Kunci untuk mengecapi nikmat sebuah keluarga bahagia satu sahaja, berkomunikasi dengan baik bersama pasangan anda. Kadang-kadang bila satu pihak merasakan dialah yang paling banyak berkorban dalam perhubungan membuatkan diri rasa seperti tidak ikhlas kerana pada pemerhatiannya, pihak yang satu lagi tidak menyumbang apa-apa pun.
Masalah macam ni selalu sangat berlaku dalam perhubungan. Tak pernah luahkan isi hati dan secara direct terus buat telahan sendiri. Macam tak adil pula. Setidaknya, ambillah masa untuk buat sesi ‘curhat’ (curahan hati kata orang sekarang) bersama pasangan.
Cuba baca tulisan Dr Azira Ismail ni. Sedikit sebanyak boleh buka minda kita untuk lebih telus dalam soal perasaan terhadap pasangan.
JANGAN PERNAH MENGUNGKIT
*********************************
Setiap pasangan berkahwin semestinya pernah membuat kesilapan. Tinggal kesilapan itu kecil atau besar yang hanya pasangan tersebut boleh menilai.
Mungkin ada sebahagian kita yang sememangnya tidak pernah berlaku pergolakan walau sekecil zarah. Alhamdulillah perlu syukuri perkara ini. Namun perlu juga berhati-hati bimbang sebenarnya pasangan kita ada menyimpan perasaan yang tidak puas hati tanpa kita sedari.
Kebijaksanaan perlu ada dalam menangani masalah ini tidak kira besar mahupun kecil.Lebih-lebih lagi jika melibatkan perkara yang besar. Perkara yang kecil juga tidak boleh dipandang enteng bimbang akan menjadi barah yang merebak tanpa kita disedari dan meledak dengan ganasnya setiba masanya.
Komunikasi berkesan suami isteri adalah penting dalam menangani ketidakpuasan hati.Jangan simpan terlalu lama walaupun kecil.Biar pasangan anda mengetahui anda kecil hati dengannya.Cari masa yang sesuai untuk meluahkan perasaan anda.Sebaiknya jangan terlalu lama dengan masa kejadian kerana bimbang anda akan membiarkan perkara itu berlalu begitu sahaja tanpa dirawat.
Sekurang-kurangnya dengan meluahkan kepada pasangan perkara yang disakiti dengan sendiri akan terubat dengan jawapan atau reaksi daripada pasangan anda. Cara mendepani pasangan pun mestilah dengan bijak dan tidak terlalu bermain dengan emosi. Sebaiknya bersikap rasional dan mendahului akal lebih daripada emosi.
Ingat!! Meluah dengan pasangan kita bukan meluah dengan pasangan orang lain. Bukan meluah kepada isteri atau suami orang. Lain pula yang jadinya nanti.
Apabila ketidakpuasan sudah diluah dan masing-masing saling meredhai maka kuburkan perasaan tersebut untuk permasalahan yang berlaku.
Tidak perlu lagi ungkit mengungkit di kemudian hari. Kebanyakan pasangan tidak suka perkara lampau diungkit.Jadi sebagai pasangan yang baik kita tidak perlu mengungkit lagi kesalahan pasangan yang lalu. Biarlah yang lepas menjadi kenangan yang tersimpan kemas dan adakalanya perlu dilupakan buat selama-lamanya.
Keluarga yang sejahtera bergantung kepada pengemudi dalam sesebuah keluarga.Betul cara kemudinya maka betullah arah tujuannya dan sebaliknya.Kerana itulah contoh yang paling baik adalah pasangan ibu dan ayah yang yang menjadi ikutan buat anak-anak nanti.
Kita membina keluarga bukan untuk hari ini sahaja tetapi seboleh-bolehnya keluarga ini juga yang akan bersama kita di dunia yang abadi.
***JOM SERTAI CHANEL TELEGRAM PESONA PENGANTIN DAN DAPATKAN LEBIH BANYAK INFO BERSAMA KAMI. KLIK SAHAJA DI SINI.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI