Bila semua anak dah besar, akan sampai satu fasa suami isteri akan rindu masa untuk buat aktiviti berdua. Buat perkara yang disukai bersama dan waktu inilah paling mahal jika masih panjang umur.
Bila Semua Anak Dah Besar
Bak kata Puan Farizal Radzali, rindu yang sebenar-benarnya bagi sepasang suami isteri, bukanlah ketika mereka baru berkahwin. Bukanlah yang baru melalui alam rumah tangga sebulan, 2 bulan waima setahun sekali pun.
“Seharian tak jumpa, rasa setahun lamanya.” “Suami pergi toilet sekejap pun dah rasa rindu.” “Isteri hilang sekejap berdebar jantung, rupa pergi sidai kain.” “Susahnya hati bila suami sakit, rasa macam nak sama-sama sakit dengannya.”
Bukan juga berteraskan kekayaan, anak yang ramai, rumah yang besar, kebahagiaan tanpa sempadan. Semua itu bukan.
TAPI….
Rindu suami isteri yang benar-benar rindu adalah pada masa hanya tinggal mereka berdua.
Ads
Rindu Waktu Berdua
Mak ayah dah tak ada.
Anak-anak dah ada keluarga sendiri.
Tinggal berdua di rumah yang dulu penuh dengan gelak tangis anak-anak.
Tinggal berdua di rumah yang pernah menyaksikan susah senang meneruskan kehidupan membesarkan anak-anak yang ada pelbagai ragam.
Pada masa itu, rindunya bukan lagi pada sesiapa, hanya pada pasangannya.
Sesekali kita balik kampung, balik rumah mak ayah, tengoklah mereka punya mengadu.
“Mak kamu tu, selalu lawan cakap ayah.”
“Ayah kamu tu dah tua-tua perangai macam budak-budak.”
“Mak kamu tu sekian sekian sekian.”
“Abah kamu tu bla bla bla…”
Macam-macam aduan masing-masing.
Kita pujuk, sabarlah mak, sabarlah ayah.
Tahu tak, itulah rindu mereka sebenarnya. Itulah luahan rindu mereka.
Ads
Rindu nak gaduh.
Rindu nak berceritakan mengenai pasangan mereka.
Gaduh bagai nak rak, pergi kedai, nampak biskut kacang,
“Ayah kamu suka makan biskut ni, beli lah sikit,” padahal tadi baru gaduh ni.
Ads
“Ini bungkus sikit kat mak kamu, dia belum makan tadi,” kata-kata ayah bila anak bawa lepak mamak makan roti canai sarapan pagi, sedangkan sebelum keluar tadi marahkan mak sebab mak bebel baju tak letak elok-elok.
30 tahun
40 tahun
Itulah rindu yang sebenarnya.
Susah dah nak bergambar berdua dalam gambar, kerana mereka telah bersatu tak terlerai di dalam hati masing sampai bila-bila.
Andai salah seorang pergi dulu, percayalah, hidup yang seorang lagi kosong sekosongnya. Walau anak-anak cucu cicit, datang berhimpun, tetap pasangannya yang ada dalam kepalanya.
Hingga dia pula mengikut jejak isteri/suaminya. Berharap agar mereka bertemu semula di alam yang satu lagi.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Gubahan hantaran merupakan pelengkap majlis. Hantaran yang cantik dan menarik menjadi pilihan bakal pengantin yang sentiasa inginkan sebuah majlis perkahwinan yang meriah dan diingati sampai bila-bila.
Pada masa kini, kebanyakannya gemar memilih warna tema tertentu bagi majlis perkahwinan mereka termasuk daripada segi warna hantaran, pelamin, bilik pengantin, pakaian keluarga, warna khemah dan sebagainya.
Tip Merancang Gubahan Hantaran:
Rancang lebih awal
Rancanglah gubahan hantaran anda seawal 6 bulan sebelum majlis. Perancangan yang betul adalah sesuatu tindakan yang bijak perlu diambil untuk menjadikan majlis perkahwinan anda berlangsung tanpa cacat celanya. Seeloknya anda dan pasangan perlu bijak merencanakan apa yang perlu didahulukan dan tentukan barang-barang yang wajib dibeli terlebih dahulu. Anda perlu tahu konsep yang bagaimana anda inginkan dan buat persediaan awal untuk menempah atau membuat sendiri hantaran itu dengan lebih awal dari tarikh perkahwinan anda.
Perbincangan keluarga
Buatlah perbincangan berkaitan hantaran bersama pasangan anda, keluarga dan keluarga pasangan anda. Perbincangan paling penting dalam merealisasikan impian perkahwinan anda untuk meminta pendapat dengan ahli keluarga dan saudara terdekat tentang jenis barang yang ingin digunakan atas dulang hantaran, warna tema hantaran, berapa dulang yang ingin diberikan, dan sebagainya. Hal ini dapat mengelakkan daripada perselisihan pendapat berkaitan hantaran ini.
Penentuan jumlah hantaran
Tentukan jumlah dulang hantaran anda dan pasangan (contoh 5 dulang berbalas 7 dulang). Bilangan dulang hantaran terpulang pada kemampuan pihak lelaki dan perempuan. Jika mengikut adat, jumlah dulang hantaran perlulah dalam bilangan angka yang ganjil. Contohnya 5 dulang dibalas dengan 7 dulang oleh pihak perempuan atau 9 dulang dibalas dengan 11 dulang. Jumlah dulang ini juga tidak mempengaruhi jumlah duit hantaran yang bakal dibincangkan semasa majlis pertunangan. Untuk menentukan berapa jumlah dulang hantaran yang ingin diberikan oleh pihak lelaki dan perempuan, perbincangan juga perlu ada bagi mengelakkan berlakunya masalah jumlah hantaran tidak cukup.
Pilih konsep hantaran
Pilih konsep gubahan hantaran mengikut keinginan anda, contoh konsep Inggeris, tradisional atau moden. Pastikan aksesori, dulang atau jenis fabrik yang digunakan tidak ketinggalan zaman.Trend semasa memperlihatkan kebanyakan bakal-bakal pengantin hari ini lebih menggemari konsep taman, moden, ringkas dan cantik. Namun, ada juga yang inginkan konsep tradisional yang masih menggunakan dulang hantaran turun temurun.
Pilihan jenis bunga
Penggunaan bunga segar kini lebih banyak berbanding penggunaan bunga tiruan. Namun, pemilihan tema bunga bergantung pada individu tersebut. Tidak bermakna jika menggunakan bunga tiruan, hantaran tidak nampak cantik malahan kini terdapat pelbagai pilihan bunga tiruan yang seakan-akan seperti bunga segar. Namun begitu, bunga jenis ini harganya agak mahal berbanding bunga tiruan yang biasa.
Penyediaan bajet
Bajet boleh mempengaruhi konsep sesebuah hantaran. Contohnya jika mahukan hantaran menggunakan dulang bersadur emas dan ditambahkan dengan hiasan bunga segar import, sudah tentunya bajet hantaran anda akan lebih tinggi dari biasa. Pastikan bajet hantaran sesuai dengan kemampuan diri anda. Tidak perlulah membazirkan duit semata-mata inginkan dulang hantaran yang mewah dan cantik, cukup hanya sekadar cantik dan menarik dengan bajet yang sederhana sahaja.
Buat sendiri atau upah orang
Kebaikan membuat sendiri hantaran adalah dapat menjimatkan kos kerana tidak perlu membayar upah kepada penggubah hantaran. Namun, ada keburukan juga kerana berlaku pembaziran sekiranya bakal pengantin kemungkinan tidak ada pengalaman dalam penghasilan hantaran dan kebiasaannya bahan yang dibeli akan berlebihan. Jangan jadikan gubahan hantaran sebagai bebanan dan tekanan kepada diri sebelum berlangsungnya majlis anda dan sebab itulah anda digalakkan untuk menyerahkan kerja membuat gubahan hantaran ini kepada yang lebih pakar.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Persiapan menjelang perkahwinan bukan hanya dilakukan beberapa bulan sebelum majlis, malah setiap masa sehingga majlis yang diraikan itu selesai.
Di sini kami disediakan tip istimewa buat bakal pengantin lelaki dalam membuat persiapan tiga hari sebelum majlis berlangsung.
1. Jurucakap Rombongan
Tentukan siapa yang akan menjadi jurucakap bagi rombongan pihak lelaki dan tuan rumah pada majlis pernikahan nanti. Hal ini penting kerana tidak semuanya dapat menjadi wakil untuk bercakap denga mudah. Oleh itu, kepada anda yang mempunyai bapa saudara serta yakin berkata-kata, mintalah pertolongannya!
Walau berdebar mana pun degupan jantung menjelang majlis akad nikah, namun persiapan akad itu tetap perlu. Minta pendapat atau pertolongan daripada mereka yang lebih berpengalaman dalam proses akad nikah. Jika perlu, berlatihlah untuk menghilangkan sedikit gemuruh di hati.
Pada saat-saat akhir, kebiasaannya jumlah rombongan pihak lelaki akan bertambah. Bagi mengelakkan berlakunya salah faham kemudian hari, maklumkan kepada pihak perempuan jumlah rombongan yang bakal hadir sama. Ini untuk memudahkan pihak perempuan menyediakan ruang makan yang mencukupi bagi pihak lelaki.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Biasanya sebaik bangun dari tidur badan akan terasa lenguh dan penat. Salah satu cara untuk mengembalikan kesegaran tubuh anda adalah dengan melakukan senaman pagi!
Senaman pagi bermanfaat untuk menjaga metabolisme tubuh agar terhindar daripada pelbagai penyakit serta menjaga kesegaran jasmani dan rohani.Senaman pagi sebaiknya dilakukan pada setiap pagi.Jenis senaman pagi ada bermacam-macam jenis,misalnya senaman ringan seperti berjalan kaki dan berjogging. Manakala senaman berat pula seperti berlari dengan cepat, lari jarak jauh, angkat besi dan sebagainya.
Bersenam secara rutin juga dapat membuat tubuh menjadi lebih lentur dan menghilangkan rasa lenguh serta tegang pada otot. Oleh sebab itulah, bersenam merupakan perkara wajib yang perlu dilakukan secara rutin dan teratur sehingga tubuh anda selalu fit dan tidak mudah jatuh sakit.Bagi anda yang super sibuk pada setiap hari dan tidak punya banyak waktu untuk bersenam, anda boleh melakukan senaman pagi yang sederhana ini.
Berikut senaman pagi yang mudah dan senang untuk anda praktikkan.
Jenis senaman pagi seperti berjalan kaki sangat baik untuk kesihatan anda. Malahan senaman pagi jenis ini juga boleh membantu menjaga kesihatan jantung dan mencegah osteoporosis atau pereputan tulang.
Anda boleh meluangkan masa lebih kurang sekitar 30 minit untuk melakukan senaman pagi seperti berlari sebelum pergi kerja. Sangat mudah dan menyihatkan. Selain itu, senaman pagi jenis berlari ini boleh membakar kalori dan menguatkan otot kaki serta menjaga kesihatan sendi sehingga anda akan terhindar dari penyakit urat lenguh-lenguh.
Senaman pagi seterusnya adalah dengan melakukan push up dan sit up secara rutin pada setiap hari. Lakukan senaman ini secara rutin setiap hari pada waktu pagi dan malam hari sebelum tidur. Tubuh anda akan segar dan membentuk otot-otot pada tubuh anda. Ia sangat bermanfaat bagi wanita untuk menegangkan payudara dan mengecilkan perut.
Senaman pagi jenis ini sangat mudah dan cukup menyenangkan. Senaman jenis ini sangatlah mudah dan menyenangkan jika diiringi dengan muzik. Senam aerobik bukan sahaja boleh menjaga kesihatan jantung dan stamina tubuh. Malahan boleh membantu anda dalam melangsingkan tubuh dan membuat awet muda.
Antara Kebaikan Jika Anda Rajin Melakukan Senaman Pagi
Meningkatkan Kecergasan Otak.
Menguatkan Sistem Ketahanan Tubuh.
Meredakan Sakit Kepala.
Mencegah Penyakit Alzheimer.
Terhindar Daripada Stress.
Meningkatkan Daya Kosentrasi.
Membantu Membentuk Tubuh Ideal.
Menyihatkan Jantung.
Memperlambatkan Proses Penuaan Semulajadi.
***JOM SERTAI CHANNEL TELEGRAM PESONA PENGANTIN DAN DAPATKAN LEBIH BANYAK INFO BERSAMA KAMI. KLIK SAHAJA DI SINI.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Setiap pasangan pasti mengimpikan hari bahagia yang diingati sepanjang hayat. Momen dua hati disatukan dalam suasana indah, bersama keluarga dan rakan tersayang sudah tentu...