Mana yang perlu didahulukan? Bergantung pada hubungan jenis apa yang anda mahu. Jika anda inginkan bersama seseorang tapi masih mahu berkawan dan anda rasa kawan itu sangat penting, lebih baik teruskan berkawan dan jangan berhubungan dengan sesiapa. Kerana tindakan itu mungkin akan menyeksa orang yang sudah pilih untuk bersama dengan diri anda. Tidak baik jika menganiayai pasangan hidup anda.
Ya, kawan itu penting cuma harus tahu, yang nantinya akan hidup sebantal, serumah ialah pasangan sehidup semati anda. Jadi jika anda dahulukan rakan daripada pasangan, anda sangat kejam orangnya. Dalam perhubungan sifat bertolak ansur harus ada dalam perhubungan agar ia tidak terlalu skema dan terhad dalam batas pergaulan. Alasan kawan-kawan lebih kelakar berbanding pasangan. Ini bukanlah alasan yang bagus dan boleh diterima pakai, kerana alasan ini adalah alasan untuk menyedapkan hati sendiri.
Harusnya anda perlu ingat pasangan anda inilah yang akan menjaga ada sehingga akhir hayat. Percayalah di saat jatuh tersungkur dan tidak mampu untuk bangun sendiri, pasanganlah yang akan menghulurkan tangan dan akan sentiasa berada disisi anda. Di mana rakan? Ada, hanya mampu menziarah dan memberikan kata-kata semangat yang mungkin telah biasa didengar- ‘bersabarlah ye’, ‘ada hikmahnya’ dan sebagainya. Di mana gelak tawa yang dahulunya menjadi satu keagungan dalam berkawan?
Ads
Pasangan bercerai kerana tidak faham zon tanggungjawab masing-masing, sebagai suami atau isteri. Mereka berpisah kerana wang yang tidak cukup untuk memuaskan hati pasangan masing-masing, sedangkan kos hidup semakin meningkat.Kebahagiaan yang mereka angan-angankan ketika bertunang dan bercengkerama dengan gambaran rumah yang selesa, pakaian bergaya, kereta, makan enak di restoran dan melancong, tidak menjelma menjadi realiti setelah berkahwin.
Ads
Terdapat orang yang bercerai kerana tiada kemahiran seks dalam membelai pasangan masing-masing hingga saat-saat yang dijangkakan menyeronokkan muncul sebagai detik-detik yang membosankan dan menyakitkan. Akhlak yang tidak baik seperti pengotor, berbohong, balik lewat malam, mengutamakan kawan lebih daripada pasangan juga menyebabkan perceraian.
Ads
Hidup berpasangan adalah fitrah semula jadi alam dan setiap sesuatu itu ada pasangannya seperti siang dan malam. Begitulah juga manusia, perkahwinan menemukan pasangan untuk bersama mengharungi segala suka duka kehidupan.
Perkahwinan juga bertujuan memperluaskan hubungan kekeluargaan antara keluarga lelaki dan perempuan dan mengembangkan zuriat keturunan yang soleh. Pilihlah pasangan anda dengan sebaik mungkin sebelum membuat sesuatu keputusan yang mungkin tidak dapat ditarik balik.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Trend gubahan hantaran perkahwinan sentiasa berubah saban tahun. Daripada hiasan klasik tepak sirih sehinggalah trend moden di mana dulangnya lebih santai dan terbuka, semuanya ada ciri-ciri tarikan yang tersendiri.
Tapi apa yang kita sebenarnya tidak tahu mengenai hukum menggunakan dulang hantaran yang disadur perak atau emas. Untuk menjawab persoalan ini, kita perlu berbalik kepada perkara paling asas iaitu hukum menggunakan dulang emas dan perak itu sendiri.
Soalan:
Assalamualaikum, apa hukum berikut:
1. Apakah hukum menggunakan dulang yang disadur perak untuk menghidang air kepada tetamu? Dulang dibuat dari logam biasa
2. Apakah hukum menggunakan mangkuk kaca untuk makanan tetapi mangkuk kaca ini ada tudung yang disadur perak? Tudung mangkuk itu dibuat daripada logam biasa.
Jawapan:
Waalaikumussalam.
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga baginda SAW, sahabat baginda SAW serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah baginda SAW.
Para ulama bersepakat bahawa bekas-bekas seperti dulang, mangkuk dan sebagainya yang diperbuat daripada emas dan perak adalah haram jika tiada hajat yang mendesak. Ini kerana menggunakan bekas-bekas yang diperbuat daripada emas dan perak adalah daripada perbuatan orang yang sombong dan juga meluluhkan hati orang miskin yang tidak mampu memilikinya.
