Dalam rumahtangga sememang kita mengharapkan segalanya sempurna untuk dilalui bersama pasangan. Namun cabaran dan dugaan itu datang tanpa diundang. Sabar dan berbincanglah dengan pasangan apakah jalan terbaik untuk mengatasi segala masalah yang dihadapi. Andai anda berhadapan dengan situasi di mana suami dibuang kerja atau suami tidak berpendapatan,  apa yang perlu dilakukan?

Kes pengangguran atau individu dibuang kerja memang semakin meningkat sekarang. Ia adalah satu pengalaman yang sangat memberikan tekanan. Namun usah risau wahai isteri dan suami semua. Ada beberapa cara anda boleh buat ketika menghadapi masalah ini.

Perasaan isteri apabila suami hilang kerja, memang normal untuk isteri berasa simpati namun marah apabila suaminya tidak bekerja dan hilang sumber pendapatan. Itu juga yang dikongsi oleh seorang isteri dan ibu ini – JoAnn menerusi Focus on the Family. Isteri akan rasa tak tahu apa nak buat ketika ini. Nak marah? Nak membebel? Nak beri lebih banyak tekanan?

Menurut JoAnn – “Saya tak tahu nak cakap apa pada suami. Bila saya balik rumah, saya tengok dia nampak serabut. Pasti proses cari kerja tak berjalan lancar. Tapi rumah semak dan dia sedang berbaring saja di sofa! Tak boleh ke dia cuba buat sesuatu yang berguna sambil tunggu peluang pekerjaan?”
Ha inilah masalahnya… Jadi, apa yang patut si isteri buat?

IKLAN
  1. Seimbangkan dua perkara ini

Memang kes hilang pekerjaan atau menganggur boleh beri kesan pada rumah tangga. Terbebanlah kalau anda seorang saja yang nak cari duit. Kena bayar macam-macam bil lagi! Tapi, membebel dan asyik marah-marah bukan jalan penyelesaiannya. Anda kena bijak seimbangkan tugas antara seorang pasangan yang amat menyokong dan seorang guru yang kena berterus terang. Beri dia sokongan dan dorongan. Jangan terlalu lebih dan jangan terlalu kurang. Jangan biarkan pasangan “tak buat apa apa” langsung, dan jangan terlalu menekan.

  1. Agak apa yang akan terjadi

Sebaik saja berita suami hilang pekerjaan sampai di telinga anda, anda dan pasangan patut duduk berbincang. Bincang apa? Bincang strategi. Tapi bukan setakat strategi nak cari kerja baru, malah cara untuk ‘cut’ sebarang perbelanjaan tak berguna dan cara nak elak stress akibat tak bekerja.Memang hari akan makin mencabar kelak. Tapi kalau anda ada plan of attack, anda boleh cuba atasi masalah ini.

  1. Pelan untuk selamatkan keluarga dan perkahwinan

Pertama sekali, amalkan sikap “menganggur ini hanya satu cabaran sementara saja”. Maksudnya, anda boleh atasi masalah tersebut. Memang susah nak cari kerja, tapi kalau anda fokus dengan apa yang anda nak, anda pasti berjaya. Kekalkan pandangan positif. Anggap mungkin ada hikmah yang Tuhan mahu anda belajar dari pengalaman ini.Jika ada anak-anak di rumah, bersikap terbuka dengan mereka tentang situasi sekarang. Terangkan yang kadang-kadang, kita terpaksa berkorban demi sesuatu. Anda boleh potong elaun buat sementara ke, potong senarai shopping. Ingatkan anak-anak yang anda sekeluarga akan sama-sama hadapi situasi ini.

IKLAN

4. Ambil masa me time untuk diri sendiri.

Masa ini bagus untuk “mencari” diri sendiri dan menangani tekanan masing-masing. Sentiasa elak suami berfikiran buruk contoh macam “saya takkan dapat kerja”. Ia boleh patahkan semangat dia.Cuba solat bersama dan fikir positif. Sentiasa berkomunikasi dengan pasangan untuk elak depresi. Terima ada hari yang baik ada hari yang tidak. Buat rutin untuk kekal positif. Contoh walaupun suami tak dapat kerja lagi, bangunlah awal sama seperti isteri, buat benda sama-sama.

IKLAN

5. Suami anda sedang menghadapi hari yang sukar, anda juga bersabarlah.

Minta pada Allah untuk memberikan anda tenaga, kasih sayang, kesabaran dan pencerahan untuk melalui cabaran ini. Ingat: Semua cabaran dalam hidup ini hanya sementara. Ia akan dapat diatasi juga akhirnya. Kami mendoakan yang terbaik untuk anda! Amin.

Sumber:http://jagungmanis.com

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI