Tak lama lagi nak raya. Ada pasangan yang baharu berkahwin terpaksa pula mengharungi hari raya tahun pertama ini dengan berada di rumah. PKP terpaksa dilaksanakan kerajaan demi membendung kes penularan wabak Covid-19 yang semakin mengganas.

 

Sesuai dengan ‘tema’ duduk rumah, pasangan suami isteri bolehlah planning untuk buat aktiviti bersama. Sebelum ni masing-masing sibuk dengan urusan kerja, ada juga yang terpaksa buat part time untuk menampung kehidupan berkeluarga. Jadi inilah masanya untuk meluangkan masa yang lebih berkualiti dengan isteri tersayang.

 

Awal-awal kahwin, isteri bolehlah ‘didik’ suami untuk menguruskan kerja-kerja rumah. Ini tip macam mana menggalakkan mereka rajin ke dapur.

 

Jangan bagi arahan

Selalu kita ajarkan pada anak-anak untuk menggunakan perkataan ‘tolong’. Sama juga dengan suami. Kalau nak mereka rajin ke dapur, gunakan perkataan ‘tolong’ untuk membuat kerja-kerja rumah. Janganlah main arah je. Mereka pun ada ego tersendiri.

 

IKLAN

Elak beri tekanan pada suami

Memasak pun sebahagian dari kerja rumah. Tetapi jika anda memang tahu suami tak pandai memasak, janganlah tiba-tiba suruh mereka masakkan lauk tengah hari. Kenalkan dulu mana bawang, jenis sayur-sayuran dan sebagainya. Paling tidak pun, minta suami buat kerja-kerja pembersihan selepas anda selesai memasak.

 

Gunakan label

Banyak peralatan dapur yang suami tak familiar. Kalau rajin, letakkan label supaya senang mereka buat kerja. Ataupun, anda kena bersedialah dengan 1001 persoalan suami mengenai barangan yang ada di dapur. Disebabkan mereka jarang ke dapur, anda luangkanlah masa bersama untuk kenal setiap satu alat dapur.

IKLAN

 

Infografik

Untuk para isteri yang rajin, bolehlah buatkan satu infografik untuk suami berkaitan peralatan dapur beserta kegunaannya, gambar sayur-sayuran dan apa-apa sahaja barangan yang anda mahu suami kenal. Janganlah sampai satu hari anda buat sesi ‘suai kenal’ ni dengan suami. Takut bosan pula.

 

Jadual

IKLAN

Sediakan jadual untuk suami buat kerja rumah. contohnya, mula cuci kain jam 8 pagi dan terus sidai sebelum 10 pagi, buang sampah setiap malam, bersihkan kotoran dan habuk pada barang-barangan di rumah seminggu sekali dan sebagainya.

 

Bila semuanya ok, para isteri pun bolehlah ada ‘me-time’. Dan untuk para suami pula, mana tahu kalau-kalau isteri anda baik hati bagi hadiah mewah macam ni kerana kerajinan anda! Dan, tugas anda sebagai isteri pun lebih mudah bila anda dalam tempoh berpantang nanti.

 

 

Kredit video: Tik Tok Adlina Yusof

Kredit foto: Instagram IntanLadyana dan Ernie Zakri

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI