Susahnya nak cari pasangan. Tapi, bila berusaha pasti ada hasilnya betul tak? Buat anda yang sudah bertemu pasangan, bersyukurlah kerana sekurang-kurangnya anda mempunyai calon untuk dijadikan teman hidup. Tapi anda juga perlu melihat kesetiaan mereka kerana itulah yang akan membuatkan anda lebih tekad untuk hidup bersama selamanya.

 

Tidak menyembunyikan hubungan

Pasangan yang setia tidak pernah menyembunyikan tentang hubungannya. Kalau boleh dia nak semua orang tahu yang dia sudah berpunya. Baik disiarkan di media sosial atau secara berhadapan, lelaki yang setia tidak kekok sekiranya ada yang bertanya sama ada dia sudah berpunya.

 

Tunjukkan hormat

Penghormatan yang ditunjukkan lelaki setia bukan kerana dia takutkan kita. Tetapi ia lebih kepada menunjukkan hormat kerana menyayangi dan menghargai kita sebagai pasangannya. Anda sebagai teman wanita boleh nampak sendiri macam mana kelakuan atau sikap mereka yang tulus tu. Dia juga akan menghormati keputusan yang dirasakan terbaik untuk anda.

 

Penyabar

Disebabkan kasih sayang dan setianya pada anda, lelaki begini sangat penyabar. Dia juga bersikap rasional sekiranya anda menguji perasaannya dengan tingkah laku yang tidak menyenangkan. Die sentiasa mencari jalan untuk bertenang dan sabar sekiranya ada masalah yang timbul.

IKLAN

 

Jujur

Mereka tidak akan berbohong. Tentu anda selalu uji pasangan untuk tahu kesetiaan mereka kan? Anda sendiri boleh tahu sekiranya dia berbohong atau bercakap benar. Tidak pernah gagap sekiranya ditanya.

 

Menepati janji

Jika si dia mengotakan janjinya, apa lagi yang kita harapkan daripadanya. Jika setiap apa yang dikatakannya dapat dibuktikan maka anda boleh nampak kesungguhannya untuk menjaga hati anda dan membawa hubungan anda lebih jauh lagi.

 

IKLAN

Bijak kawal emosi

Lelaki yang setia tahu bagaimana untuk kawal emosinya dengan baik ketika menghadapi masalah. Dia tidak akan melempiaskan rasa marah, kecewa atau cemburu secara keterlaluan kepada kita. Dia sangat pandai mengawal emosi kerana tidak mahu kesulitannya membuatkan kita terganggu.

 

Sangat prihatin

Kita sentiasa di perhatikan. Dia selalu mengambil berat tentang anda. pantang ada sakit sikit, dia orang paling risau. Bila beri nasihat mengalahkan pakar motivasi kerana dia tidak mahu anda disakiti atau kecewa.

 

Membiarkan kita masuk ke ‘dunianya’

IKLAN

Lelalki yang setia tak kisah jika anda mengenali rakan-rakannya. Lebih seronok, dia juga gembira dan terbuka unutk berkongsi aktiviti hariannya. Sebagai teman wanita, anda boleh ambil peluang ini untuk mengenalinya dengan lebih baik. anda boleh tahu apa yang disukainya kerana apabila sudah berkahwin nanti, pasti seronok jika anda sama-sama dapat menyertainya.

 

Tidak mudah tergoda

Kesetiaan lelaki akan dapat dilihat dengan jelas sekiranya ada wanita yang ingin mendampinginya. Dia akan beritahu kepada anda secara terus-terang dan memaklumkan kepada anda apa yang dilakukan oleh wanita itu terhadapnya.

 

Tidak bersikap narsis

Lelaki setia tidak suka memuji diri sendiri. Dia akan mempertimbangkan perasaan orang lain dan bukan dirinya sendiri sahaja. Dia juga tidak ego dan merasakan dirinya sentiasa benar dan di atas. Pendek kata, mereka ini sangat mudah didekati dan orang suka berdampingannya dengannya.

 

 

 

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI