Berminggu ditinggalkan, dan adakalanya berbulan, bukan semua wanita yang bergelar isteri mampu melayari kehidupan seperti ini. Diam mereka bukan bermaksud, tapi atas tuntutan kerja di dasar laut, buat yang mengerti saja pasti memahami. Lelaki ini kongsi rasa seorang isteri yang mempunyai suami yang bekerja di pelantar minyak.

Isteri orang minyak

Mereka manusia terpilih, tahukah kamu dalam ramai-ramai perempuan kenapa mereka ini terpilih untuk menjadi isteri kepada orang minyak? Tentu sahaja kerana mereka ini mempunyai sifat-sifat yang hebat berbanding dengan perempuan lain.

Kecekalan mereka di saat koorang meninggalkan mereka berseorang di darat. Adakala koorang meninggalkan mereka dengan sedikit bekalan wang untuk mereka menampung perbelanjaan harian selama mana koorang di lautan. Adakalanya koorang meninggalkan mereka dalam saat mereka sarat mengandungkan anak koorang hinggakan kadang-kala mereka melahirkan anak sendiri tanpa koorang di sisinya. Ketabahan mereka di mana tangan kanan mereka menggendung si kecil, tangan kiri mereka memimpin si besar. Kebijakan mereka memberi alasan di saat ada orang menaggih hutang di waktu koorang di lautan.

IKLAN

Bila orang-orang minyak menyepi berminggu-minggu tanpa khabar berita…hati mereka ini tak tenang , berdebar-debar dan tanpa putus-putus berdoa tentang keselamatan koorang di sana. Kepulangan koorang di tunggu-tunggu , di saat koorang sampai ke darat merekalah yang paling sibuk menyediakan makanan kesukaan koorang. Waktu koorang kembali berangkat ke lautan sekali lagi mereka ini mengalirkan air mata , dalam hati mereka hanya ada satu….mahu bertemu koorang semula selepas ini yang belum pasti bila, mungkin seminggu,mungkin sebulan dan mungkin jugak setahun lagi dan mungkin juga tak akan bertemu lagi.

Dulu mereka di uji dengan ketiadaan koorang di sisi mereka, kini walau koorang sudah di sisi mereka namun mereka sekali lagi di uji dengan koorang yang tidak punya pekerjaan dan sumber kewangan akibat dari kegawatan industri minyak global. Dugaan demi dugaan mereka tempuhi dengan tabah dan dengan hati yang terbuka. Mereka sentiasa tersenyum walaupun tiada lagi garam dan gula di dapur…. demi koorang.

IKLAN

Mereka ini semua sungguh hebat, di waktu koorang termenung mengenang nasib dan masa depan yang hampir gelap ,mereka tetap memberi kata-kata semangat untuk koorang tidak terus rasa tertekan.

IKLAN

Wahai orang-orang minyak, jangan koorang pikir koorang ni dah hebat sangat, isteri koorang yang sentiasa berkorban untuk koorang tu di darat lagi hebat . Koorang hanya di uji semasa di lambung ombak dan bermuntahkan hijau sahaja tapi mereka ini di uji di saat koorang berkerja bergaji mewah hingga di saat koorang tak ada punca rezeki langsung untuk menampung kehidupan keluarga……jadi wahai orang-orang minyak sekelian jangan koorang sia-siakan mereka ini. Kerana kehebatan dan semangat mereka inilah yang menyebabkan mereka di takdirkan untuk menjadi sebagai isteri orang minyak.

Susah dan senang bersama orang minyak… tabekkk springggg to all of you!!!!!

Kredit: Shamsul Ibrahim via Offshore Life

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI