Doa ini juga dikenali sebagai Doa Elak Mudarat yang baik dibaca pada setiap kali selepas solat subuh dan solat Maghrib sebanyak 3 kali. Amalkan tiap-tiap hari sebagai amalan yang baik untuk menjaga keselamatan diri dan keluarga.
Pada ketika ini yang serba serbi mahal dan memerlukan duit untuk menampung kehidupan harian yang mencabar dengan kenaikan kos sara hidup telah menjadikan sebahagian manusia mengambil jalan pintas mencari duit dengan menggunakan ilmu pukau untuk memukau mang sanya tidak kira lelaki atau wanita.
Jadi berhati-hatilah jika ada individu yang tidak kenali menghampiri anda untuk melakukan tipu daya terhadap anda dengan berbagai taktik seperti menghembuskan asap rokok, menyuruh anda memegang batu cincin dan sebagainya yang tak terfikir oleh kita.
Sihir pukau keatas mang sa selalunya terjadi dalam masa yang singkat dimana habis semua wang atau barang kemas yang dipakai diberikan atau diserahkan tanpa sedar kepada si pemukau tanpa paksaan.
Mangsa hanya akan sedar selepas si pemukau menghilangkan diri bersama wang dan barang kemas. Cara pukau melalui mata ke mata atau ditepuk dibelakang bahu mangsa.
Ads
Kepada wanita yang terkena sihir pukau, walaupun habis semua wang dan barang kemas diserahkan kepada sipemukau tetapi masih lagi bernasib baik kerana tidak kehilangan barang yang berharga iaitu ma ruah anda. Amalkan sebelum terlambat.
Untuk menghindarkan diri dari sihir atau ilmu pukau, lakukan amalan berikut setiap hari
Baca doa berikut:
“Dengan nama Allah, tidak akan berlaku kemudaratan di samping nama-Nya itu, sesuatu yang turun dari langit atau dari bumi, dan Dialah Allah yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.”
Ayatul Kursi
Al-Muawwizat (Surah al-Ikhlas, al-Falaq & an-Naas)
Berniat lakukan amalan di atas agar Allah SWT hindarkan dari apa jua bahaya.
Inilah amalan yang diterima oleh syarak. Amalan menggunakan pandangan mata sehingga berlaku suatu proses pukau, jika dilihat pada pandangan syarak, kita dapati bahawa ada isyarahnya dalam as-Sunnah. Antara lain Rasulullah s.a.w. ada menyebut tentang pandangan mata seperti dalam hadis (mafhumnya):
Ads
Ibnu Abbas r.a berkata, “Rasulullah s.a.w. bersabda:
‘Bahawa pandangan mata yang mengakibatkan sesuatu keburukan adalah benar (boleh berlaku). Andainya ada sesuatu yang seolah-olah mendahului al- Qadar, maka didahului oleh pandangan mata.”
Dalam hadis lain Abu Hurairah berkata (mafhumnya):
“Nabi pernah menyebut al-‘ain (pandangan mata) adalah benar (boleh berlaku).” (Sahih Bukhari Muslim)
Al-Hafiz Ibnu Hajar dalam ulasannya tentang hadis-hadis ini menyebut bahawa pandangan mata seseorang itu ke atas sesuatu, boleh mendatangkan hasad deng ki kepadanya, lalu ditemukan objek itu di samping tabiat buruknya muncul, boleh mendapat kemudaratan kepada yang dilihat.
Ads
Ash-Syanthiti pernah menyebut bahawa, jiwa-jiwa yang kotor mempunyai kesan yang kotor juga kepada yang dilihat. Semuanya ini selari dengan apa yang disebut oleh Allah SWT yang mafhumnya:
“Dan sesungguhnya orang-orang kafir itu benar-benar hampir menggelincirkan kamu dengan pandangan mereka tatkala mereka mendengar al-Quran dan mereka berkata: “Sesungguhnya (Muhammad) itu benar-benar gi la.” (Surah al-Qalam, ayat 51)
Ayat ini menjadi rujukan kepada hal-hal penya kit yang berpunca daripada pandangan atau renungan mata. Malah dalam beberapa hadis lain menga takan ‘unta boleh masuk ke dalam periuk kerana pandangan mata’. Maksudnya unta boleh mati, tapi disembelih dan dijadikan hidangan makanan.
Demikian peranan mata. Oleh itu hal-hal pukau memukau ini, termasuk dalam amalan yang tidak diharuskan oleh syarak. Lagipun digunakan ilmu pukau untuk tujuan keburukan seperti merompak, mencu ri dan sebagainya.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Sebuah perkahwinan yang dibina melambangkan ikatan suci antara dua jiwa. Agar rumah tangga seperti di alam bulan madu selamanya maka sesebuah rumah tangga itu perlu dibajai dengan kasih sayang.
Tidak dapat dinafikan bayangan kehidupan berumah tangga seringkali membuatkan pasangan muda ragu-ragu untuk menamatkan zaman bujang mereka.
Persoalan apakah hubungan rumah tangga akan bahagia? Atau benarkah bahawa dalam rumah tangga selalu ada badai? Pendek kata semua persoalan ini ‘menghantui’ diri.
Bahagia itu tidak datang tanpa sebarang usaha. Lalu, apakah yang boleh dilakukan oleh pasangan muda agar rumah tangga berlangsung bahagia? Ini adalah rahsia dalam alam rumah tangga yang sepatutnya diaplikasikan sejak awal berumah tangga.
Fahami Kekurangan
Pasangan pengantin baharu harus lebih menerima kekurangan masing-masing. Misalnya, dalam soal pekerjaan dan kedudukan kewangan yang belum mampan di usia ini. Namun, tidak menjadi masalah jika masing-masing memahami dan mengejar ke tingkat yang lebih tinggi.
Memiliki Cahayamata Dalam Usia Masih Muda
Memiliki anak di usia muda merupakan satu perjuangan dalam meneruskan kehidupan. Tenaga anda masih ‘banyak’ dan anda dan pasangan masih kuat untuk mengasuh anak-anak. Antara kelebihan berkahwin dalam usia yang muda ialah anak-anak akan lebih cepat dewasa dan berdikari dalam usia anda dan pasangan masih muda. Hadirnya cahayamata dalam usia yang masih muda juga menjadikan rumah tangga lebih bahagia.
Komunikasi Lancar
Saat menghadapi masalah apa pun, pasangan harus sentiasa mengawal emosi. Isteri perlu memainkankan peranan untuk ‘membantu’ menenangkan suami, begitu juga sebaliknya. Kuncinya lakukan komunikasi positif secara telus dan terbuka.
Kepuasan Bercinta
Soal bercinta juga menjadi salah satu faktor penentu rumah tangga yang bahagia. Jadi, jangan lupakan kepuasan batin dalam bercinta. Berkomunikasilah dengan pasangan tentang apa yang anda inginkan atau tidak inginkan. Hasilnya anda berdua akan memperolehi kepuasan yang diinginkan bersama.
Saling Memenuhi
Banyak idea-idea segar dan kreatif yang muncul ketika di usia muda. Kolabirasi anda dan pasangan akan meletuskan sesuatu yang terbaik dan lain dari yang lain. Ini kerana masing-masing tahu kelebihan dan kelemahan diri masing-masing.
Saling Menyokong
Pasangan adalah penyokong utama dalam hidup anda. Tidak perlulah mengadu tentang masalah anda kepada orang lain, bimbang ‘rahsia’ anda itu akan bocor kepada orang lain. Berbanding mengadu dengan pasangan sendiri, pasangan anda bukan sahaja menjadi pendengar yang boleh dipercayai tetapi juga dalam masa yang sama dapat memberi sokongan yang tidak berbelah bahagi kepada anda.
Tujuan Perkahwinan
Selalu ingat ke mana tujuan bersama daripada perkahwinan anda berdua. Maka, hadapi segala masalah dan perubahan dalam hidup dengan pandangan yang positif. Dan, jangan lupakan apa yang telah disepakati bersama pasangan anda agar rumah tangga yang dibina kekal bahagia hingga ke hujung nyawa.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Perkahwinan yang romantik pasti menjadi idaman setiap pasangan yang berumah tangga. Walaupun sudah sekian lama menjadi pasangan suami isteri, amalam romantik perlu dipraktikkan oleh setiap pasangan agar rumah tangga yang dibina sentiasa mekar dan dipenuhi kasih sayang. Islam juga amat menggalakkan amalan romantik ini dan ia juga merupakan sunnah Nabi.
Rasulullah SAW adalah gedung segala sifat kesempurnaan yang sukar dicari tandingannya. Allah SWT membimbing Baginda dengan didikan-Nya yang terbaik. Walaupun Rasulullah SAW seorang panglima perang dan pemimpin tertinggi umat Islam, namun di sisinya terdapat nilai kasih sayang dan jalan kisah yang cukup romantis antara Baginda dan isteri-isterinya.
Jom kita lihat antara amalan romantik cara Nabi SAW yang boleh dipraktikkan dalam kehidupan anda sebagai pasangan suami isteri.
1. HANTAR ISTERI KELUAR RUMAH
Seperti yang dilakukan Rasulullah SAW kepada isterinya Shafiyyah binti Huyay sehinggakan Baginda berkata, “Jangan terburu-buru hingga aku mengiringimu ( menemani sampai ke pintu ).”
2. SUAPKAN MAKANAN
Bagi menambahkan romantis kepada isteri, disarankan suami menyuap sendiri makanan ke mulut isterinya. Seperti mana dalam sahih Bukhari dan Muslim sabda Rasulullah SAW, “Sesungguhnya apapun yang kamu nafkahkan, maka hal itu adalah sedekah hingga suapan yang kamu suapkan ke mulut isterimu.”
Walaupun hadis ini berkisarkan mengenai pemberian nafkah, namun bukankah menjalin ikatan romantik antara suami isteri itu satu tuntutan?
3. MANDI BERSAMA
Baginda pernah bermandi air cinta bersama isterinya. Dalam Sahih Bukhari diriwayatkan bahawa Aisyah berkata bahawa: “Aku sering mandi bersama Nabi Muhammad SAW dari satu bekas air yang disebut al-faraq.” Perbuatan Nabi mandi bersama Aisyah tanpa sebarang tabir penghalang menunjukkan satu sunnah. Terutamanya setelah melakukan hubungan intim bersama pasangan.
4. PANGGILAN MANJA
Sehinggalah ayat cinta terukir daripada bibir seorang Nabi SAW dengan memanggil panggilan manja kepada isterinya. Suara indah memangil Ya Humaira kepada Aisyah yang bermaksud Wahai si putih kemerah-merahan atau Mawar merah. Ini membuatkan ikatan itu menjadi lebih intim.
Ada kalanya Baginda memanggil Aisyah dengan singkatan manja Ya Aisy yang bermaksud kehidupan ketika beliau menyampaikan salam daripada malaikat Jibril untuk Aisyah ra. Dengan membuang huruf terakhir itu menunjukkan besarnya rasa cinta, kemanjaan dan kesayangan yang ditonjolkan Baginda.
5. BAWA ISTERI BERSIAR-SIAR
“Rasulullah apabila datang waktu malam, baginda berjalan bersama Aisyah dan berbincang-bincang dengannya.” Malah apabila baginda ingin keluar baginda akan mengundi siapa yang akan menemaninya untuk keluar bersama. Malah Rasulullah juga membawa Aisyah untuk makan bersama di luar. Sehinggakan suatu ketika Nabi pernah menolak pelawaan jirannya yang berbangsa Parsi untuk makan di rumah mereka sekiranya isterinya Aisyah ra tidak turut diundang bersama. (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Mungkin masih ada bakal pengantin yang menggali tip kurangkan bajet majlis kahwin nanti, bukan kerana tidak mampu tetapi kepada nak berjimat untuk hidup bebas hutang.
Ya, ada yang mengimpikan majlis dengan tema tertentu malah tidak kisah berbelanja memandangkan perkahwinan adalah kenangan indah sekali seumur hidup dan tak kurang juga yang mahukan majlis serba ringkas.
Tip Kurangkan Bajet Majlis Kahwin
Namun semuanya bergantung kepada bajet masing-masing kerana paling penting, jangan sampai terjerat hutang hanya kerana mahukan majlis yang grand.
Sebaik-baiknya, bakal pengantin perlu merancang perbelanjaan dengan teliti bukan untuk hari bahagia semata-mata tetapi mengutamakan kehidupan selepas bergelar suami isteri kelak.
Bagi pasangan yang merancang untuk mengadakan majlis perkahwinan, berikut tip sebagai panduan untuk menjimatkan perbelanjaan sewaktu merancang hari bahagia anda:
1) Tetapkan bilangan tetamu
Perkahwinan Melayu sememangnya sinonim dengan jumlah jemputan yang ramai. Namun cukuplah sekadar dengan kehadiran ahli keluarga, saudara mara dan kenalan rapat untuk menjadi saksi hari bahagia anda.
Untuk lebih mudah, buat senarai tetamu.
2) Survey servis katering dan pelamin
Jangan malas untuk membuat survey mengenai dua perkara ini. Selain survey sendiri, anda mungkin boleh meminta bantuan rakan-rakan untuk rekomendasi mana-mana syarikat yang menyediakan pakej perkahwinan.
Dengan cara ini, anda dapat membuat perbandingan dan memilih yang terbaik mengikut bajet anda.
3) Majlis nikah dan sanding serentak
Untuk menjimatkan kos, upacara akad nikah boleh diadakan pada waktu pagi manakala persandingan pula pada sebelah tengahari.
Banyak wang dapat dijimatkan seperti kos sewa venue, persalinan dan katering.
4) Hantaran
Nak lebih jimat? Waktu inilah anda dapat menonjolkan kreativiti dengan menggubah sendiri hantaran ataupun meminta bantuan rakan mahupun ahli keluarga.
Tidak perlu bunga-bungaan segar sebagai dekorasi, sebaliknya gantikan dengan bunga hiasan plastik atau mengikut kreativiti anda.
Begitu juga jumlah balasan hantaran. Cukuplah sekadar tiga berbalas lima ataupun mengikut bajet anda.
5) Cenderahati (doorgift)
Tidak perlu membelanjakan wang yang banyak untuk hal yang satu ini. Cuba minimakan kos dengan membeli sesuatu yang sesuai untuk semua golongan tetamu.
Bonus sekiranya anda pandai membuat kek atau biskut, balut cantik-cantik untuk dijadikan doorgitf.
6) Persalinan
Bak kata orang, ukur baju di badan sendiri. Cukup sekadar menempah satu persalinan baharu untuk majlis nikah, manakala untuk persalinan sanding pula, pilihlah untuk mengenakan busana yang disewa.
Ataupun berbincanglah dengan pereka fesyen anda untuk membuat persalinan 2 in 1. Lebih jimat!
7) Fotografi
Rajinkan diri untuk membuat survey. Ramai jurufoto menawarkan pakej dengan potongan harga pada waktu-waktu tertentu.
Sebaiknya lakukan survey beberapa bulan sebelum majlis berlangsung, bukanlah pada waktu saat akhir.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!