Hidup berumah tangga sudah pasti inginkan bahagia. Adat dan lumrah kalau ada bertengkar atau bergaduh kecil. Semuanya untuk mengajar suami dan isteri bersabar dengan kerenah masing-masing.
Memperbaiki kesilapan adalah kunci hidup rumah tangga yang bahagia.
Perkahwinan merupakan kewajipan bagi sesiapa yang mampu. Ianya dimestikan bagi mengelakkan maksiat dan menambah umat Nabi Muhammad.
Dalam kehidupan berumah tangga ada pasang surutnya. Yelah, bukan kehidupan namanya jika tiada dugaan. Ini kerana dugaanlah yang mematangkan dan mendidik kita mengharungi kehidupan.
Kehidupan suami isteri akan sentiasa diduga. Bagaimana kita menghadapi dugaan itu, terpulang pada kita sendiri samada menganggapnya dan memandangnya dari sudut positif mahupun negatif.
Kadang-kala suami dan isteri akan dilanda masalah dan mula berasa bosan selepas mendirikan rumah tangga. Ego juga merupakan punca utama keretakan rumah tangga dimana kedua-duanya tidak mahu mengalah jika berdepan dengan konflik.
1. KETIKA MENCARI CALON
Janganlah mencari isteri, tapi carilah ibu bagi anak-anak kita. Janganlah mencari suami, tapi carilah ayah bagi anak-anak kita.
2. KETIKA MELAMAR
Anda bukan sedang meminta kepada orang tua/wali si gadis, tetapi meminta kepada Allah melalui orang tua/wali si gadis.
3. KETIKA AKAD NIKAH
Anda berdua bukan menikah di hadapan penghulu, tetapi menikah di hadapan Allah.
4. KETIKA RESEPSI PERNIKAHAN
Catat dan hitung semua tamu yang datang untuk mendoa’kan anda, kerana anda harus berfikir untuk mengundang mereka semua dan meminta maaf apabila anda berfikir untuk BERCERAI kerana menyia-nyiakan do’a mereka.
5. KETIKA MALAM PERTAMA
Bersyukur dan bersabarlah. Anda adalah sepasang anak manusia dan bukan sepasang malaikat.
6. SELAMA MENEMPUH HIDUP BERKELUARGA
Sedarilah bahawa jalan yang akan dilalui tidak melalui jalan bertabur bunga, tapi juga semak belukar yang penuh onak dan duri.
7. KETIKA RUMAH TANGGA GOYANG
Jangan saling berlepas tangan, tapi sebaliknya justeru semakin erat berpegang tangan.
8. KETIKA BELUM MEMILIKI ANAK
Cintailah isteri atau suami anda 100%
9. KETIKA TELAH MEMILIKI ANAK
Cintailah isteri atau suami anda 100% dan cintai anak-anak anda masing-masing 100%.
10. KETIKA EKONOMI KELUARGA MERUDUM
Yakinlah bahawa pintu rezeki akan terbuka lebar berbanding lurus dengan tingkat ketaatan suami dan isteri.
11. KETIKA EKONOMI BERKEMBANG
Jangan lupa akan jasa pasangan hidup yang setia mendampingi kita semasa menderita.
12. KETIKA ANDA ADALAH SUAMI
Boleh bermanja-manja kepada isteri tetapi jangan lupa untuk bangkit secara bertanggungjawab apabila isteri memerlukan pertolongan Anda.
13. KETIKA ANDA ADALAH ISTERI
Tetaplah berjalan dengan gemalai dan lemah lembut, tetapi selalu berhasil menyelesaikan semua pekerjaan.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI