Kredit: Tangkap Pictures

Sudah menjadi lumrah seorang wanita yang pastinya banyak cakap. Pasti ada sahaja perkara yang ingin dikongsi dan diceritakan kepada orang sekelilingnya. Namun, awas jika wanita memilih untuk berdiam diri! Itu bermakna ada sesuatu yang tidak kena padanya.

Mungkin ada benda yang tidak kena atau dia sedang berkecil hati dengan suaminya. Sebagai seorang suami, cubalah anda ambil tahu tentang perkara ini. Mungkin dia penat menguruskan hal rumah. Sesekali, suami berilah pujian serta ambil perhatian sebagai tanda penghargaan buat isteri.

Jadi ingatlah jika seorang isteri diam, tidak bermaksud semuanya okay. Selamilah maksud di sebalik ‘berdiam diri’ itu. Itu tandanya isteri perlukan sesuatu.

Berikut merupakan perkongsian daripada Mohd Fhais tentang isteri yang pendiam itu sebenarnya memerlukan ‘me time’.

Bila Isteri Diam, Itu Tandanya Dia Perlukan ‘Sesuatu’

Tiba-tiba Senyap

Lepas melawat sekolah Rania tadi terus gerak ke cheras dengan isteri. Sepanjang perjalanan dari melaka ke cheras dia senyap.

Bercakap sepatah je keluar. Macam paksa diri kena ikut je nadanya.

Ok la. Lepas selesai je urusan di cheras buka waze nak balik melaka, dia nampak perkataan ikea keluar kat situ.

Terus dia tempelak “bang jom pergi ikea”

Tak ada benda nak buat pun jadi, “Ok boleh, jom.” Balas saya.

IKLAN

Terus Berubah

Start daripada saat itu personaliti isteri berubah terus. Dari tak bermaya tadi jadi banyak gaya pula.

Banyak betul la dia cakapkan.

“Dah lama kita tak jalan sinikan bang”

“Abg lawanya bangunan tu, bangunan apa tu?”

Apa je melintas dia nak borakkan.

Sampai kat ikea lagi tak tentu arah. Tak sabar sabar siap dari jauh lagi dah nampak parking kosong.

“Kat situ bang, kat situ bang, ada kosong situ”

IKLAN

Kesian pula tengok isteri jakon tengok ikea macam ni..

Padahal dah banyak kali datang sini. Lama dulu la, dekat setahun rasanya tak datang. Patut la jakon. Haha

Tapi sebenarnya jakon ni ada sebab.

Bila Isteri Diam, Itu Tandanya Dia Perlukan ‘Sesuatu’

Rupanya Isteri Perlukan ‘Me Time’

Ya la, setiap hari kerja dia dengar tangisan baby kat w

ad, kerjanya jaga baby yang sakit. Jadi baby menangis tu normal, kalau baby tak nangis dia yang nangis. Berganti ganti.

IKLAN

Lama kelamaan otak pun jadi tepu dengar tangisan je setiap hari…

Balik rumah pula dengan anak yang suka sepahkan mainan, dengan masalah air yang tak berkesudahan lagi, baju bertimbun 2 hari sekali baru basuh.

Jadi terang sangat la yang jakon isteri tu tanda dia sangat perlukan me-time untuk rawat otak yang dah tepu.

Itu yang sampai je ikea ni terus lupa diri. Semua benda dia nak tengok dan belek. Orang ambil gambar dari belakang pun tak perasan.

Bila Isteri Diam, Itu Tandanya Dia Perlukan ‘Sesuatu’
Kredit: Made By Lat

Pengajaran baru hari ni.

Jika isteri jadi pendiam tu bahasa isyarat dia nak bagitahu kita yang dia nak me-time. Noted mem.

Wallahu A’lam,

Mohd Fhais
Kita lelaki balik rumah debuk landing atas sofa dah kira buat me-time tapi bagi wanita tidak.

Sumber: Mohd Fhais

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI