Sebut je mangga, mesti ada antara kita dah mula kecur air liur. Ada suka mangga manis, ada suka yang masam. Buah mangga ni memang terkenal di negara jiran kita, Thailand. Kalau di tepi jalan di sana, memang banyak nampak orang jual buah mangga yang dah siap dipotong dan dibuang kulit. Selalunya kita boleh pilih sekali dengan pencicahnya yang pelbagai jenis.
Ads
Kadang-kadang bila kita beli buah mangga di pasar sini pun kerap juga dapat yang kurang masak. Nak makan saja memang susahlah sebab masam sangat. Jadi ramai yang suka cicah kicap pedas, cicah garam, asam dan sebagainya. Bagi yang nak bertukar selera, bolehlah cuba colek pedas-pedas manis ala Thai ni.Mudah dan ‘menyengat’, jom kita cuba cara buat sendiri serbuk colek ala Thai di rumah hasil perkongsian Puan Norashikin Ismail. Berikut adalah bahan-bahan yang perlu disediakan terlebih dahulu.
Ads
Ads
BAHAN-BAHAN
Cili kering 10 tangkai
Belacan besar ibu jari hiris nipis *
Udang kering segenggam
Gula 6-7 sudu besar
Garam secukup rasa
CARA-CARA
Mudah saja bahan-bahannya, boleh alter bahan tu ikut kesesuaian. Mungkin ada yang tak makan belacan, jadi kalau tak letak pun tak apa. Sekarang jom tengok cara-caranya pula.
CUCI & TOSKAN BAHAN- Mula-mula, cuci bersih cili kering dan udang kering. Kemudian toskan untuk buang lebihan air.
SANGAI- Seterusnya, sediakan kuali dan sangai (goreng tanpa minyak) cili kering, belacan, dan udang kering sehingga kering dan ringan.
POTONG CILI- Kemudian, biarkan bahan tadi sejuk sekejap. Lepas tu, potongkan cili belah dua dan keluarkan bijinya.
BLENDER- Masukkan semua bahan tadi ke dalam blender untuk dikisar sehingga hancur. Kalau yang suka tekstur kasar, blender kejap saja. Kalau suka halus, boleh blend lama sikit. Terpulanglah ya.
TAMBAH GARAM- Akhir sekali, boleh gaul dengan sedikit garam untuk menaikkan lagi rasanya.Agak-agaklah suka banyak mana ya. Kalau masih pedas, boleh juga lebihkan gula. Nak lagi sedap, boleh guna gula merah atau gula kabung. Adjust ikut citarasa dan kreativiti masing-masing ya.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Kegunaan air fryer ini juga menjadi barangan wajib ada di rumah buat ibu yang bekerja. Sudah terbukti, penggunaan air fryer ini bukan sahaja boleh menggoreng malah kalau anda nak buat pizza pun boleh juga guna gajet serba canggih ini!
Oleh itu, terdapat satu perkongsian resepi pizza roti telur yang diletakkan dalam cup kecil dan dimasak menggunakan air fryer sahaja. Tak payah nak uli-uli dan memerlukan oven, menu ini sangat sesuai dihidangkan pada waktu petang dan anak-anak bawa bekal ke sekolah.
PIZZA ROTI TELUR ( dpt 8 papercup)
1. 2 biji telur
2. 3 keping roti (potong cube)
3. 2 btg sosej
4. 2 sb butter (cairkan)
5. 2 sb sos spahetti
6. 5 sb susu cair
7. 1 sb mayonis
8. 2 keping cheddar cis (sekeping potong 4)
nk tambah cis mozarella pun sodap
9. sedikit oregano (hiasan atas cis)
campur semua bahan 1-7.. masukkan dlm papercup..letak cis.. tabur sedikit oregano.. bakar suhu 160 selama 10minit..
selamat menjamu selera
Kredit : noriza Zainal Abidin
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Hari pertama puasa ni, memang kita teruja sungguh nak memasak. Mana yang dah rancang menu untuk hari ini, memang hebat. Kerana ada sahaja yang masih terfikir-fikir nak masak apa. Selain nasi, kita juga boleh pelbagaikan juadah dengan tambahan menu lain. Manalah tahu kalau-kalau suami nak makan bakso ke?
Kuah amat penting dalam menghasilkan bakso yang sedap dan enak. Jom kita cuba resipi kuah bakso Indonesia yang telah dikongsi oleh Ekynn Aziz.
*****
Bakso Indonesia request by my mom. Resepi ni original dari orang indo ye. Saya guna bebola daging segera je. Kalau nak sedap boleh guna bebola daging jenama mohd armiya@ramly lebih sedap dan terasa dagingnya.
Ni saya kongsi kan resepi kuah bakso indonesia.
KUAH BAKSO INDONESIA
(10 org makan)
Bahan-bahan:
Tulang daging RM10
Bebola daging
2 biji bawang merah dihiris
2 batang serai dititik (taknak letak pn takpe)
1 helai daun pandan(taknak letak pn takpe)
1 1/2 kiub pati daging
Perasa ajinomoto (boleh ganti maggi cukup rasa)
Garam secukup rasa
*2 biji bawang
*6 ulas bawang putih
*3@4 biji buah keras
*1 inci halia
*1 inci kunyit hidup
*1 sb serbuk lada sulah
(Blend@tumbuk bahan bertanda *)
Serai dan pandan tu bahan additional sahaja. Kalau taknak letak pun takpe.
Cara-caranya:
Rebus tulang daging selama 30minit. Lagi lama lagi sedap.
Dalam kuali lain boleh tumis bawang hiris. Kemudian masuk kan bahan blend@tumbuk, pandan dan serai titik.
Dah naik bau boleh tuang bahan tumis dalam periuk rebusan tulang tadi. Dan masukkan bebola daging.
Perasakan dengan garam dan ajinomoto@maggi cukup rasa.
Rebus sampai bebola daging timbul. Timbul tu maknanya kuah dah masak ye. Dah siap!
Resipi Cili Kicap
Bahan-bahan:
*Segenggam cili padi hijau
*6 ulas bawang putih
1 sb cuka
1 sb kuah bakso
4 sb kicap manis
Secukup rasa
Garam
Cara-cara:
Rebus bahan bertanda *. Dah lembut boleh blend@tumbuk.
Kemudian masuk kan bahan2 lain sesedap rasa. Gaul sebati. Dah siap.
Dah hari kedua ramadan kita berpuasa sepanjang PKP ini. Buat isteri yang kehabisan barang dapur dan tidak sempat untuk membeli barang keperluan masakan harini, apa kata kita cuba menu ringkas ini untuk hidangan berbuka puasa nanti.
Resepi Ayam Goreng bersalut keenakan 😋
Hanya guna 3 bahan..
Bahan-Bahan :
Ayam seekor potong 10
Sos tiram
Kicap manis
Sos cili (saya guna kimball)
Cara membuat:
1.Rebus ayam hingga masak tapi jangan sampai terlalu lama
2.Angkat dan salut ayam dengan sos cili,kicap manis dan sos tiram
3.Boleh lah di goreng sebentar setakat menggaringkan bahagian luaran sebab isi ayam sudah masak masa di rebus tadi..
4.Toskan dan siappp
Selamat Mencuba!
Rasa macam ayam panggang AYAMAS ..Tak percaya cer cuba.
Baki sos yang bersalut ayam tadi boleh di makan dengan ayam…Tapii….kalau rajin buat kuah sos black pepper..jadi macam KENNY ROGERS…
Kredit: cuti_makan
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!