Detik melangsungkan perkahwinan tentunya cukup manis dan romantis. Ulang tahun perkahwinan pula disambut meriah untuk mengenang perjalanan alam perkahwinan yang ditempuhi bersama.
Namun, ada sesetengah pasangan yang merasakan momen manis semakin hilang tahun demi tahun. Kekangan waktu dan tiada masa boleh menyebabkan perkara ini boleh berlaku.
Berikut dikongsikan perkara-perkara yang boleh dilakukan untuk menghangatkan hubungan suami isteri seperti pengantin baharu.
IMBAS KENANGAN MANIS
Anda boleh berborak mesra dengan pasangan sambil mengingati kembali kenangan-kenangan indah zaman percintaan. Usik suami dengan gurauan mesra tentang apa yang telah dilakukannya semasa melamar anda.
Ads
Anda dan pasangan boleh juga melihat kembali foto-foto perkahwinan. Mungkin sedikit sebanyak mampu mengingatkan kembali memori indah saat bahagia.
Sekiranya anda dan pasangan sukakan aktiviti lasak seperti ‘hiking’ atau menyelam, apa kata anda luangkan masa melakukan aktiviti tersebut dengan pasangan. Pilih destinasi yang tepat supaya anda dan pasangan boleh menikmati saat indah itu dengan jayanya.
UNGKAPAN CINTA
Anda boleh menghantar pesanan ringkas SMS pada setiap pagi dengan ungkapan romantis seperti “Saya rindukan abang, tak sabar tunggu abang balik” ketika suami anda berada di tempat kerja. Kata-kata seperti ini boleh merangsang jiwa suami anda untuk pulang lebih awal bertemu dengan anda.
Ads
MAKANAN KEGEMARAN
Isteri boleh memasak makanan kegemaran suami lebih istimewa daripada sebelumnya. Contohnya hidangkan makan malam istimewa kepada suami seperti ‘candle light dinner’ di rumah. Hias meja tersebut berlainan daripada biasa.
Letakkan bunga-bunga segar supaya suasana lebih romantis dan relaks dengan haruman bunga segar. Anda juga boleh berhias cantik pada malam tersebut. Anggap sahaja anda sedang menikmati makan malam di restoran mewah dengan suasana romantis bersama suami.
Ads
BERBULAN MADU
Mungkin kedengaran agak janggal bagi anda yang sudah berbulan madu. Tapi tidak mustahil dengan melakukan bulan muda kali kedua mahupun kali ketiga. anda dan pasangan tidak perlu ke tempat-tempat jauh seperti diluar negara.
Cukuplah dengan memilih destinasi di dalam negara seperti di tempat-tempat sejuk ataupun pulau. Abadikan saat tersebut dengan seikhlas hati. Mungkin selepas ini anda bakal menerima kehadiran orang baru, siapa tahu bukan?
KELUAR DATING
Apabila anda sudah berkahwin tidak bermakna anda tidak boleh ‘dating’ dengan suami anda. Bahkan ‘dating’ selepas berkahwin lebih menyenangkan anda berdua kerana hubungan yang halal di dalam agama. Anda boleh keluar menonton wayang dengan suami seperti yang anda lalukan sebelum berkahwin. Pilihlah cerita-cerita romantis supaya dapat menghangatkan lagi kasih anda berdua.
Pelakon versatil yang sentiasa menyerlah dengan pelbagai watak dalam dunia lakonan, Zamarul Hisham berkongsi berita gembira apabila anak lelakinya, Izzat Haiqal, selamat mendirikan rumah tangga dengan kekasih hati dikenali sebagai Dina Zakirsa.
Menerusi posting yang dibuat oleh Zamarul di Instagramnya, bapa kacak ini telah berkongsi gambar bersama pengantin dengan menitipkan pesanan kepada mereka bagi melayari bahtera perkahwinan.
Congratulation Izzat Haiqal and Dina Zakirsa. Maka bermula satu perjalanan sebagai pasangan suami isteri. Macam mana pun jalan yang bakal ditempuh, tempuhi la dengan sifat bertolak ansur, saling faham memahami untuk sama-sama pastikan jalan yang dipilih menuju kebahagian, keharmonian dan kekal till Jannah. Papa and mama love both of you! – tulisnya.
Pada masa sama juga, Zamarul kelihatan sudah tidak sabar-sabar lagi untuk menimang cucu. Situasi ini jelas terserlah ketika dia membalas komen yang menyatakan pelakon itu tidak lama lagi menjadi atuk.
Zamarul juga sempat berseloroh mengatakan yang umur hanyalah angka dan ‘tittle’ sebagai atuk tidak menghalangnya untuk terus bermain TikTok.
Selain aspek penjagaan diri, bakal mempelai lelaki juga disarankan melakukan senaman khusus bagi menjaga kesihatan dan meningkatkan kecergasan tubuh badan. Untuk mendapatkan postur badan yang menarik, selain menjaga pemakanan, anda juga perlu melakukan senaman.
Jangan pula cemburu tengok orang lain elok bergaya sedangkan anda tidak. Nak dapatkan bentuk badan yang menarik, kenalah ada usaha ye!
Berikut beberapa senaman yang harus dilakukan:-
Angkat Berat
Angkat Berat
Latihan angkat berat menghasilkan hormon testosteron yang merupakan faktor pendorong seks seorang lelaki.
Push Up & Sit Up
Push-Up Dan Sit-Up
Latihan otot seperti push-up dan sit-up dapat membantu memperkuatkan bahu, dada dan perut.
Kegel
Senaman Kegel
Senaman kemut atau kegel mampu memperkuatkan otot pinggul dan melambatkan ejakulasi.
Yoga
Yoga
Latihan yoga membantu anda lebih fleksibel dan lebih kreatif dalam mengatur posisi seks sesuai yang anda inginkan.
Berenang
Berenang
Berenang sekurang-kurangnya 30 minit, tiga kali seminggu mampu meningkatkan daya tahan seksual dan membantu menurunkan berat.
Berjalan Cepat
Berjalan Cepat
Berjalan cepat dan berlari dapat membantu meningkatkan peredaran aliran darah dan mampu menurunkan risiko kegagalan ereksi sebanyak 30 peratus.
Tanggungjawab seorang suami bukan sekadar menyediakan keperluan hidup dan nafkah yang mencukupi sahaja kepada isteri tetapi juga daripada segi menjaga perasaan isterinya.
Menghiburkan isteri juga antara tanggungjawab suami. Ia dianggap sebagai salah satu nafkah seorang suami kepada isterinya.
Melalui perkongsian Taufiq Razif yang merupakan Penulis dan Pendidik Ilmu Keibubapaan, tidak perlu pun keluarkan ‘belanja yang mahal’ untuk menghiburkan isteri. Ikuti perkongsiannya.
Punya la bahagia isteri saya baru ni.
Baru ni kami kebetulan lalu sebelah kedai Eco. Tiba-tiba dia menonong je masuk ke kedai Eco. Macam budak kecik yang laju je meluncur ke depan kalau mak ayah tak pimpin dia punya tangan.
Saya perhati je mimik muka dia bila masuk ke ke situ. Ceria lain macam! Padahal shopping dekat Eco je pun. Tapi dia punya suka tu lain macam.
Sebenarnya dia bukan tengok harga sangat. Dia cuma nak ‘break the routine’ je.
Tak perlu bagi alasan benda tu semua menghabiskan duit. Ingat, jaga suasana hati isteri ni adalah tanggungjawab seorang suami juga. Tu yang ramai tak tahu.
InsyaAllah bila isteri makin tenang dan bahagia dia akan makin mudah untuk bahagiakan suami dan anak anaknya.
Percayalah, masa tu tak payah dan nak suruh itu suruh ini, depa sendiri yang akan buat yang terbaik untuk pasangannya!