
Apabila anda sudah bersetuju untuk menerima pasangan bagi menjalani kehidupan bersama, anda seharusnya sudah bersedia untuk menerima segala kekurangan pasangan. Jangan pernah membanding-bandingkan suami anda dengan orang lain, ianya pasti akan mengguris hati suami anda.

Setiap manusia diciptakan mempunyai kelebihan dan kekurangan masing-masing, jika anda membanding-bandingkan ianya bermakna anda telah mempersendakan ciptaan Allah s.w.t.
Mungkin anda tidak tahu, purata penceraian itu berlaku salah satunya adalah kerana si suami rasa rendah diri dan tidak sanggup bersama isteri kerana sering dibanding-bandingkan. Kedengaran seperti agak lucu, tetapi itu lah hakikatnya.
Apabila isteri sering menjatuhkan maruah dan sering membuat perbandingan, suami rasa tercabar dan berfikir bahawa adalah lebih baik mereka melepaskan daripada dibanding-bandingkan.
Bagi sesetengah isteri, ianya seperti satu gurauan bagi meriuhkan suasana. Mungkin sekali atau dua kali itu tidak mengapa, namun jika setiap kali berbual anda menyindir, sudah pasti egonya mula tercalar. Jangan terkejut jika suami anda yang dulunya seorang pendiam tiba-tiba bertukar wajah!
Membanding-bandingkan adalah salah satu perbuatan buli yang ringan. Ianya tidak mencederakan fizikal, tetapi menyerang mental. Sesiapa sahaja tidak suka dibandingkan. Terima pasangan anda dengan hati terbuka.
SUMBER : bukanaku.com
Bakal Pasangan Pengantin Dibenarkan Akad Nikah Di Masjid – Dr Zulkifli Al Bakri

Dalam satu sidang media menteri di Jabatan Perdana Menteri (Menteri Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkaitan hal ehwal agama Islam di Malaysia dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan ini.Untuk menjaga kesejahteraan umat Islam, kerajaan melonggarkan untuk bakal pengantin yang bakal mendirikan rumahtangga untuk mengadakan Akad Nikah di masjid.
Bagaimanapun, pihak JAWI akan mengeluarkan semula dengan mematuhi beberapa syarat yang bakal ditetapkan, jelas Dr Zulkifli dalam sidang media tersebut.
PANDUAN MAJLIS AKAD NIKAH DI MASJID
Adab-Adab Ketika Berada di Masjid. Adab-adab semasa hadir ke majlis akad nikah yang dilangsungkan di masjid perlu sentiasa diambil perhatian oleh pasangan pengantin dan ahli rombongan yang hadir. Ia merangkumi beberapa aspek seperti yang berikut:-
1.Melakukan ibadat-ibadat sunat;
a, bakal pengantin berserta ahli rombongan yang hadir, disunatkan untuk melakukan perkara-perkara berikut apabila memasuki masjid:
i. Berwuduk;
ii. Berniat iktikaf dengan lafaz ”sahaja aku mengerjakan sunat iktikaf di masjid ini kerana Allah Taala”;
iii. Sebelum duduk, disunatkan menunaikan sembahyang sunat tahiyyatul masjid sebanyak dua rakaat dengan lafaz niat ”sahaja aku sembahyang sunat tahiyyatul masjid, dua rakaat kerana Allah Taala”; dan
iv. Berzikir secara senyap tanpa mengganggu orang lain, sementara menunggu upacara akad nikah bermula.

2. Memelihara adab berpakaian
a, Bagi lelaki, adab berpakaian semasa menghadiri upacara akad nikah di masjid adalah seperti yang berikut:
i. Memakai pakaian yang suci dan bersih;
ii. Menutup aurat; dan
iii. Tidak memakai pakaian yang diperbuat daripada sutera tulen.
b, Adab berpakaian bagi wanita semasa menghadiri upacara akad nikah di masjid adalah seperti yang berikut:
i. Memakai pakaian yang suci dan bersih;
ii. Menutup aurat; dan
iii. Memakai pakaian yang longgar (tidak ketat), tidak jarang atau nipis sehingga boleh menampakkan kulit dan bentuk susuk badan.
3. Memelihara adab berhias dan berdandan
a. Sebagai agama yang mudah dan mengamalkan kesederhanaan, Islam tidak menolak secara mutlak konsep berhias dalam kalangan wanita Islam. Namun begitu, cara berhias dan berdandan seseorang wanita itu mestilah selaras dengan tuntutan Islam, iaitu antaranya seperti yang berikut:
i. Tidak berlebih-lebihan atau keterlaluan dalam bersolek dan berhias sehingga boleh menarik perhatian orang yang memandang atau membawa kepada fitnah;
ii. Hanya mengenakan solekan yang ringkas bagi menaikkan seri wajah pengantin;
iii. Niat asal bersolek itu bukanlah dibuat dengan tujuan untuk menunjuk-nunjuk atau menarik perhatian orang yang memandang;
iv. Memakai perhiasan dan barang kemas seperti cincin, gelang dan rantai tidak secara melampaui batas sehingga boleh membawa kepada sikap sombong dan bermegah-megah untuk mempamerkan kekayaan; dan
v. Diharuskan bagi pengantin perempuan dan ahli rombongan wanita memakai bau-bauan bagi tujuan menghilangkan bau badan, tetapi pemakaiannya tidak boleh secara berlebihan sehingga dapat dihidu oleh orang lain atau sehingga menimbulkan fitnah.
b. Bagi pengantin lelaki dan ahli rombongan lelaki yang mengiringi pengantin, mereka dilarang daripada memakai perhiasan yang berikut:
i. Rantai, gelang, subang dan perhiasan-perhiasan yang menyerupai wanita; dan
ii. Perhiasan yang diperbuat daripada emas, emas putih dan suasa.
c. Namun begitu, diharuskan bagi lelaki memakai perhiasan yang berikut:
i. Cincin yang diperbuat daripada perak dan platinum; dan
ii. Memakai minyak wangi, bahkan, kaum lelaki digalakkan memakai bau-bauan yang harum semasa berkunjung ke masjid.
d. Harus bagi pengantin perempuan berinai dengan syaratsyarat berikut:
i. Harus memakai inai pada kedua-dua tangan dan kaki selagi tidak menimbulkan fitnah;
ii. Kadar pemakaian inai di kedua-dua tangan dan kaki adalah terhad sehingga pergelangan tangan dan buku lali sahaja;
iii. Warna yang digunakan tidak bersifat kekal seperti tatu dan tidak mengandungi sebarang unsur yang meragukan;
iv. Corak atau ukiran yang dibenarkan ialah corak atau ukiran daun dan tumbuh-tumbuhan; dan
v. Corak atau ukiran haiwan, lambang dewa-dewa, ajaran atau apa jua gambaran yang bertentangan dengan syarak adalah dilarang

4. Menjaga tatatertib dan kesantunan.
a. Selain daripada adab berpakaian dan berhias, pengantin dan ahli rombongan yang hadir juga hendaklah menjaga tatatertib dan kesantunan dalam beberapa aspek berkaitan semasa berada di dalam masjid. Antara perkara-perkara tersebut ialah larangan memasuki masjid bagi:
i. lelaki dan wanita yang berhadas besar, termasuk bagi wanita yang sedang dalam haid;
ii. kanak-kanak yang dibimbangi najis mereka boleh menitis ke lantai. Bahkan, kanak-kanak yang turut dibawa bersama-sama ke masjid hendaklah dipastikan bersih daripada segala kekotoran dan najis serta baubauan yang tidak menyenangkan.
b. Perkara-perkara berikut juga hendaklah dihindari semasa berada di dalam masjid, iaitu:
i. Bercakap tentang hal-hal keduniaan, bercerita hal-hal orang lain dan pada perkara yang sia-sia;
ii. Kanak-kanak membuat bising, bermain-main, berlari-lari atau menangis di dalam masjid. Sekiranya tingkah-laku kanak-kanak tersebut sukar lagi dikawal, mereka hendaklah dibawa keluar daripada masjid;
iii. Membawa barang-barang hantaran perkahwinan ke dalam masjid. Memadai dengan hanya membawa mas kahwin semasa upacara akad nikah tersebut dilangsungkan;
iv. Sesi bergambar dan rakaman video upacara akad nikah yang melampaui batas sehingga seolaholah seperti studio rakaman dengan limpahan cahaya kamera.
c. Berkomunikasi semasa berada di dalam masjid adalah diharuskan dengan adab-adab seperti yang berikut:
i. Bercakap hanya pada perkara-perkara yang penting, perlu dan bermanfaat sahaja; dan
ii. Bercakap dengan suara yang perlahan supaya tidak mengganggu jemaah lain yang sedang beribadat
d. Sekiranya terdapat ahli rombongan pengantin yang bukan beragama Islam turut hadir dalam majlis akad nikah tersebut, diharuskan bagi mereka memasuki masjid dengan syarat-syarat seperti yang berikut:
i. Mendapat keizinan daripada pihak pengurusan masjid;
ii. Memakai pakaian yang menutup aurat dan sopan;
iii. Perlakuan dan tingkah laku mereka tidak mencemarkan kesucian masjid, sentiasa terkawal dan beradab; dan
iv. Tidak berdoa atau bertafakur mengikut cara agama mereka dalam keadaan yang boleh menimbulkan fitnah.

e. Selain itu, antara perkara-perkara yang perlu diberi perhatian oleh pengantin dan ahli rombongan yang hadir ke upacara akad nikah di masjid ialah:
i. Tempat duduk lelaki dan perempuan mestilah berasingan atau duduk secara bersebelahan antara satu sama lain; dan
ii. Diharuskan makan dan minum di tempat yang telah disediakan khusus oleh pihak pengurusan masjid dengan memastikan kebersihan masjid sentiasa terjaga daripada sebarang bentuk kekotoran.
f. Pihak pengurusan masjid juga hendaklah memastikan bahawa upacara akad nikah yang akan dijalankan tidak dilaksanakan di hadapan mimbar atau mihrab masjid.
Rujukan :
Garis Panduan Upacara Akad Nikah Di Masjid Dan Perkara-Perkara Yang Berkaitan Dengannya
http://www.islam.gov.my/…/127-garis-panduan-upacara-akad-ni…PANDUAN MAJLIS AKAD NIKAH DI MASJID
Tidak Ada Rumah Tangga Sempurna, Kerana Setiap Rumah Tangga Memiliki Ujian Masing-Masing

Jika saat ini rumah tanggamu bermasalah, jangan menyesal dengan pilihanmu walaupun keslahan itu datangnya dari dia sendiri.
Apapun masalahmu cukup kamu sahaja yang tahu. Percayalah, bahawa memang tidak ada rumah tangga yang sempurna, kerana setiap rumah tangga tentu memiliki ujiannya masing-masing.
Oleh itu, bersabarlah, jangan terlalu mengikut emosi dalam keadaan yang membawamu kepada masalah yang besar. Hadapilah dengan lapang dada dan mintalah solusinya kepada Allah.
Ada yang Mendapatkan Isteri Baik, Tapi Suami Bermasalah
Apakah kamu tahu, kehidupan rumah tangga itu kadang, ada yang sudah mendapat isteri baik, memberi perhatian, setia, dan sangat bertanggung jawab menunaikan tugas-tugasnya sebagai isteri, tapi masalahnya ada pada suaminya yang bermasalah.
Ada juga yang suaminya tidak bermasalah, tapi dia tidak taat kepada Allah, dia selalu melampau batas-batas yang telah Allah gariskan.
Ada yang Mendapatkan Suami Baik, Tapi Isteri yang Bermasalah
Ada yang sudah mempunyai suami baik, berakhlak mulia, beragama , memiliki pekerjaan yang bagus, bertanggung jawab, setia, dan memberi perhatian kepada keluarga.
Tetapi Allah uji dengan keadaan isteri yang ego, tidak pandai menjaga kehormatan, dan bahkan tidak diatur dengan baik, sentiasa marah-marah dan tidak mendengar cakap suami.
Ada yang Suami Isteri Baik, Tapi Kadang Mertua yang Bermasalah
Ada yang suami dan isteri sudah sempurna, keduanya sama-sama baik, sama-sama taat kepada Allah, sama-sama setia, sama-sama bertanggung jawab, sampai orang lain pun tidak nampak masalah mereka
Tapi Allah kadang mengujinya dengan mertua yang kurang baik, masalahnya Allah datangkan dari mertua yang kadang ego dan suka-suka membuat cerita mengenai menantu.
Ada yang Suami Isteri Baik, Mertua Juga Baik, Tapi Ipar yang Bermasalah
Ada yang sudah baik antara suami isteri, mertuanya juga sama-sama baik, tetapi Allah mengujinya ipar yang kadang selalu mencari masalah sesama ipar duai.
Ada yang Semuanya Sudah Baik, Tapi Masalahnya Masih Menantikan Kehadiran Seorang Anak
Jadi intinya, semua rumah tangga itu memiliki masalahnya masing-masing, tidak ada yang tidak dihinggapi sebuah masalah, kerana masalah ibarat sebuah bumbu agar rumah tangga yang dibina bisa semakin dewasa dan baik.
Ada Suami Yang Tak Pandai Bermain Kata-Kata Tapi Dialah Yang Sentiasa Setia Dengan Isterinya

Buruk-buruknya lelaki itu, dialah suami kita. Dialah yang kita pilih untuk bersama hingga akhirnya. Mungkin dalam segala hal, banyak kelemahan yang sering kita ungkitkan tapi ada kebaikan yang kita lupakan.
Jadi isteri, jadilah yang paling sabar dan meredhakan setiap apa yang berlaku. Paling tegas tapi lembut hatinya. Paling kuat tapi penyayang dalam segala hal. Percayalah isteri, suami itu adalah hadiah dari Allah untuk seorang isteri.