Wanita bernama Afiqah Syahindah ini kongsi, syarat berjodoh bukan suka sama suka, syarat berjodoh adalah apabila ia datang dengan niat untuk menikahi mu dengan cepat, itulah jodoh. Bila ada orang melamar dan kita menolak, fikir betul-betul, jangan main tolak.

Hari ni kawan aku share perjalanan dia nak jumpa jodoh dia atau the right person untuk dia.

dia pernah bercinta 8 tahun dengan ex dia sebelum ni tapi putus sebab alasan yang tak munasabah tapi dah putus jadi buat apa nak terhegeh hegeh, dia teruskan hidup dia, siapa tak sedih 8 tahun tu lama, dan lepas setahun macam tu dia memang ada rapat dengan seorang lelaki ni tapi sebagai kawan biasa sahaja, rupanya lelaki tu dah lama suka dekat dia, tapi dia bagi syarat dah taknak bercinta, kalau boleh kahwin terus, dah tak larat, nak bercinta, bertunang end up tak jadi. tahun ni dia dah pun kahwin dengan lelaki tu. Alhamdulilah

apa pengajaran yang aku dapat dari cerita dia ni, adalah kalau dah bukan jodoh kau, alasan putus tu munasabah ke tak ke still tetap bukan jodoh kau lah.

IKLAN

dan orang yang kita tak pernah pandang, tak pernah kita sangkakan tu rupanya boleh juga jadi jodoh kita.

dalam islam sendiri meng hadkan tempoh taaruf, jangan taaruf berlama lamaan, sebab ia membuka pintu fitnah, dan jangan sesekali menahan orang lain untuk menunggu kita, kalau dah bersedia kahwin, nikah, kalau tak lepaskan sahaja, jangan ditahan tahan sebab takut nya nanti kecewa di penghujung.

IKLAN

ada juga sesetengah manusia yang bila bercinta dah sayang sangat, sampai kata kalau aku tak kahwin dengan dia aku akan jadi gila, jangan pernah sebut macam ni sebab ia satu doa, berdamailah dengan takdir.

jika datang orang yang baik sama ada lelaki atau perempuan terima lah, kita memang ada hak nak tolak, tapi kita tak boleh nak tolak orang mentah mentah, hanya sebab kita tak suka dia, boleh jadi orang yang kita tolak tu orang baik, orang baik datang sekali je dalam hidup. lain lah kita dah nampak, dia tu penagih dadah ke, tunang orang, suami orang, atau suka buat jenayah, itu alasan munasabah jugak nak tolak.

IKLAN

kita tak tahu berapa lama orang yang melamar kita tu merintih dengan Allah mengenai kita, kita tak tahu berapa lama dia istikharah minta petunjuk dengan Allah, jika nak tolak fikir betul betul, jika nak terima fikir betul betul. jangan main tolak sahaja, fikir baik baik takut kita terlepas yang selayaknya.

syarat berjodoh bukan suka sama suka, syarat berjodoh adalah apabila ia datang dengan niat untuk menikahi mu dengan cepat, itulah jodoh, jodoh tidak akan membuatkan kita menunggu lama tanpa keputusan yang tak pasti. kerana jodoh adalah pilihan Allah, sedangkan harapan datang dari manusia yang akan kecewakan kita dengan sebuah perasaan rasa sayang yang tak pasti.

إِذَا خَطَبَ إِلَيْكُمْ مَنْ تَرْضَوْنَ دِينَهُ وَخُلُقَهُ فَزَوِّجُوهُ، إِلَّا تَفْعَلُوا تَكُنْ فِتْنَةٌ فِي الأَرْضِ، وَفَسَادٌ عَرِيضٌ.

Jika telah datang kepada kalian orang yang diredhai agamanya dan akhlaknya maka kahwinkanlah (dengan anak perempuan kalian). Jika tidak, nescaya akan terjadi fitnah dan kerosakan.
(HR Tirmizi)