Dalam hidup seseorang wanita , tidak datang haid atau kelambatan datang haid pada waktu/tarikh yang biasa keluar haid memang berlaku. Reaksi pertama bagi wanita yang berkahwin dan yang memang mengharap untuk hamil ialah ‘Adakah aku hamil?’
1. Kehamilan.
Memang benar kehamilan adalah sebab utama tidak datang haid. Oleh itu langkah pertama ialah buat ujian kehamilan dengan menggunakan alat ujian UPT yang boleh dibeli di mana-mana kedai farmasi. Air kencing pertama ketika baru bangun dari tidur perlu diambil dan diuji bila haid sudah lambat 5 hari atau lebih. Malah ada yang boleh sahkan kehamilan dengan ujian UPT lebih awal lagi. Ujian ultrsound scan boleh kesan karung kandungan bila haid sudah lewat seminggu.
2. Gangguan hormon
Gangguan hormon boleh juga menyebakan lambat datang haid. Apakah situasi-situasi yang boleh ganggu hormon? Paling utama ialah stres fizikal, emosi dan mental yang dewasa ini banyak melanda kaum wanita.
Stres ini mungkin dicetuskan ditempat kerja, sekitar kawan-kawan, dijalan raya ketika memandu kereta, dirumah sekitar ahli-ahli keluarga dan lain-lain punca. Hormon stres memang mengganggu hormon subur yang mengawal kitaran haid, menyebabkan kelambatan datang haid.
3. Kegemukkan
Gangguan hormon juga bolih dicetuskan dari peningkatan berat badan secara mendadak. Ramai wanita cepat naik berat badan sejurus mereka kahwin. Apabila sudah ada teman, makan pun lebih berselera dan tidak boleh dikawal dan kegemukkan memang boleh ganggu hormon menyebabakan kitaran haid terganggu.
Makanan2 ‘fast dan junk foods’ yang sangat popular sekarang juga boleh mengganggu hormon wanita kerana makanan2 tersebut mengadungi banyak bahan pengawet, perisa dan pemanis. Kebanyakkan makanan-makanan tersebut juga mengandungi banyak karbohidrat dan gula yang mudah menyebabkan kegemukkan/obesity. Jauhkan makanan tersebut jika ingan hamil dan gantikan dengan makan lebih buah-buahan dan sayur-sayuran.
4. Sebelum menopaus
Lambat datang haid juga munkin disebabkan gangguan haid dalam umur 40an iaitu sekitar umur ‘perimenopause‘ , atau putus haid. Bila sampai umur demikian wanita sering tidak subur dan telur tidak menetas/ovulasi. Tiada ovulasi bererti tiada pengeluaran hormon progesterone dan kaedaan ini mengganggu imbangan hormon yang boleh menyebabkan berbagai jenis gangguan haid termasuk lambat datang haid.
5. Polycystic ovary syndrome.
Apa yang ditakuti dalam hal ini ialah kelambatan datang haid yang disebabkan oleh penyakit. Penyakit yang paling sering berlaku ialh ‘Polcystic Ovary Syndrome’ atau PCOS yang sering juga menyebabkan kemandulan. Follikular cyst iaitu karung telur yang tidak pecah waktu ovulasi (hari ke14-15) juga bolih menyebabkan tidak datang haid, tapi cyst ini akan pecah dengan sendir bila sampai saiz 5 cm atau lebih dan kandungan cyst iaitu air akan diserap badan.
6. Berbagai penyakit.
Lain-lain penyakit termasuklah tumbuhan kanser ovari. Olih itu sangat penting wanita yang kelewatan atau tidak datang haid untuk buat ultrasound scanning – melalui perut atau vagina untuk mengesan cyst atau tumbuhan yang merbahaya.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI