Tidak dapat dinafikan ramai lelaki sukakan wanita yang bertubuh langsing berbanding wanita dengan tubuh berisi. Mungkin juga kerana mereka dipengaruhi oleh penampilan model-model wanita yang sering tampil dengan tubuh ‘kurus sekeping’ di pentas fesyen.
Pernah tertanya-tanya mengapa lelaki sukakan wanita yang bertubuh kurus. Alasan mereka, wanita yang bertubuh kurus dan langsing nampak lebih seksi dan menawan. Seorang wanita yang kurus mempunyai bentuk dan ukuran badan berbentuk (curve) atau lebih tepat seperti jam pasir.
Mungkin ketika masih anak dara bentuk tubuh sebegini bukan masalah bagi ramai wanita. Walau bagaimanapun apabila sudah beranak pinak untuk mengekalkan bentuk tubuh sempurna sebegini bukanlah semudah A – Z. Jadi tidak wajarlah kiranya kaum lelaki meletakkan syarat agar wanita ‘wajib’ kekal langsing selepas berkahwin/bersalin.
Ads
Boleh sahaja jika suami ingin isteri kekal kurus dan langsing selepas berkahwin/ bersalin tetapi kenalah dengan caranya.
Sediakan Bajet Untuk Isteri
Tiada benda yang percuma dalam dunia ini. Kalau mahukan isteri kekal kurus dan langsing, suami kenalah keluarkan duit belanja sikit. Janganlah kedekut. Seperti juga kereta, tentunya perlu diservis agar selalu ‘tip-top’. Begitu juga dengan isteri anda. Sediakan bajet setiap bulan agar isteri berpeluang mendapatkan rawatan pelangsingan di pusat-pusat pelangsingan. Bukan senang hendak kekalkan bentuk tubuh yang langsing. Perlu ada modal.
Ads
Daftar Keahlian Di Gimanasium
Buat kejutan dengan mendaftarkan isteri sebagai ahli di gimnasium. Dengan cara ini isteri anda dapat bersenam dengan selesa. Boleh juga hadiahkan isteri dengan mendaftarkan isteri anda untuk mengikuti kelas Zumba. Kalau hendak tahu, Zumba bukan hanya dapat membantu isteri untuk kekal langsing tetapi juga dapat menambah kekuatan stamina tubuh.
Korbankan Masa Untuk Menjaga Anak-anak
Luangkan masa untuk menjaga anak-anak ketika isteri keluar beriadah. Ringan-ringankan tulang untuk membantu membuat kerja-kerja rumah seperti mengemas, memasak, melipat kain dan sebagainya. Dengan cara ini, anda dapat meringankan beban isteri dan secara tidak langsung isteri pun rasa gembira dan senang hati.
Ads
Bagi Sokongan Moral
Agar isteri mencapai matlamat untuk kekal kurus dan langsing, jangan lupa untuk memberikan sokongan moral kepada isteri. Sokongan daripada pihak suami amat penting bagi memastikan isteri anda terus bersemangat dan tidak mudah berputus asas.
Sediakan Menu Sihat Untuk Isteri
Sesekali sediakan makanan untuk isteri. Jika tidak mahir memasak, apa salahnya anda belikan sajian makanan sihat untuk dinikmati oleh isteri. Dengan cara ini anda dapat menggalakkan isteri makan menu yang sihat bagi menambah nilai usahanya untuk mengawal/menurunkan berat badan.
Suami Pun Mesti Jaga Badan
Kalau hendak isteri kurus dan langsing, suami pun kenalah jaga berat badan. Jangan hanya isteri sahaja ‘digesa’ untuk menjaga penampilan diri. Kenalah seimbang, baharulah adil. Untuk para suami, jika anda mahu lihat isteri sentiasa kekal kurus dan langsing, para isteri pun tentu mahu lihat suaminya kurus dan sado atau sekurang-kurangnya tidak boroi.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Selepas dapat gaji, duit itu hanya mampu bertahan hanya untuk 2 hingga 3 minggu sahaja. Jika perkara ini yang terjadi, sudah tiba masanya untuk melantik isteri kesayangan sebagai Gabenor Bank Keluarga.
Sebagai suami, cukuplah main peranan sebagai ketua keluarga. Tujuan ini bukanlah untuk melonggokkan amanah dan tanggungjawab pada isteri, namun ini demi kebaikan bersama.
PERKARA BIASA BUAT PENGANTIN BARU
Adalah normal jika ada masalahkewangan masa awal-awal kahwin. Hampir semua pasangan lalui benda yang sama. Hanya dalam drama televisyen sahaja bila kahwin terus ada rumah fully furnished dengan kereta BMW.
Tidak salah jika lantik isteri bertindak sebagai gabenor bank keluarga. Terimalah hakikat bahawa seorang wanita sebenarnya lebih teliti daripada lelaki. Maka si isteri boleh berfikir lebih jauh daripada si suami. Jika isteri yang pegang duit, bukan bermaksud isteri queen control!
MASA DEPAN RUMAHTANGGA
Jika suami tidak menghiraukan bajet kewangan keluarga, seharusnya isteri melantik diri sendiri sebagai gabenor bank keluarga. Apa salahnya melantik diri sendiri bukan?
Menyediakan bajet kewangan tidak begitu susah. Perkara asas yang boleh dilakukan ialah dengan memantau ke mana duit gaji pergi.
Antara aktiviti yang boleh dilakukan :
1. SENARAIKAN PENDAPATAN
Senaraikan gaji kasar suami / isteri yang diterima setiap bulan.
Senaraikan gaji bersih setelah dipotong KWSP, SOCSO dan Potongan Cukai Berjadual (jika ada).
2. TENTUKAN KATEGORI PERBELANJAAN
Perbelanjaan tetap seperti pembiayaan perumahan, ansuran kereta dan hutang lain yang harus dibayar setiap bulan seperti PTPTN.
Perbelanjaan berubah seperti kos makan minum, barang dapur, pakaian, petrol dan sebagainya.
3. BUAT ANGGARAN PERBELANJAAN
Perbelanjaan seharusnya tidak melebihi pendapatan.
Bezakan antara keperluan dan kehendak.
Utamakan keperluan terlebih dahulu.
Jika pembelian melibatkan kos yang besar, bawa berbincang sama ada ia diperlukan ataupun tidak.
Contohnya kalau nak beli sesuatu barang yang bernilai lebih RM1,000, berbincang terlebih dulu sebelum buat keputusan membeli. Selagi tak berbincang, selagi tu tak boleh beli.
4. REKOD PERBELANJAAN
Buat senarai barang yang hendak dibeli dan beli apa yang disenaraikan sahaja.
Rancang pembelian supaya tak perlu selalu ke pasar raya.
Beli barangan mengikut keperluan terlebih dahulu.
Simpan resit pembelian supaya dapat monitor jumlah perbelanjaan bulanan. Boleh update dalam WhatsApp setiap kali duit keluar juga boleh. Tak kiralah duit beli rokok ke apa ke…semua mesti update. Boleh juga guna tracker apps percuma dalam App Store.
5. NILAI SEMULA BAIKI CARA BERBELANJA
Semak rekod perbelanjaan pada akhir bulan.
Pastikan perbelanjaan mengikut apa yang dirancang.
Jika terlebih berbelanja, bulan depan mesti ganti balik jumlah yang terlebih tadi.
Cari langkah penjimatan yang sesuai untuk meningkatkan lagi simpanan.
Cari langkah yang boleh menambahkan pendapatan keluarga.
Merancang kewangan bersama barulah sweet. Janganlah ada rahsia antara suami isteri tentang kewangan ini. Hal ehwal kewangan suami isteri mesti sama-sama tahu dan bersama-sama fikir jalan yang terbaik jika ada apa-apa masalah.
Keghairahan membina rumah tangga memang tak dinafikan menyeronokkan. Tapi dalam seronok tu kalau boleh, kita lebih beringat kerana kita yang bakal menanggung segala masalah bila penghujungnya. Ini 11 tips buat pasangan baru kahwin yang boleh anda amalkan.
TIPS PASANGAN BARU KAHWIN
***********************************
Berusaha elakkan hutang sampai dua kereta, naik motor berkepit selepas nikah indahnya tak terkata.
Tilam lipat atau ‘toto’ pun selesa, tanpa set tidur dan meja solek bukanlah dosa.
Kurangkan makan di luar atau di ‘Secret Resepi’, makan di rumah lebih jimat dan boleh gesel-gesel pipi.
Tak perlu malu rumah lapang tanpa kerusi meja, kawan beli perabot hutang kita jangan cepat teruja.
Beli stok barangan di pasaraya, azam tak nak papa asalkan bergaya.
Tak perlu ‘smart tv’ yang lebar sedepa, tabung sambut ‘baby’ jangan pula dilupa.
Baca ‘post fb’ dan beli buku kewangan, tingkatkan simpanan untuk realisasikan impian dan angan-angan.
Kurangkan makan di kedai, tingkatkan ilmu kewangan biar pandai.
Bawa bekal masak sendiri atau disediakan isteri, lebih jimat dan sedapnya hingga menjilat jari.
Perkara biasa pasangan baru kahwin mula hidup di rumah sewa, azamlah tak mahu terus hidup menyewa hingga ke hujung nyawa.
Usah cepat sangat nak beli kereta baru yang balut plastik, naik motor berdua kenangan indah yang romantik.
Tulisan asal : Isma Addi Jumbri
***JOM SERTAI CHANEL TELEGRAM PESONA PENGANTIN DAN DAPATKAN LEBIH BANYAK INFO BERSAMA KAMI. KLIK SAHAJA DI SINI.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Majlis kali pertama untuk seumur hidup, siapa yang tak berdebar kan? Inilah majlis yang kita asyik fikirkan dan bayangkan unutk menjadi sesempurna yang boleh. Majlis kahwin ni tak boleh nak buat hentam keromo je kerana ia melibatkan banyak pihak.
Persediaan kahwin ni bukan sekadar pergi spa buat rawatan, sediakan tubuh untuk kecantikan atau pilih baju kahwin dan fitting semata-mata. Ia lebih dari itu. Nasihat dari CSM Cahaya Sakinah ni walaupun tahun 2018 tetapi masih lagi relevan.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!