
Apabila anda sudah bersetuju untuk menerima pasangan bagi menjalani kehidupan bersama, anda seharusnya sudah bersedia untuk menerima segala kekurangan pasangan. Jangan pernah membanding-bandingkan suami anda dengan orang lain, ianya pasti akan mengguris hati suami anda.

Setiap manusia diciptakan mempunyai kelebihan dan kekurangan masing-masing, jika anda membanding-bandingkan ianya bermakna anda telah mempersendakan ciptaan Allah s.w.t.
Mungkin anda tidak tahu, purata penceraian itu berlaku salah satunya adalah kerana si suami rasa rendah diri dan tidak sanggup bersama isteri kerana sering dibanding-bandingkan. Kedengaran seperti agak lucu, tetapi itu lah hakikatnya.
Apabila isteri sering menjatuhkan maruah dan sering membuat perbandingan, suami rasa tercabar dan berfikir bahawa adalah lebih baik mereka melepaskan daripada dibanding-bandingkan.
Bagi sesetengah isteri, ianya seperti satu gurauan bagi meriuhkan suasana. Mungkin sekali atau dua kali itu tidak mengapa, namun jika setiap kali berbual anda menyindir, sudah pasti egonya mula tercalar. Jangan terkejut jika suami anda yang dulunya seorang pendiam tiba-tiba bertukar wajah!
Membanding-bandingkan adalah salah satu perbuatan buli yang ringan. Ianya tidak mencederakan fizikal, tetapi menyerang mental. Sesiapa sahaja tidak suka dibandingkan. Terima pasangan anda dengan hati terbuka.
SUMBER : bukanaku.com
Isteri Kena Pantau, Bila Suami Mula Berubah Jadi Pendiam Selepas Kahwin

Pasangan perlu tahu apa masalah belenggu suami termasuk mungkin bosan dengan kerenah isteri.
Seorang wanita yang secara kebetulan bertemu dengan teman lama dan mengetahui rakannya itu sepejabat dengan suami secara spontan bertanya, bagaimanakah sikap suaminya ketika di tempat kerja. Kata wanita itu, di rumah suaminya seorang yang agak pendiam dan sukar diajak berbual. Malah, sepatah ditanya maka sepatah yang lazimnya akan dijawab oleh suami. Wanita itu mengeluh lagi, katanya, keadaan itu membuatkannya berasa bosan dan ada kala tertekan dengan sikap suami.Peliknya ketika bercinta dulu, suami rancak bercakap dan pelbagai topik dibangkitkan hinggakan kadangkala dirinya sendiri tidak berpeluang bercakap.
Bagaimanapun, wanita itu mengakui suaminya seorang lelaki yang baik, dan tidak pernah mengabaikan keperluan rumah tangga termasuk tanggung jawab terhadap anak. Cuma yang tidak menyenangkan hati, suami terlalu pendiam dan lebih suka membuat hal sendiri seperti membaca surat khabar, lebih gemar tidur walaupun waktu siang hari atau rajin membasuh kereta selepas berkahwin. Mendengar segala luahan itu, teman lamanya agak sedikit terkejut. Setahunya, di pejabat suami kepada rakannya itu tidak berhenti bercakap dan ada saja topik yang hendak dibincangkan. Kadangkala, bergurau dan mengusik rakan lain serta rajin juga bergosip sesama teman. Kenapa pula jadi begitu?

Berubah watak
Kaunselor berdaftar Universiti Malaya, Hushim Salleh, berkata senario suami menjadi pendiam dalam rumah tangga dan berubah watak apabila berada di luar memang banyak berlaku. Malah, sepanjang mengendalikan kaunseling perkahwinan, masalah seumpama itu adalah antara isu atau konflik rumah tangga yang kerap diluahkan oleh isteri.Beliau berkata, ada isteri yang mengadu mereka putus asa dan membiarkan suami dengan sikap pendiam asalkan rumah tangga bahagia. Namun, ada juga wanita yang terus bersabar dan terpaksa memendam perasaan serta terus berada dalam keadaan tertekan.
“Berdasarkan kajian kes banyak faktor yang menyebabkan suami menjadi pendiam ketika di rumah dan antaranya ialah tidak wujud lagi hubungan mesra antara pasangan berkenaan seperti mana mereka bercinta dulu.
“Faktor lain ialah timbul kebosanan suami terhadap kerenah isteri yang selalu mengongkong, banyak bertanya dan asyik membebel atau bercakap tidak berhenti-henti tanpa mengira tempat dan keadaan. Untuk ‘melarikan diri’ daripada semua itu dan tidak mahu menimbulkan konflik serta keadaan haru biru, lelaki memberontak atau protes secara diam dengan mengambil sikap mendiamkan diri,” katanya.
Beliau berkata, sikap seperti itu sebenarnya tidak baik untuk hubungan antara suami isteri. Sikap dan tindakan suami itu akan lebih menyakitkan hati isteri yang tidak faham serta tidak tahu apa-apa dipendamkan oleh pasangannya.

Isteri suka tanya
Bagaimanapun, Hushim, berkata tidak semua lelaki bersikap seperti itu sebaliknya, ada yang boleh bersoal jawab dan tidak kisah jika pasangannya bertanya apa saja dilakukannya serta mengetahui segala tindak tanduknya.Begitu pun, beliau berkata, lazimnya antara lelaki dan wanita, pihak isteri sememangnya paling banyak mengajukan pertanyaan. Wanita menganggap dengan bertanya dan bersoal jawab ia sebagai suatu cara untuk mencari jalan penyelesaian. Malah, ada isteri begitu agresif bertanya itu dan ini sehingga terkeluar kata-kata yang tidak elok didengar.
“Selain kedua-dua faktor itu, suami bertukar menjadi pendiam mungkin juga disebabkan ada orang ketiga dalam rumah tangga. Suami bukan takut dengan isteri tetapi mengambil jalan selesa dengan hanya berdiam diri dan membiarkan isteri saja bercakap atau bertanya.“Suami seperti itu bijak bermain psikologi dan dia tahu, apabila tiba masa isteri akhirnya akan berhenti bertanya apabila soalan diajukan tidak dijawab. Selain itu, ada suami yang bimbang jika dia menjawab maka akan lebih banyak lagi pembohongan yang dibuatnya kepada isteri,” katanya.
Memang ada suami yang hanya bersikap pendiam di rumah atau bersama pasangan, tetapi tidak bersikap seperti itu ketika berada bersama rakan atau di luar rumah seperti di tempat kerja. Katanya, suami yang bersikap sedemikian boleh dianggap berada dalam dua dunia berbeza atau bertopeng apabila berada dalam situasi berbeza. Antara alasan diberikan, tiada cerita yang boleh dikongsi bersama atau topik menarik yang perlu dibincangkan dengan isteri. Ada juga yang selamba berkata, ketika bercinta dulu, sudah banyak perkara dibincangkan bersama sehingga tiada ‘modal’ lagi untuk dijadikan bahan perbualan.
Kata-kata seperti itu silap sama sekali. Selepas berkahwin sepatutnya, lebih banyak yang perlu diperbincangkan dan dirunding bersama kerana tanggungjawab semakin bertambah. Ini termasuklah, cara menguruskan kewangan atau hal pelajaran anak.
“Berbanding ketika bercinta, isu yang dibincangkan tentulah lebih banyak mengenai soal kasih sayang, kesetiaan dan perasaan cinta,” katanya.
Beliau berkata, selain berbincang mengenai isu kekeluargaan dan tanggung jawab, suami isteri juga boleh berkongsi cerita atau meluahkan perasaan masing-masing mengenai hal di luar seperti masalah di tempat kerja atau tekanan dihadapi.
Sebagai contoh, apabila suami bercakap mengenai sesuatu hal seperti masalah di pejabat, isteri sepatutnya cuba menyesuaikan topik itu dan perlu memberi sokongan kepada pasangan. Sebagai wanita, tidak rugi jika sekali-sekala mengalah dan mendengar apa yang dicakapkan suami daripada anda bercakap hal lain.

Jadilah pendengar baik
Pada masa sama, isteri perlu menjadi pendengar yang baik kepada suami dan cuba elakkan banyak menyampuk supaya suami tidak berasa bosan. Hakikatnya, kata Hushim, sindrom suami menjadi pendiam di rumah tidak boleh dibiarkan berlanjutan kerana konflik seperti itu bukan saja membuatkan rumah tangga menjadi hambar, tetapi turut menyebabkan sehingga berlaku perceraian. “Lelaki perlu bersikap terbuka dan membuka ruang untuk berkomunikasi selalu dengan isteri. Sikap suami yang terus membisu boleh memberikan tekanan kepada isteri. Malah, konflik yang timbul boleh memberi kesan kepada anak.
“Paling dikhuatirkan, isteri yang dalam keadaan tertekan akan bertindak melampaui batas sehingga bersikap ‘pindah gantian’ kepada anak dan melakukan perkara negatif seperti yang berlaku dalam beberapa tragedi sedih antara ibu dan anak sebelum ini.
Bertuah Punya Pasangan Yang Menangis Ketika Solat Kerana Cintakan Allah

Adakah anda pernah menangis dalam solat? Mungkin sesetengah orang sekali atau tidak pernah langsung menangis ketika dalam solat. Tidak mengapa menangis dalam solat biarlah sekadar sahaja jangan tersekat-sekat bacaannya.
Menangis sewajarnya kerana rasa menyerah diri kepada Allah yang teramat sangat kerana takut azabNya, pohon rahmatNya, sedar akan diri yang dhaif di sisi Allah atau sebab-sebab lain. Jika menangis tentang perkara lain seperti kehilangan ayah atau ibu, kena marah dengan big boss, putus cinta dan sebagainya tak digalakkan kerana ia tak khusyuk dan jika terkeluar suara boleh batal solat tersebut.
Menangislah seperti Saidina Abu Bakar, yang hangus hatinya kerana takutkan Allah SWT sehingga terbau bau hatinya kepada makmum.
Jika menangis kerana sayangkan Allah SWT, jika bacaan surah tersekat-sekat kerana esakan, dibolehkan. Kalau rukun qauli (alfatihah, takbiratul ihram, tasayhud akhir, salawat dan sebagainya) tersekat-sekat sehingga mengubah makhraj dan mengganggu bacaan, wajib diulang. Jika surah tak ulang pun tidak mengapa.

Sebab-sebab menangis dalam solat.
1. Ada orang menangis ketika solat kerana takut seksaan Allah, bertaubat.
2. Ada orang menangis ketika solat kerana dalam kesusahan.
3. Ada orang menangis ketika solat kerana cintakan Allah.
Orang yang menangis ketika solat kerana takut akan seksaan Allah atau mengharap keampunan Allah, adalah orang yang meletakkan Allah sebagai Pemerintah Alam Yang Maha Berkuasa. Kita adalah hambaNya, Allah yang menentukan nasib kita.
Orang yang menangis ketika solat kerana dalam kesusahan atau kesedihan, adalah orang yang meletakkan dirinya dalam hina dan meletakkan Allah sebagai Yang Maha Pemurah, Maha Kaya. Orang ini tahu yang dia adalah hamba dan tidak punyai apa-apa pun. Macam dalam kisah Nabi Ayub a.s, Nabi Ayub a.s menangis, mengadu dan mohon kepada Allah tentang penyakit dirinya. Dia kehilangan orang rapat kerana penyakitnya, kehilangan harta kerana penyakitnya dan dibenci orang kerana penyakitnya. Tapi Nabi Ayub a.s tak pernah putus-putus berdoa kepada Allah.
Orang yang menangis ketika solat kerana cintakan Allah, adalah orang yang meletakkan Allah sebagai kekasihnya. Menangis ketika sembahyang itu maknanya jiwa seseorang itu dekat dengan Allah. Sentiasa bertawadhuk, malah hati yang sentiasa dengan Allah akan selalu menangis bila melihat kemungkaran. Hatta sesaat dia lupa dengan Tuhan dia akan merasa bersalah. Kita hendaklah selalu memohon kepada Allah agar hati kita tidak lalai dari mengingati Dia.

Bagi penulis, orang yang paling hebat adalah seorang yang bangun tengah malam lalu berwuduk dengan sempurna dan mengerjakan solat dua rakaat dan menitiskan setitik air mata sedangkan sesiapa pun tidak mengetahuinya.
Mari tengok klip video Imam Sheikh Mishary Rashid Alafasy menangis semasa mengimamkan solat di sebuah masjid di Kuwait. Bagi mereka yang berbangsa arab mesti menangis kerana tahu makna ayat dari surah tersebut yang barangkali menerangkan hal seksa api neraka dan balasan Allah di hari akhirat.
Bagi kita yang tidak faham makna ayat-ayat Al-Quran semasa imam membaca tetapi menangis juga dalam solat. Orang itu sangatlah istimewa disisi Allah SWT. Dimuliakan oleh Allah SWT, diampunkan dosa-dosanya serta mendapat ganjaran dari ibadahnya. InsyaAllah.
Wasallam.
GAMBAR HIASAN : TANGKAP PICTURES
Wahai Suami Jangan Terlalu Melihat ‘Derhaka’ Isteri, Sehingga Kau Lupakan ‘Derhaka’ Sendiri

Biasa kita dengar, isteri wajib ikut perintah suami, perlu faham kehendak suami. Lalu, dek kerana takut dengan dosa melanggar arahan suami, maka si isteri pun ikut walaupun terpaksa. walaupun kecewa.
Namun, berapa ramai suami yang faham, atau paling tidak pun ‘cuba’ untuk memahami isteri? Kata-kata macam mana yang si isteri suka? Arahan macam mana yang membuatkan isteri boleh terima tanpa terpalit perasaan ‘terpaksa’. Cubalah fahami.
Jangan terlalu melihat ‘derhaka’ isteri, sehingga kita melupakan ‘derhaka’ kita sendiri. Sama-sama kita hadam perkongsian indah dari Mizan Dzai di bawah.
Istilah Suami Derhaka
Kalau isteri menyakiti hati suami, tandanya derhaka pada suami tapi bagaimana kalau suami menyakiti hati isteri?
Jawapan Ustaz:
Berdosalah juga cuma tidak ada istilah suami derhaka pada isteri, tapi suami akan ditandai oleh Malaikat sebagai derhaka pada Allah SWT.
Kerana isteri, rezeki kau bertambah.
Kerana isteri, maka lahirlah zuriat kau.
Kerana isteri, makan pakai kau dijaga.
Kerana isteri, tenang hati kau.
Kerana isteri, lembut pemandangan mata kau.
Kerana isteri adalah satu-satunya manusia yang boleh melihat cacat cela kau yang tersembunyi dari pandangan mata kau dan masih menerima kau seadanya.
Janganlah sakiti hati mereka, ingatlah setiap pengorbanan mereka walaupun kecil di mata kau tapi besar untuk dirinya.
Setiap peluh yang menitik, yang dikerjakan untuk keluarganya, setiap air mata yang menitis untuk anak-anak dan suaminya adalah salah satu tanda dia isteri yang terbaik buat kau wahai yang bergelar suami.
Mengapa Wanita sering menangis?
JawabNya:
Kerana Wanita itu unik. Aku ciptakan mereka sebagai makhluk yang istimewa.
Aku kuatkan bahunya untuk menjaga anak-anaknya.
Aku lembutkan hatinya untuk memberi rasa aman
Aku kuatkan rahimnya untuk menyimpan benih manusia.
Aku teguhkan peribadinya untuk terus berjuang saat yang lain menyerah.
Aku beri dia naluri untuk tetap menyayangi, walau dikhianati oleh teman, walau disakiti oleh orang yang disayangi.
Wanita makhluk yang tabah dan kuat. Tapi jika suatu saat dia menangis itu kerana aku beri air mata untuk membasuh luka batin dan memberi kekuatan baru.
Wanita itu tersangatlah istimewa.
Kirimkan pada Wanita yang kau sayangi. Kirimkan juga pada lelaki agar mereka lebih menghargai Wanita. Dan agar kau tahu bahawa Wanita itu adalah ciptaan Allah yang istimewa.