Nenas merupakan antara buah yang menjadi kegemaran ramai. Selain daripada rasanya yang manis dan sedap, nenas sebenarnya mempunyai banyak khasiat.

 

Secara amnya, buah ini mempunyai kandungan vitamin C, vitamin B, B1, B3, karbohidrat, potassium, sodium dan enzim bromelin. Nanas merupakan superfood yang kaya dengan vitamin C iaitu vitamin penting untuk menghapuskan lendir, kahak dan melegakan sinus.

 

Jika mampu, ambillah setiap hari. Kami kongsikan antara kebaikan nenas untuk anda khususnya kepada bakal pengantin kerana katanya buah ini boleh meningkatkan kesuburan anda.

 

IKLAN

1. Membantu Mengurangkan Lemak

Buah nenas mengandungi gula semula jadi yang cukup baik untuk tubuh dan menjadi punca pembakar lemak dalam badan untuk berjalan dengan lancar. oleh itu, jadikanlah nenas sebagai snek harian anda.

2. Bagus Untuk Kesuburan

Kandungan vitamin dan mineral dalam nenas dikatakan bagus untuk kesuburan lelaki dan wanita. Kajian menunjukkan bahawa pengambilan makanan yang kaya dengan antioksidan boleh membantu mencegah kemandulan. Ia disebabkan oleh radikal bebas akan menjejaskan sistem peranakan.

IKLAN

Makanan yang kaya dengan antioksidan seperti buah nenas akan bertindak melawan radikal-radikal bebas ini dan disarankan untuk mereka yang sedang berusaha untuk hamil.

3. Menguatkan Tulang

Buah nenas sangat baik untuk membentuk tulang yang kuat. Gabungan beberapa mineral yang ada di dalam buah ini dikatakan dapat mengelakkan osteoporosis. Ia juga melawan penuaan dan penyakit dengan melindungi sel-sel tubuh.

4. Memelihara Kesihatan Mental

IKLAN

Antara khasiat lain buah nenas adalah membantu meningkatkan semangat dan membantu mengurangkan tekanan dan masalah gemuruh. Nenas merupakan sumber yang baik bagi asid amino trytophan yang digunakan oleh tubuh untuk menghasilkan serotonin (hormon gembira) yang mencukupi.

Pengambilan asid amino yang cukup di samping nutrien yang lain seperti vitamin B amat penting untuk menyokong sistem saraf anda bagi menghasilkan tenaga serta penghasilan hormon-horman yang baik.

5. Mengatasi Masalah Penghadaman

Pengambilan buah nenas bertindak sebagai satu bantuan berkesan untuk memecahkan protein kepada peptida serta asid amino. Ia mampu menghilangkan tanda-tanda sakit di kolon dan membantu sistem penghadaman secara normal.

Sumber: Al Raudhah