
Wanita Muda Kahwin Suami Orang – Pesanan Bonda Rozita Ibrahim
“Saya selalu pesan kepada staf saya tentang hal ini. Ada dua perkara saya selalu kata, hari ini kita ambil suami orang, esok lusa, suami kita orang ambil. Dan pertanyaan saya, kenapa nak kahwin dengan suami orang, bekas orang?” jelasnya dengan nada tegas.
Menurut Bonda Rozita Ibrahim, wanita yang memilih untuk hidup dengan suami orang biasanya hanya menumpang kesenangan yang sudah diusahakan bersama isteri pertamanya. Jika berlaku perceraian, wanita tersebut hanya tinggal gelaran bekas isteri tanpa harta dan maruah.

“Kerana nak merasa tumpang BMW, rumah banglonya, itu dia punya. Nanti kalau kena cerai, kita hanya bekas isteri. Orang yang berilmu pasti akan cari wanita yang berilmu untuk jadi teman hidupnya,” tegasnya.
Nasihat Tentang Pilihan Hidup dan Harga Diri
Bagi beliau, soal jodoh adalah ketentuan, namun manusia tetap boleh membuat pilihan. Katanya, jika beliau seorang lelaki, pastinya beliau akan memilih wanita yang ada harga diri dan berdikari. Wanita yang bekerja keras mencari rezeki sendiri lebih dihormati berbanding mereka yang hanya mahu menayang beg tangan mewah.
“Sebagai wanita, saya akan cari duit dan harta sendiri. Biar sama-sama kaya, baru menjadi!” kata Bonda Rozita Ibrahim.
Pengalaman Dengan Menantu dan Pesanan Kepada Anak Lelaki
Bercerita tentang menantunya, beliau menekankan bahawa menjadi isteri yang baik bukan hanya bergantung kepada pandai memasak atau mengemas rumah. Pada beliau, menantu yang pandai bekerja dan mencari rezeki adalah lebih utama. Hal lain boleh dipelajari kemudian.
“Yang paling saya tegaskan pada anak-anak lelaki saya hanya satu perkara – hormat mentua dengan baik. Bila kita sayang anak orang, menantu itu akan sayang pada kita,” katanya.
Rumah Hutan Terapi Alam – Sentuhan Bonda Rozita Ibrahim
Artikel ini turut membawa pengalaman penulis ketika berada di Rumah Hutan Terapi Alam milik Bonda Rozita Ibrahim. Suasana hutan yang damai membuatkan setiap pesanan yang disampaikan terasa lebih mendalam. Di sini, pengunjung boleh menikmati rawatan spa, bilik yang dihias indah, dan suasana alam semula jadi yang menenangkan.
Untuk pasangan baharu berkahwin, lokasi ini memang sesuai untuk berbulan madu. Terdapat air sungai yang jernih, chalet selesa, kafe dengan makanan enak, malah aktiviti ekstrem seperti ATV juga ditawarkan. Memang rasa tidak mahu balik!
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI