Pada hari ini, timbul suasana tuduh-menuduh dan saling mengaku harta hak milik masing-masing hingga mewujudkan ketegangan.

Ia membawa kepada wujudnya perasaan tidak dihormati dan dihargai oleh pasangan yang akhirnya boleh membawa kepada perceraian. Suami isteri tidak perlu sibuk mengambil tugas pasangannya hingga tertinggal dalam melaksanakan tugas hakiki.

Contoh, mencari nafkah menjadi tugas suami, maka isteri tidak perlu keluar bekerja yang akhirnya boleh menjurus kepada perbalahan dan konflik.

Jika suami tidak berupaya dan ingin membantu, isteri boleh keluar mencari rezeki dengan izin suami serta dengan niat membantu suami dan keluarga. Dengan suami bertanggungjawab mencari rezeki walaupun tidak mencukupi, sebenarnya isteri bahagia dapat membantu.

Tidak akan timbul perbalahan isu pendapatan hak milik sendiri ataupun suami yang mengambil kesempatan terhadap harta isteri.

Bila Suami Isteri Bekerja Memanglah Penat, Sampaikan Ajak Berborak Pun Tak Terlayan

Rasulullah SAW menjadi contoh paling sempurna suami yang bertanggungjawab terhadap isteri dan anak-anak Baginda.

Di sebalik kesibukan Rasulullah SAW sebagai pemimpin dan ketua negara, Baginda tidak pernah mengabaikan tanggungjawabnya dalam mendidik keluarganya untuk dekat dengan Allah SWT.

IKLAN

“Malah Baginda tetap menyediakan nafkah keperluan untuk isteri dan anaknya dengan penuh tanggungjawab serta sifat pengasih dan penyayang.

“Rasulullah SAW bukan sekadar menunjukkan model suami yang tegas dalam mendidik ahli keluarga untuk beribadah kepada Allah SWT, Baginda juga suami yang romantik untuk isteri dan penyayang kepada anak,” katanya.

Firman Allah SWT: “Kaum lelaki ialah pemimpin bagi wanita kerana Allah melebihkan lelaki atas wanita dan kerana orang lelaki membelanjakan daripada harta mereka.” (An-Nisaa: 34)

Sebagai ketua keluarga, suami bertanggungjawab memimpin keluarga ke jalan benar, mencari rezeki dan menyediakan nafkah.

IKLAN

Bila Suami Isteri Bekerja Memanglah Penat, Sampaikan Ajak Berborak Pun Tak Terlayan

Tugas suami

Menjadi tugas suami juga menjaga kebajikan dan menyediakan keperluan seperti makan minum, pakaian, tempat tinggal, pendidikan dan kesihatan untuk semua ahli keluarganya.

“Seorang suami juga perlu memastikan keselamatan ahli keluarganya berada dalam keadaan baik dan perjalanan yang ditempuhi berjaya sehingga sampai ke destinasi, iaitu akhirat.

IKLAN

“Dalam perjalanan kehidupan itu, suami perlu menyediakan bekalan mencukupi, selain bijak membuat keputusan untuk setiap masalah dan cabaran yang dihadapi,” katanya.

Suami perlu memahami tujuan perkahwinan menjurus kepada perkongsian melaksanakan amanah untuk hidup bahagia dan membahagiakan satu sama lain.

“Suami perlu menjadi ketua yang membuat keputusan, sekali gus menuntut mereka untuk mempunyai ilmu dan matang dalam membuat keputusan terbaik.

“Seorang suami juga perlu bersungguh mencari nafkah dan mengelak daripada bergantung kepada isteri dalam soal nafkah.

“Namun, dalam kehidupan berkeluarga, kita juga saling bersinergi dalam menghargai dan menghormati peranan masing-masing kerana mempunyai skop tugasan tersendiri,” katanya.

Pasangan yang baik akan saling bekerjasama dalam melaksanakan tugas untuk melengkapkan kehidupan keluarga dan bukannya melakukan kerja yang sama ataupun ego dengan kelebihan masing-masing.

 

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI