“Saya sentiasa perlu menutup aurat kecuali ketika saya berada di dalam bilik saya”
“Bila saya suarakan ajak tinggal berasingan, suami suruh duduk saja dengan mertua. Kalau dengan mertua sahaja, saya ok, tapi bila ada ipar lelaki sekali. Salah ke saya minta untuk tinggal berasingan walaupun bersebelahan rumah mertua?”
Sejauh mana suami memahami hak isteri untuk ditempatkan?
Bayangkan…
Tgok tv pakai tudung dgn baju lengan panjang, xbleh baring atau landing, kena dduk sopan2…memasak pakai tudung dgn baju lengan panjang…nak pergi mandi, kena bawak baju lain, tukar dlm bilik air…nak breastfeeding lagi…klu terlelap ketika breasfeeding dan baju terselak…ipar lelaki plak nmpk?
Selama mana dia menjalani hari itu diluar biliknya, selama itulah dia perlu menutup aurat…
Bila kita berkahwin dan mempunyai kemampuan untuk hidup bersama, maka kita juga perlu mampu utk menyediakan tempat tinggal yg selesa utk isteri…ini antara nafkah yg perlu diberi…
Hak isteri…hak yg dia patut dapat…
Ini kerana dengan tinggal berasingan, hak privasi dan peluang utk membina kehidupan berpasangan dengan lebih selesa akan terwujud…ditambah pula tanpa campur tangan mana-mana pihak dlm rumahtangga kita…
Peranan masing-masing dapat dijelmakan dengan lebih baik dan lebih jelas bila tinggal berasingan…kita tidak akan dibebankan dgn tuntutan utk menjaga hati org lain selain hati sendiri dan pasangan…
Isteri lebih selesa dan aurat lebih terjaga…
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI