Biskut Raya Gergasi Cornflakes 15 Kg Tarik Perhatian Pengunjung FIESTA HOMEBAKERS USHA USHA BISKUT RAYA
Fiesta Homebakers Usha-usha Biskut Raya anjuran Mingguan Wanita bersama penaja utama Central Sugars Refinery Sdn. Bhd (Gula CSR) serta penaja bersama marjerin Adela dan rakan kerjasama lain Fruttose, Ever Miracle Solutions (barangan Tupperware Brand, Cadbury dan penaja belon dekorasi, Omeiluth Party Expert berlangsung penuh meriah di Setia City Mall semalam.
Biarpun hanya sehari sahaja, namun fiesta yang dirasmikan oleh Yang Berhormat Hajjah Aiman Athirah Sabu, Timbalan Menteri Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) hadir bersama CEO NU Ideaktif, Syamil Fahim dan CFO Gula CSR iaitu Mohd Azahar Mohd Salleh bersama isteri memberi kenangan manis buat semua peserta.
Menghimpunkan 40 vendor usahawan biskut raya dengan hampir 10 ribu kupon sampel biskut raya diberikan secara percuma kepada pengunjung, dalam ucapan perasmian YB Hajjah Aiman Athirah berkata, usaha dilakukan Mingguan Wanita ini sangat disokong kerana membantu golongan wanita menerusi kempen Bangkit Wanita.
“Golongan B40 dan M40 antara yang terkesan dengan pandemik sebelum ini. Jadi usaha menghimpunkan golongan wanita dalam fiesta begini dengan bermula dari rumah menghasilkan biskut, ternyata ia satu usaha sangat baik kerana ia selari dengan usaha KPWKM yang turut mempunyai kempen Wanita Bangkit.
Ads
“Negara kita menyediakan banyak dana dalam membantu golongan wanita berpotensi untuk mencapai kejayaan dari segi ekonomi dan golongan wanita boleh merebut peluang memajukan diri dalam perniagaan menerusi dana disediakan,” katanya yang turut mengalu-alukan Mingguan Wanita datang ke Kementerian berbincang untuk program Bangkit Wanita.
Sementara itu, CEO Nu Ideaktiv, Syamil Fahim memaklumkan, selama lebih 40 tahun Mingguan Wanita berada di pasaran dengan jualan majalah dahulunya mencecah 160 ribu seminggu serta lebih 4 juta pembaca setia untuk media sosialnya terkini berjaya membawa suara wanita ke persada gemilang.
“Kempen Bangkit Wanita yang kita usahakan sejak 3 tahun lalu, dijayakan dengan pelbagai aktiviti menghimpunkan 40 pengusaha biskut raya dan moga usaha begini berterusan,” katanya semasa ucapan alu-aluan.
Dalam fiesta sehari semalam, selain promosi jualan dan tempahan biskut raya, banyak aktiviti pentas interaktif bersama pengunjung telah diadakan.
Menampilkan Hanif sebagai pengacara yang penuh lincah, penaja utama CSR turut memberikan pelbagai hadiah menarik di booth mereka. Dengan hanya follow laman sosial mereka, pengunjung menerima beg hadiah menarik di mana pelbagai produk Gula CSR diberikan secara percuma buat pengunjung bertuah.
Ads
Persembahan fiesta semalam dihangatkan dengan persembahan bertenaga dari Marsha Milan Londoh yang menyampaikan dua buah lagu iaitu Girls On Fire selain lagu popularnya, Kembali Terang.
Selain persembahan pentas dari Marsha, ada banyak aktiviti pentas berlangsung seperti demo bancuhan topping dekorasi biskut bersama pengasas Gula Cakery, Nor Arieni Adriena, pertandingan tekan-tekan semperit biskut raya, demo biskut raya kurang manis oleh pengasas Easy Bake Lab iaitu Cik Dayang, pertandingan susun-susun biskut raya, pertandingan tekan biskut semperit raya bersama Puan Hanani yang datang jauh dari Terengganu, happy hour dan banyak lagi di mana pengunjung selain membeli kuih raya dan membuat tempahan, mereka juga membawa pulang hadiah lumayan dan banyak disediakan pihak penganjur.
Turut diadakan, acara biskut raya terbesar oleh para pelajar kulinari dalam Pertandingan Biskut Raya Gergasi.
Sebanyak tiga universiti / kolej memasuki pertandingan ini terdiri dari Food Institute Of Malaysia (FIM), Saito University dan Institut Kemahiran Belia Negara Kemasek Kemaman Terengganu. 9 kumpulan telah bertanding melibatkan 36 penyertaan pelajar.
Ads
Kumpulan juri yang diketuai oleh Puan Norhayati dari Taylor Universiti, Puan Nor Arieni Adriena dari Gula Cakery dan Marsha sepakat memilih kumpulan Zucchero dari IKBN yang menghasilkan biskut Giant Golden Flakes seberat 15 kg.
Kumpulan Zucchero memenangi hadiah utama sebanyak RM700 serta nilaian RM10,000 bagi artikel mengenai sekolah masakan terbaik, hadiah iringan serta sijil penyertaan.
Pemenang kedua dan ketiga dimenangi oleh pelajar dari Food Institute Of Malaysia yang menerima wang tunai RM500 dan RM300. Bagi saguhati, hadiah sampingan dan sijil disediakan buat kesemua pelajar yang bertanding.
Fiesta diteruskan dengan pelbagai aktiviti bermula seawal jam 10 pagi dan menghampiri kemuncak acara pada jam 9 malam bila mana penganjur utama Gula CSR menawarkan hadiah lumayan sebanyak 36 kg gula Better Brown kepada vendor yang memenangi tiga kategori yang dipertandingkan iaitu vendor Paling Aktif Promosi Di Sosial Media, vendor Sampel Biskut Paling Laris dan vendor Booth Tercantik.
Yums Delicacies telah memenangi vendor paling aktif promosi di media sosial, diikuti Ayu Bakery bagi kategori sampel biskut paling laris sementara pemenang vendor booth tercantik jatuh kepada The Kelopak Bakes. Masing-masing teruja membawa 36 kg gula Better Brown yang sememangnya digunakan dalam pembuatan biskut raya untuk menambah rasa enak pada biskut.
Fiesta yang penuh kemeriahan dan warna-warni ini dijangka akan dianjurkan sekali lagi dengan tema yang berbeza pula. Hingga jumpa lagi di fiesta akan datang.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Ramai Sebak Dengan Pemergian Siti Sarah. Sebagai Ibu, Dia Sudah Berjuang Sebaiknya. Berehatlah Sarah…
Awal pagi lagi negara dikejutkan dengan kehilangan bintang seni tanahair, Siti Sarah bt Raissuddin. Berita yang disampaikan sendiri suami, Shuib Sepahtu di laman Instagram membuatkan ramai yang terkedu dan sebak.
Banyak penulisan yang menarik dan indah dicoret mengenai arwah. Perjuangan Siti Sarah sebagai isteri begitu indah dan perjuangannya sebagai ibu begitu kuat. Selama 11 tahun Siti Sarah dipinjamkan kepada suami dan menurut Shuib, ia merupakan 11 tahun yang paling indah bersama isteri tersayang. Kehilangan Siti Sarah ‘menghidupkan’ ramai orang…
Di sini Pesona Pengantin kongsikan penulisan dari Facebook Maryam Elyas buat tatapan anda.
Ya, memang angka kematian sebab kovit ni tinggi. Ramai yang kehilangan orang tersayang. Tapi kenapa, kematian yang satu ni sesangatlah diperkatakan orang.
Sebab dia artis? Itu mungkin salah satu sebabnya. Bila dia selebriti, namanya dikenali. Sebab itulah bila dia meninggal dunia, semua orang tahu.
Tapi CikYam memandang arwah sebagai seorang IBU. Perjuangan seorang ibu yang melahirkan bayi ketika pandemik. Disebabkan dijangkiti kovit, dia perlu cepat lahirkan baby secara pembedahan pada usia kandungan tujuh bulan.
Semuanya demi memastikan baby sempat dilahirkan dan terus hidup. Sementara ibu, pada saat diri sendiri berjuang sebab gangguan pernafasan disebabkan kovit, perlu menanggung satu parut pembedahan di perut.
Bersalin caeser, aduhai… Lukanya bukan calang-calang. Perut dibelah 7 lapisan.
Seorang ibu, walau lemah terus berjuang untuk nyawa dikandung badan. Namun, akhirnya perjuangan terhenti kerana Allah lebih menyayangi.
Dalam keadaan nifas, dia pergi menemui Ilahi. Syahid seorang ibu. Lupus dosa-dosanya. Allahu.
Malah sang suami, tak henti-henti menyatakan redanya pada isteri. Dimaafkan segala dosa, dihalalkan segala yang diberi. Memudahkan laluan si isteri untuk kembali menghadap Allah.
Pengorbanan bayi? Dia lahir ke dunia tanpa sempat menatap wajah ibunya. Apatah lagi merasai setitis nikmat air susu ibu sendiri.
Ramai ibu di luar sana yang terus hamil, melahirkan umat manusia ketika pandemik ni kan?
Kisah Siti Sarah memaparkan perjuangan dan pengorbanan ramai insan. Semuanya sebab wabak.
Isteri, pengorbanan melahirkan nyawa si bayi sedangkan nyawa sendiri di hujung tanduk apabila paru-paru ada darah beku dan paras oksigen sangat rendah.
Suami, pengorbanan meredakan dan ikhlas melepaskan isteri tercinta. Hidup dalam kerinduan pada isteri yang pergi buat selamanya.
Bayi, pengorbanan tidak sempat menatap wajah ibu dan menikmati susu ibu. Apatah lagi merasai kehangatan pelukan ibu seumur hidupnya.
Anak-anak, tiada lagi kasih sayang seorang ibu yang selama ini dirasai.
Allah, betapa banyak kisah sedih mengenai kehilangan pada hari ini. Kehilangan secara tiba-tiba kerana dijangkiti virus yang tak nampak dek mata kasar. Bilakah semua ini akan berakhir?
Kebiasaannya pasangan mempelai memilih sesi fotografi di studio atau pun di lokasi-lokasi yang berlatar belakang lokasi yang cantik seperti di hotel, di tepi pantai dan sebagainya.
Bagi kebanyakan pasangan pengantin, momen indah itu perlu ada untuk dikenang hingga ke anak cucu.
Berlainan pula dengan pasangan doktor veterinar yang memilih pusat jagaan kucing jalanan sebagai latar belakang gambar perkahwinan mereka.
Usai diijabkabulkan, pasangan mempelai ini memilih untuk bergambar bersama hampir 1300 ekor kucing di dalam sangkar utama. Pasangan pengantin baharu ini telahpun selamat diijabkabul hujung November yang lalu.
Kedua-duanya staf Bustana Kucing dan berkhidmat sebagai doktor yang bertanggungjawab merawat ke semua kucing-kucing di situ. Mereka berdua juga merupakan pencinta kucing.
Selepas pasangan askar pada tahun lepas, doktor-doktor veterinar ini merupakan pasangan pengantin kedua yang sudi merakamkan detik-detik indah pada hari bahagia mereka bersama si bulus di Bustana Kucing.
Sama-sama kita doakan moga hubungan yang baharu sahaja pasangan pengantin ini hubungkan diberkati, dirahmati dan dilindungi oleh-NYA.
Doakan juga moga mereka senantiasa dimurahkan rezeki, diberikan kesihatan yang baik, diberikan kekuatan bagi menempuh dugaan alam rumah tangga. Semoga mereka berdua akan terus bersama Bustana Kucing, merawat kucing-kucing sakit.
Indahnya majlis kahwin influencer Dr Putri Shamen dan suami, Ahmad Shafiq Shaharin. From head-to-toe semuanya begitu sempurna sekali! Bila dibelek satu per satu foto perkahwinannya, memang kita boleh bayangkan gambar-gambar ni dalam album Pinterest. Tak semua majlis kahwin yang sempurna datang dengan bajet yang melampau.
Kredit foto: @_azizulazmanKredit foto: @_azizulazmanKredit foto: @_azizulazman
Menurut Shamen, pernikahan dan resepsi mereka diadakan pada 17 September 2022 bertempat di A-Park Puchong dan hanya dihadiri keluarga dan kawan-kawan ibu bapa.
“It took me around 3 months to find a perfect place. Since I wanted an open garden nikah and a wedding hall that can fit a large guest for bersanding all in one day, I finally decided on @a.park.events.”
Kredit foto: @_azizulazman
“I gotta say everything was so easy and smooth from the day of my first visit up untuk the day of my wedding. Zahirah and the team created a Whatsapp group for easier communication, very professional and fast reply! Even replied to my thousands of questions on their off day, and always try their best to accommodate our every concern. Zahirah in particular was so good in what she does 👍🏻. Paling win diaorang layan i nak nikah at the lawn area where no one ever did a ceremony on that spot before.”
Yang menariknya, Shamen dan Shafiq memilih untuk tidak membazirkan wang dengan pemberian barang hantyaran. Cukup sekadar cincin berbalas cincin dan mas kahwin. Menerusi postingnya di Instagram, dulang hantaran hanyalah sekadar simbolik namun tiada barang pun yang diletakkan di atas dulang.
Kredit foto: @_azizulazmanKredit foto: @_azizulazmanKredit foto: @_azizulazman
“I’m pretty sure hantaran ni malay tradition yang if you don’t do it it’ll be weird? Let me be transparent about this. I was excited at first cause we’ll be like changing gifts, siap cop nak perfume and all, but as the process goes by, we realized we should use the money to other more important stuffs so we decided to drop it and go with ‘hidden hantaran’ with absolutely nothing inside and with no actual gifts exchange. Im so glad we did it cause it’s such a money saver.”
Menceritakan tentang majlis perkahwinan impian Shamen, ini jawabnya.
“Outdoor garden, penuh dengan bunga dan atas buaian. Saya tak suka concept wedding dalam dewan sebenarnya sebab tak dapat natural lighting dan pelamin dengan backlight warna warni. Saya suka natural.”
Kredit foto: @_azizulazman
Kredit foto: @_azizulazmanKredit foto: @_azizulazman
Shamen dan Shafiq mula mengenali sejak berumur 18 tahun lagi selepas diperkenalkan seorang teman. Shamen yang juga seorang doktor gigi manakala Shafiq, auditor bank sering ‘lepak’ bersama ketika mereka berusia 26 tahun.
“Bila saya kembali single, barulah kami jadi rapat sehinggalah menjadi suami isteri. Shafiq seorang yang sangat baik hati, lembut dan soft spoken. Dia juga mudah bertoleransi dan sangat konsisten dalam perhubungan. Itu yang membuatkan saya jatuh cinta.”kata Shamen.
“Menjadi idaman seorang jejaka untuk memiliki isteri yang berani, lucu, memahami dan bijak, saya bersyukur kerana Shamen ada bersama saya. Dia juga hot!”ujar Shafiq.
“Tipulah kalau dalam perhubungan tidak ada perselisihan faham. Cara kami, ambil masa berjauhan dan apabila sudah reda, barulah berbincang semula tentang apa yang berlaku. Maaf tu penting dan kena alert la supaya tidak bergaduh tentang perkara sama di masa hadapan.”ujarnya lagi.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!