Ini adalah berdasarkan hadis Nabi SAW yang diriwayatkan oleh Ummu Salamah
Maksudnya : “Sesiapa yang minum (dan makan atau apa sahaja) daripada bekas (yang diperbuat daripada) emas atau perak. Maka perutnya akan menggelegak disebabkan api neraka.”
Riwayat Muslim (5509)
Al-Imam Al-Nawawi ketika memberi komentar terhadap hadis ini beliau menyebut :
“Kata Ashab kami telah berlaku ijmak terhadap pengharaman menggunakan bekas-bekas daripada emas dan perak sama ada untuk makan, minum dan sebagainya kecuali di sana terdapat pendapat daripada Daud al-Zahiri dan qaul Qadim al-Imam al-Syafie. Akan tetapi kedua-dua pandangan ini (pandangan Daud al-Zahiri dan Qaul Qadim al-Imam al-Syafie) ditolak berdasarkan nas dan Ijmak.”
Rujuk al-Minhaj Syarh Sahih Muslim (14/27)
Berbeza hukumnya jika bekas itu disadur sepertimana soalan yang dikemukakan. Para ulama mempunyai pandangan berkenaan hal ini:
Secara ringkasnya, para ulama menyatakan:
Walaupun begitu, kami lebih selesa jika penggunaan dulang tersebut dapat dielakkan kerana kaedah menyebut:
الخُرُوجُ مِنَ الخِلاَفِ مُستَحَبّ
“Keluar daripada khilaf adalah sesuatu yang harus”.
Kitaran haid setiap wanita adalah berbeza, ada yang datang haid sebulan 2 kali dan ada juga yang 2 bulan sekali. Jika anda rasa kitaran haid anda tidak normal, sebaiknya anda jangan abaikan dan cepat berjumpa dengan pakar puan.
Bagi wanita yang sudah berumahtangga, sudah pasti mereka perlu belajar bagaimana untuk mengetahu kitaran haid bagi mengetahui waktu-waktu subur mereka.
Ramai yang confuse macamana nak kira kitaran haid dan waktu subur dengan cara yang tepat. Ramai juga yang tak endah tentang hal ini. Ini sangat penting bagi mereka yang merancang untuk mendapatkan zuriat.
Ada 2 sebab utama mengapa kaum wanita perlu tahu kitaran haid yang betul. Antaranya ialah;
1. Untuk memudahkan mendapat zuriat.
2. Untuk mengelakkan daripada mendapat zuriat.
Kedua-duanya adalah sama penting.
Saya cuba permudahkan sebab kitaran haid ni agak kompleks dan payah sikit nak paham. Tetapi cuba fahami. Kitaran haid wanita berlaku setiap bulan secara puratanya ialah 28-30 hari. Tapi wanita masing2 ada kitarannya sendiri ada 25 hari ada yang lambat sampai 35 hari. Tetapi secara puratanya ialah 28-30 hari.
Terdapat beberapa fasa di dalam kitaran haid.
Ini dipanggil fasa pengeluaran haid (menstruation) – ketika ini darah haid keluar. Hari pertama period adalah penting untuk diketahui kerana ia adalah di mana fasa ini bermula. Pada hari pertama haid datang, ia perlu ditanda di kalendar dan tamat selepas berapa hari. Sebaik-baiknya ditanda setiap bulan sekiranya anda ingin merancang untuk mengandung. Anda boleh mengagak kitaran period anda beberapa hari di dalam sebulan.
Ini dipanggil fasa follicular. Pada fasa ini, hormon estrogen meningkat. Ketika fasa follicular ini, darah akan berkumpul di dinding rahim dan menebal untuk persediaan mengandung. Di kawasan ovari pula, telur yang berada di dalam bekasnya akan menjadi semakin matang.
Waktu inilah satu proses peneluran yang dipanggil ovulasi berlaku. Telur akan terkeluar daripada sarangnya disebabkan oleh peningkatan mendadak sejenis hormon yang dipanggil Luteinizing Hormone (LH). Telur ini sekiranya tidak disenyawakan oleh sperma akan mati dan hilang. Sekiranya ia disenyawakan, ia akan turun melalu saluran falopio ke rahim.
Ini dipanggil fasa luteal atau fasa secretory. Selepas telur dikeluarkan dari sarangnya, sejenis hormone dipanggil progestrone di rembes daripada sarangnya (corpus luteum). Ini menyebabkan dinding rahim semakin menebal. Setelah progestrone semakin berkurang kerana tiada persenyawaan berlaku, maka dinding ini akan runtuh sebagaimana runtuhnya tembok Berlin. Proses akan mengalami kitaran semula pada hari 1.
Dalam kata lain bila waktu sesuai untuk bersama suami , iaitu pada hari ke-14 hari ovulasi berlaku, telur baru keluar dari sarangnya ATAU ketika fasa luteal bermula.
