Bosan Dengan Korsaj Duit, Jom Buat Sendiri Korsaj Pergelangan Tangan Dari Bunga Sutera. Cantik Sangat!

Share

Dalam majlis perkahwinan, tuan rumah dan ahli keluarga akan memakai korsaj pada baju bagi tujuan memudahkan tetamu untuk mengenalpasti mereka. Korsaj yang sering kali kita lihat dibuat dalam bentuk bunga ataupun duit yang dilipat menjadi kipas serta dipinkan di baju. Mungkin bosan dengan korsaj yang sering digunapakai itu, apa kata anda berikan kelainan dengan membuat korsaj untuk diikat di pergelangan tangan.

Ia juga menjimatkan kos jika anda membuatnya sendiri daripada membeli yang sedia ada dari kedai peralatan perkahwinan. Bukan itu sahaja, anda juga dapat membuat korsaj dengan pelbagai rekaan unik dan lebih menarik untuk seluruh ahli keluarga.

Jom ikuti langkah-langkah ini untuk membuat korsaj dengan rekaan unik.

Bahan-bahan yang digunakan:

• Pelbagai bunga sutera (pilih beberapa kuntum bunga yang nampak realistik)
• Gam panas
• Gunting
• Pemotong wayar
• 1.5” reben satin lebar

Langkah 1: Potong kuntuman bunga yang besar dari tangkai menggunakan pemotong wayar. Pastikan dengan menyusunnya secara mendatar.

Langkah  2: Potong beberapa kudup bunga dari tangkai utama, namun masih mengekalkan tangkai yang kecil.

Langkah 3: Potong sepanjang 18” reben.

Langkah 4 & 5: Mulakan dengan bunga-bunga utama. Gamkan di bahagian tengah reben tadi. Gamkan kudup bunga di sekitar bunga utama. Ikat pada pergelangan tangan dengan korsaj baharu yang dibuat sendiri.

Langkah 6: Inilah hasilnya.

Sumber: greenweddingshoes.com

IKLAN