Bila putus cinta atau bercerai, sememangnya akan merana atau paling tidak pun bersedih kerana kebiasaannya tiada pasangan menginginkan perpisahan. Bagi yang sudah berkahwin, bukan mudah untuk mengambil keputusan bercerai terutama jika ada anak yang akan menjadi mangsa perceraian ibu bapa.Jika tidak boleh dielakkan, masing-masing harus berusaha melupakan bekas kekasih atau bekas suami. Paling susah adalah memadamkan kenangan yang bersarang di hati walaupun sudah menyimpan pelbagai suka duka ketika hidup bersama.

Bagaimanapun, situasi itu tidak seharusnya dibiarkan kerana lebih penting adalah untuk meneruskan perjalanan dengan tekad dan semangat lebih kuat.Kaji selidik mengenai berapa lama individu perlu melupakan bekas pasangan sama ada bekas kekasih, bekas suami mahupun bekas isteri, dilakukan baru-baru ini. Berdasarkan kaji selidik diterbitkan dalam majalah di Amerika Syarikat, The Journal of Positive Psychology itu menjelaskan, pasangan kekasih yang baharu berhubungan kurang setahun memerlukan tiga hingga enam bulan untuk melupakan bekas pasangan.

IKLAN
Bila Berpisah, Sakitnya Lapan Belas Bulan Nak Terima Hakikat. Tapi Kita Berlagak Kuat

Kembali Menceriakan Hati Dan Perasaan

Pengkaji, Gary Lewandowski dan Nicole Bizzoce dari Monmouth University, New Jersey, melakukan soalan kaji selidik itu kepada 155 responden yang memiliki pengalaman berpisah dengan orang disayangi.Hasil dapatan menunjukkan, sebanyak 71 peratus responden mengatakan, memerlukan waktu tiga bulan untuk meredakan rasa sedih dan amarah selepas putus cinta. Apabila memasuki tempoh enam bulan mereka mengakui, berasa lebih tenang dan boleh menerima kenyataan. Selain itu, responden turut menyatakan selepas masuk bulan keenam, mereka mengakui sudah bersedia untuk mencari pasangan baharu. Hal yang sama tidak terjadi kepada pasangan suami isteri. Pasangan sudah berkahwin yang mengalami perceraian, memerlukan waktu lebih lama untuk pulih daripada luka perpisahan.

IKLAN

Bila Berpisah, Sakitnya Lapan Belas Bulan Nak Terima Hakikat. Tapi Kita Berlagak Kuat

Sedih Lagi Kalau Pasangan Yang Dah Berkahwin Berpisah

Hasil tinjauan kaji selidik mendapati, pasangan berkahwin yang berpisah memerlukan sekurang-kurangnya satu tahun setengah untuk menerima kenyataan dan menjalani kehidupan sendiri selepas perceraian. Lewandowski dan Bizzoce, menyimpulkan fakta, kebanyakan individu akan berasa lebih baik selepas berpisah selama tiga bulan. Ini berikutan, dalam tempoh waktu itu terjadi masa pemulihan, membebaskan emosi antara rasa sedih dengan marah. Namun, selepas tiga bulan semua itu secara semula jadi reda dan individu sudah mulai boleh berfikir tenang serta realistik.

IKLAN
Bila Berpisah, Sakitnya Lapan Belas Bulan Nak Terima Hakikat. Tapi Kita Berlagak Kuat

18 Bulan Nak Terima Hakikat Penceraian

Sementara itu, laman web temu janji, Fifties.com, mendapati individu mengambil masa purata 18 bulan untuk menerima hakikat perceraian dalam perkahwinan, iaitu enam kali lebih lama dianggarkan Lewandowski dan Bizzoce. Ini mungkin kerana perkahwinan dianggap komitmen yang lebih serius. Daripada responden yang disoal oleh laman web itu, satu daripada enam orang berkata, mereka mendapati sukar untuk berurusan dan berdepan dengan kegagalan perasaan.

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI