mengeluarkan perbelanjaan untuk membaiki kerosakan barangan tertentu, membuat pendawaian, dan sebagainya.
Secara tidak langsung, anda tidak perlu kerap membuat pengeluaran wang daripada akaun simpanan.
Selain wang simpanan tidak diusik, secara tidak langsung, anda dapat mengesan perbelanjaan yang dilakukan apabila mempunyai tabung khas ini.
Menyediakan belanjawan mingguan atau bulanan juga penting agar anda dan pasangan dapat mengawal perbelanjaan khususnya melibatkan barang dapur, bil utiliti dan komitmen lain.
Tidak dinafikan, waktu ini pasti anda mahu membeli macam-macam barangan terutama ketika mengunjungi ekspo perabot yang menawarkan promosi.
Tindakan ini mungkin kecil tapi sedikit sebanyak ia tetap memberikan impak yang besar.
Sebagai contoh, anda memperuntukkan sekitar RM300 sebulan untuk membeli barangan dapur. Bandingkan jumlah yang sama digunakan untuk makan di luar untuk enam atau tujuh kali sahaja.
Biarlah masakan yang simple, tapi jika dicongak, silap hari bulan boleh jimat ratusan ringgit.
Pendek kata, biarlah bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian. Selamat mencuba!
Dalam tempoh ini, anda sudah boleh membeli barang keperluan penting seperti peti sejuk, dapur memasak atau barang lain sedikit demi sedikit.
Ini bagi memastikan anda tidak mengeluarkan belanja sekali gus ketika mahu berpindah rumah nanti
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Buat bakal pengantin yang merasakan ingin menurunkan berat badan, anda mungkin boleh menjadikan kisah dan tip saudari ini sebagai inspirasi anda untuk berubah. Jangan cepat mengalah, benda yang baik memang perlukan pengorbanan. Ini perkongsian dari Anah Ahmad tentang kejayaannya menurukan berat 23kg dalam tempoh 9 bulan.
Bismillah
Rasanya semua yang mengenali saya tahu kot saya dapat turunkan 23kg dalam masa 9 bulan. Jadi dalam posting ni buat pertama kalinya saya nak share apa yang saya buat untuk dapat turunkan 23kg tu.
Ilmu ni bukan milik saya, tapi milik Allah. 60% daripada rakyat Malaysia adalah overweight / obes, jadi semoga info ni bermanfaat untuk anda.
Saya asalnya memang overwiegt sejak remaja. Dari kecil memang jenis tembam. Family dan saudara mara tahulah saya macamana sejak kecik dulu.
Bila berkahwin, lepas bersalin, makin menjadi-jadi berat badan saya. Obes dan overweight. Penat sangat jadi overweight ni.
Saya juga berpengalaman buat program kurus lain. Kebanyakannya tak banyaklah yang dapat turun, sekitar 10kg sahaja. Lepas tu dia statik dan saya jadi putus asa. Rebound pun teruk giler.
Alhamdulillah sejak November 2018 tahun lalu, saya jumpa cara yang saya buat sekarang membantu saya dapat turun 23kg dalam masa 9bulan.
Alhamdulillah juga kesihatan saya tip top. Saya buat checkup full (termasuk hormon test, inflammation test dll, bukan checkup basic ya). Jadi saya tahu tahap kesihatan saya sangat baik, alhamdulillah.
Anda boleh share supaya maklumat ni sampai kepada orang yang memerlukan.
1. Mindset Untuk Kuruskan Badan Dan Sihat
Mindset ni penting sebab otaklah yang akan kontrol tindakan dan keazaman kita. Nak turunkan berat lebih daripada 10kg kita perlukan keazaman yang kuat. Sebab proses nak kurus tu bukan smooth sepanjang jalan.
Ada yang statik, ada yang naik turun. Jadi kalau mental kita tak kuat, kita akan cepat putus asa.
2. Minum air banyak
Air ni penting untuk hidrasi kita sama pentingnya untuk proses weight loss. Jangan risau bab kencing banyak, bila kita dapat kencing maknanya buah pinggang kita sihat.
Lemak yang berjaya kita bakar tu akan keluar melalui air kencing. Jadi minumlah air kosong banyak-banyak supaya dapat buang lemak tu.
3. Makan sayur setiap hari
Sayur penting sebab sumber fiber. Bila sumber fiber kita makan secukupnya setiap hari, mudahlah bowel movement kita, mudah nak buang setiap hari. Biasanya kalau overweight / obes, kita akan sembelit. Seminggu sekali atau baper kali je seminggu membuang. Itu tak elokla.
Satu lagi kalau kita makan sayur setiap hari, mudah kita nak kenyang. Sebab makan fiber akan mudahkan kita kenyang, dan tahan lama kenyang kita tu.
4. Tidur cukup
Tidur kena cukup sebab ada kaitan dengan hormon. Lagipun tendency kalau kita stay up lambat, kita akan makan macam-macam tengah-tengah malam.
Jadi baiklah tidur awal dan secukupnya, supaya takdela kita nak craving tengah-tengah malam. Kalau makan lewat ni susah nak hadam, bila susah nak hadam senanglah berat naik.
5. Buat detox
Detox ni penting sebab dia nak cleanse badan kita. Macam overhaul kiranya. Ramai orang tak percaya kena detox dahulu. Percayalah kerana saya pernah laluinya. Sebab apa kena detox dahulu sebelum anda mulakan apa-apa regim diet?
Hati adalah organ detox. Tapi hati paling banyak simpan lemak terutama lemak daripada fruktos. Sebab tu saya akan join program detox sekali sebulan, terutama lepas perayaan (time perayaan biasanya ter cheat).
6. Kena tahu bila kena makan?
Ni penting. Malam-malam jangan makan, susah nak hadam. Dan tempoh kita tak makan pun penting juga untuk kita tahu timing paling elok untuk kita makan.
7. Apa yang kita boleh / elok makan?
Ada macam-macam cara diet zaman sekarang ni, contohnya:
paleo diet, mediteranean diet, atkins, keto diet dll. Tapi yang mana elok dan selamat untuk badan kita secara long term.
Kita nak kuruskan badan ni bukan semata nak cantik atau look good, tapi juga nak sihat. Jdi sebab tu jangan pilih semberono program diet (jangan ambik produk kurus yang ada bahan bahaya) semata-mata nak kurus. Cari program yang selamat dan berkesan.
Apa yang saya buat ialah saya amalkan detox meal + keto diet.
8. Amalkan suplemen yang berkualiti dan selamat
Ini penting. Bila kita diet (amalkan pemakanan yang kurang kalori), kita semestinya akan kurang ambil nutrisi. Nutrisi yang secukupnya penting untuk kesihatan kita. Jadi bagaimana?
Sebab tu kena faham ambil suplemen ni bukan suplemen tu bantu kita kurus, tapi suplemen tu bantu cukupkan jurang nutrisi. Cukupkan keperluan nutrisi kita yang tak cukup.
Jadi sebab tulah, walaupun saya berjaya kuruskan badan 23kg dalam masa 9 bulan, alhamdulillah tahap kesihatan saya bagus (saya siap buat medical checkup tau bulan April 2019 yang lalu).
Anda boleh cuba cara saya ni. Mana tahu boleh tolong anda kuruskan badan dan pada masa yang sama sihatkan diri. Jangan nak kurus sebabkan kita sakit ya. Kena hati-hati.
Setiap pasangan pasti mengimpikan hari bahagia yang diingati sepanjang hayat. Momen dua hati disatukan dalam suasana indah, bersama keluarga dan rakan tersayang sudah tentu...