Kalau dah ada ‘double chin’ tu memang tak boleh nak elak. Kadang-kadang rasa malu kan? Lagi-lagi kalau ada yang tegur. Namun, jangan lah sebab tu anda rasa ‘down’. Masih banyak cara yang anda boleh lakukan untuk hilangkan ‘double chin’ ni.

Ikut je langkah-langkah ini. Pasti dagu berlapis anda tu lama-kelamaan akan hilang. Percaya pada diri sendiri. Selamat mencuba!

Buang Dagu Berlapis Dengan 7 ‘Steps’ Ini

1) The kiss

Sambil berdiri, donggakan kepala sambil memandang siling. Muncungkan bibir seolah-olah ingin mencium siling selama 5 saaat. Relaks dan tegakkan semula kepala. Lakukan selama 15 kali.

2) Stick it out

Pandang ke depan dan buka mulut luas-luas. Jelirkan lidah perlahan-lahan dalam kiraan 5. Masukkan semula lidah dalam kiraan 5. Lakukan sehingga 10 kali.

3) Jaw jut

IKLAN

Dongakkan kepala sehingga memandang siling. Tolak rahang bawah ke depan sehingga terasa strecthing di bawah dagu. Buat kiraan sehingga 10 dan relaks semula rahang. Ulang 10 kali.

4) Tongue on teeth

Berdiri dan buka mulut seluas-luasnya. Selitkan hujung lidah di belakang garisan gigi bawah. Hirup udara melalui mulut dan keluarkan udara sambil membuat bunyi ‘aahhh’. Lakukan selama satu minit. Relaks dan ulang sekali lagi.

5) Chin slap

Sambil pandang depan, tampar bawah dagu dengan belakang tangan perlahan-lahan. Lakukan sehingga 30 saat.

IKLAN

6) In and out

Bentukkan tangan anda seperti V dan letak ibu jari pada hujung rahang. Pastikan jari lain berada di sebelah pipi. Tolakkan muka ke hadapan dengan perlahan-lahan. Biarkan selama 30 saat dan tolak semula ke belakang. Ulang sehingga 3 kali.

7) Laying lift

Baring dan angkat kepala perlahan-lahan hingga dagu mencecah dada. Biarkan selama 10 saat. Kembalikan kepada sisi asal. Ulang dua kali.

 

IKLAN

 

 

 

 

 

 

Sumber : Mau kerja

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI