Jatuh ego seorang lelaki bila isteri mula meninggi suara, tunjukkan perasaan marah dan tidak menghormati suami. Banyak puncanya. Mungkin dari kepenatan yang dirasai melalui kehidupan seharian, mungkin rasa sakit atas layanan suami yang semakin menjauh dan macam-macam lagi.

Perkongsian Ustaz Ebit Lew ni memang satu realiti. Dalam suami mengadu isteri mula hilang rasa hormat, rupa-rupanya punca itu datang dari suami sendiri.

 

Saya pergi bank jumpa seorang lelaki kerja dekat situ. Dia kata pada saya ustaz. Saya hormat dan kenal ustaz.

Saya bergaduh dengan isteri dan 3 hari saya tak balik rumah. Isteri saya tak hormat saya. Saya tak faham perangai perempuan ni ustaz. Langsung tak faham. Pening kepala saya.

Dia sibuk kerja dan urus anak-anak.
Dia tak pedulikan saya.
Kuat marah jer. Jerit-jerit.
Dia asyik menolak jika ajak bersama.
Dia macam tak suka untuk bersama.
Dia suka minta yang bukan-bukan.
Dia kuat merajuk 24 jam.
Tak reti urus diri..

Akhirnya dia minta bukan-bukan dan ingin bercerai bila marah..

Nak jumpa perempuan yang baik susah ustaz. Tiada macam zaman mak kita dulu-dulu. Kenapa perempuan hari ini tak macam mak kita dulu-dulu.

Saya diam…dia tanya lagi kenapa ya ustaz?

IKLAN

 

Baca juga artikel Kerja Rumah Tak Habis-Habis. Suami Kena Ambil Tahu Cara TOLONG Isteri Yang BURN OUT! – Pesona Pengantin

 

Tulis Ustaz Ebit, cabaran seorang wanita pada hari ini sangat besar dan berat. Bukan hanya wanita berkerjaya sahaja yang sibuk dan penat dengan urusan kerja malah surirumah juga tidak ada kurangnya. Tak sesuai untuk adili mereka berdasakan kerjaya sebagai surirumah atau bekerja.

 

IKLAN

“Allah sayang abang. Bila sebut wanita saya suka ingat ibu yang tercinta dan bidadari saya. Jika abang nak perkara ini selesai. Cuba fahami apa saya nak katakan ini. Kerana Allah dengarkan yer..

Sebab wanita hari ini diuji lebih besar dan berat. Suasana hari ini terlampau sibuk sama ada wanita bekerja atau suri rumah sepenuh masa. Keduanya tiada rehat. 24 jam kerja dan urus rumahtangga 24 jam tanpa rehat. Sekolah anak jauh.

 

Kita sebagai suami kerap tiada di rumah. Sibuk tuntuan kerja rezeki halal dan tanggungjawab luar.

Di rumah sekejap tapi macam terpisah sebab masing-masing sibuk kerja dengan hp atau gadget.

Isteri tak sempat urus diri pun. Isteri kita pergi tandas pun lari-lari tengok anak. Kemas rumah 50x sehari. Anak sepahkan lagi. Kekangan tempat kerja.

Tiada istilah tidur sempurna. Tidak makan dengan sempurna. Tidak berjalan dengan sempurna. Mereka cuma hidup buat suami dan anak-anak kerana Allah..

IKLAN

Kita tak faham mereka sebab tu mereka tidak hormat pada kita.

Kita nak mereka layan kita. Kenapa tidak kita yang layan mereka. Cari kesukaan mereka. Kegembiraan mereka.

Mereka salah dan berdosa. Kita ketua keluarga 2 kali salah dan berdosa jika tak bimbing mereka. Mereka ialah amanah Allah buat kita lelaki.

Terima kasih ustaz. Betul semua tu. Salah saya.

 

Deep kan perkongsian ni? Bukan mudah menjadi suami dan bukan mudah juga menjadi isteri. Kena banyak bertolak-ansur dalam semua perkara. Itulah sebabnya komunikasi sangat penting.

 

Kredit foto: Instagram Ustaz Ebit Lew dan TANGKAP PICTURES

 

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI