Bolehkah Kita Kongsi Masalah Rumah Tangga Dengan Tujuan Meminta Pandangan Dengan Orang Terdekat?

Share

Bolehkah permasalahan rumah tangga diceritakan kepada orang lain? Contohnya menceritakan kepada rakan baik dengan tujuan untuk meminta pandangannya.

Tidak seharusnya setiap permasalahan dalam rumah tangga diceritakan kepada orang lain termasuklah kepada keluarga sendiri atau mertua atau kepada rakan baik sekalipun. Hal ini ditakuti akan membuka aib sendiri yang sepatutnya ditutup.

Tetapi ada ketikanya, ia boleh diceritakan dengan tujuan tertentu iaitu sekiranya:

i. Menjaga keaiban kedua-dua pihak (suami atau isteri) dengan tidak menceritakan secara terperinci serta berlebihan hal rumah tangga.

ii. Diceritakan hanya kepada orang yang boleh dipercayai dan amanah supaya keaiban dan permasalahan kita tidak dicanangkannya kepada orang lain.

iii. Seboleh-bolehnya diselesaikan sendiri bersama-sama tanpa melibatkan orang luar termasuklah ahli keluarga walaupun mereka dekat dengan kita.

IKLAN