** (14 days from the 1st day of your NEXT period – NOT your previous period)
Tak faham? Macam ni.
Katalah dia period 28 hari, maka hari subur ialah 28 hari – 14 hari = 14 hari.
Jadi, hari ke 14 itu adalah hari subur.
Katalah dia period 30 hari, maka hari subur ialah 30 hari – 14 hari = 16 hari.
Sekiranya periodnya 35 hari, maka 35-14 = hari ke 21 adalah waktu suburnya.
Ini adalah kerana fasa luteal pada kebiasaannya adalah tepat 14 hari setelah ovulasi, tetapi fasa folicullar boleh berubah2. Jadi waktu subur adalah 14 hari sebelum hari pertama period yang seterusnya. Sekiranya period anda adalah tetap 28 hari, tak jadi masalah untuk mengira waktu subur anda. Sekiranya period anda berubah-ubah, inilah timbulnya masalah mengira waktu subur.
Pada waktu subur, suhu badan wanita akan naik sedikit dalam satu darjah celcius. Juga terdapat lendiran cecair yang jernih daripada kemaluan. ini adalah disebabkan hormon yang meningkat ketika itu. Di Amerika terdapat kit untuk mengetahui kesuburan wanita melalui air kencing wanita tapi saya tak pernah jumpa lagi di klinik2 di K.Lumpur.
Oleh kerana telur atau ovum tidak mempunyai jangka hayat yang panjang, iaitu dalam lingkungan 1-2 hari sahaja, maka tingkap untuk mendapatkan zuriat adalah sangat terhad. Oleh itu Allah mencipta sperma dengan kelebihan yang lain pula.
Selain daripada berjuta-juta sperma dilepaskan (setiap seorang lelaki adalah jutawan!), ia juga boleh bertahan selama 3-5 hari. Ini bermakna, sekiranya suami isteri bersama 3 hari sebelum waktu subur, atau 2 hari selepas waktu subur, maka ada peluang untuk telur itu berjumpa dengan sperma yang hidup lebih lama.
Oleh itu, untuk mendapatkan zuriat, pasangan boleh bersama setiap malam (atau siang hari kecuali pada bulan Ramadhan) pada hari ke 11, 12, 13, 14, 15, 16 period untuk mendapatkan waktu optimum hari kesuburan sekiranya period anda datang 28 hari.
Itu adalah menganggarkan waktu subur adalah pada hari ke 14.
Anda boleh cuba setiap bulan untuk beberapa bulan sekiranya tidak berhasil. Ini adalah untuk memastikan waktu subur adalah sesuai dengan waktu bersama anda.
Ada pasangan yang ingin mengelakkan mengandung dengan cara mengira kalendar.
Sebenarnya, cara mengira melalui kalendar adalah berisiko dan tidak beberapa tepat. Ini adalah kerana anda mungkin boleh tersilap kira, atau kedatangan haid yang tidak beberapa teratur menyebabkan tarikh subur lari dari kebiasaan.
Oleh kerana anda tahu sperma boleh bertahan selama 5 hari di dalam rahim (ada kajian menunjukkan 7 hari !), jadi 5 hari sebelum dan selepas hari kesuburan adalah waktu yang dianggarkan tidak boleh bersama isteri ataupun terpaksa menggunakan cara kontraseptif yang lain.
Ada juga yang meletakkan 3 hari sebelum dan selepas waktu subur. Ini lebih rapat dan lebih berisiko. Terpulang kepada anda sendiri. Seperti yang saya khabarkan tadi, cara ini tidak beberapa tepat dan mempunyai risiko yang tersendiri.
Saya harap info tentang kitaran haid dan waktu subur ini boleh membantu pasangan suami isteri menganggar waktu yang terbaik untuk bersama dan waktu terbaik untuk mengelak daripada bersama.
Persediaan awal dan rapi dalam merencanakan majlis perkahwinan buat pasangan merupakan perkara penting yang perlu dititikberatkan sebelum berlangsungnya sebuah majlis bahagia.
Kesibukan dalam mengatur perjalanan menjelang hari bahagia kadangkala merunsingkan hingga pasangan terlupa akan beberapa perkara penting.
Segalanya harus berjalan seperti yang dirancang sebelum majlis berlangsung dan pastikan tiada apa yang terlepas daripada pandangan mata.
Nah, Pesona Pengantin hadiahkan anda wedding checklist agar tiada perkara penting yang terlepas pandang dalam menguruskan persiapan menjelang hari bahagia anda.
Setiap pasangan pasti mengimpikan hari bahagia yang diingati sepanjang hayat. Momen dua hati disatukan dalam suasana indah, bersama keluarga dan rakan tersayang sudah tentu...