
Benda kudapan ni, kalau beli mau dalam RM 25 sebalang, baik buat sendiri dengan bajet bawah RM20, lepas tu makan sambil layan Netflix ataupun masa work from home. Apa lagi rajinkan diri dan follow apa yang saudari ini kongsikan di Facebook miliknya.
Terima kasih atas perkongsian Ida Idy berguna ini sepanjang RMO .
Antara komen2 anak saya pasal spicy salted egg cornflakes mama dia..
Anak no 1. Mama, sedap giler..
Anak no 2. Mama, sedap sgt2..
Anak no 3. Mama, adik suka la..
Anak2 selalunya jujur..haha…
Saya joint kelas utk blaja buat ni. Tp kat group masakan byk je resipi2 nya. Tp yg saya buat ni betul2 saya jatuh cinta. Kalau ada permintaan saya sudi utk berkongsi resipi olahan saya.
***Edited
Ni resipinya ya…
Spicy salted egg cornflakes mamayaya

90g butter
80g serbuk salted egg
4 tangkai daun kari
5 biji cili kering (hiris halus)
1 sudu kecil serbuk kari daging babas
1/2 sudu kecil serbuk cili babas (nak pedas boleh tambah)
275g cornflakes nestle

1)Cairkan butter dgn api yg perlahan
2)Masukkan daun kari + cili kering
3)Masukkan serbuk salted egg, serbuk kari dan serbuk cili..kacau sebati dan tutup api.
4)Masukkan cornflakes..gaul biar sebati dan rata.
5)Masukkan kesemua dlm tray oven..bakar dlm oven suhu 120°c, 10minit..Sejukkan dan packing.

Dua Bulan Kenal, Pasangan Ini Ambil Keputusan Untuk Kahwin. Indahnya Bercinta Lepas Nikah

Lama atau tidak perkenalan di antara pasangan lelaki dan wanita belum tentu menjamin hubungan itu menuju ke gerbang perkahwinan. Ada yang kata, kenal sekejap dah boleh juga bahagia dan ada juga berpendapat, lebih baik kenal lebih lama supaya tahu perangai pasangan. Tak kisahlah apa pun, yang penting kena jaga batas hubungan di antara lelaki dan wanita.
Manisnya kisah cinta selepas nikah di antara Wan Mohd Suzairie Wan Mohd Suhaimi (Jerry) dan isteri tersayang, Nurul Najwa Alias (Wawa). Siapa sangka chat berbalas chat di akaun Instagram menjadikan perkenalan itu membawa ke jenjang pelamin.
“Hanya dua bulan masa yang diambil untuk kami berkenalan. Kalua diikutkan, seminggu selepas kami kenal, Jerry (suami) terus meluahkan isi hatinya dan melamar saya untuk dijadikan isteri. Mula-mula memang terkejut dan serba salah kerana saya baharu putus tunang. Jerry pula baru sebulan putus tunang. Senasib pula!
Saya terima Jerry kerana saya percaya dengan keikhlasan dan kesungguhan Jerry menerima saya seadanya. Saya percaya jodoh Allah. Walaupun perkenalan kami tak lama tapi kami percaya bercinta selepas kahwin itu lebih indah.
Bercinta selepas nikah best. Kita umpama hidup dalam kejutan setiap masa kerana banyak perkara yang membuatkan kami teruja untuk tahu mengenai hidup masing-masing. Kita pun boleh tahu sikap sifat sebenar pasangan kita. Mula-mula kenal Jerry, saya ingat dia pendiam tapi rupa-rupanya dia kelakar dan suka bergurau.” kata Wawa.
Momen perkahwinan Wawa dan Jerry sangat indah. Serba serbinya cukup sempurna. Daun elephant taro atau dikenali sebagai keladi gajah sebagai latar memberi efek kesegaran dalam suasana yang begitu sweet. Hujan renyai-renyai bagai meraikan kedua mempelai ini.
“Pelamin disediakan sendiri pihak kami dengan bantuan dan idea dari sahabat-sahabat (Huru Hara Community) dan idea utama dari sahabat sealiran suami, Jihan Megha Ismail. Memandangkan Jerry seorang jurufoto dan videographer perkahwinan, jadi dia tahu apa yang unik dan menarik untuk pelamin kami.
Solekan pula dari kenalan saya dan juga suami, Firdaus Kamil (FK Studio). Photographer rasmi pula dari Hilmi Razali. Manakala videographer oleh Photoplay Studio ( Firdaus Roslan). Idea asal adalah dari sahabat suami Jihan Meghaa Ismail tapi pilihan props, pakaian pengantin dan konsep dari suami dan saya sendiri.
Alhamdulillah kami happy dengan keputusan singkat yang kami ambil. Ternyata keputusan kami tepat. Lebih menggembirakan tak lama lagi kami bakal bergelar ibu dan ayah. Semoga dipermudahkan segalanya untuk kami.” kata Wawa lagi.
Tip melalui percintaan selepas nikah:
-
Jangan berahsia dalam perhubungan
-
Luahkan perasaan kita pada pasangan
-
Berusaha untuk saling memahami
-
Saling memaafkan diantara satu sama lain
-
Terima pasangan seadanya (sama ada baik atau buruk)
***JOM SERTAI CHANNEL TELEGRAM PESONA PENGANTIN DAN DAPATKAN LEBIH BANYAK INFO BERSAMA KAMI. KLIK SAHAJA DI SINI.
Hargailah Isterimu Yang Kerja Sebagai Suri Rumah. Jangan Buat Dia Macam Macai

Isteri suri rumah biasanya lagi teruk tahap stress/depresi dalam diri dia. Lagi-lagi yang 24/7 anak2 kecil menempek padanya dan terperap je dalam rumah.
Tak perlu lah asyik persalahkan suri rumah. Asyik ulang kata suri rumah tak penat, goyang kaki dan hanya tahu rehat-rehat. Hari-hari buat benda yang sama. Motherhood routine, mengadap orang caci sana sini, masa untuk diri sendiri jauh sekali biasanya akan ada satu perasaan yang terbuku dalam hati terlampau lama. Bila dah lama sangat jadi nanah. Faham la rasanya macam mana.
Perasaan rasa diri tak guna tu biasa. Nak beli barang, duit sendiri takde. Saving dan harta jauh sekali. Bila nampak kita membeli lebih sikit mula lah kata kita menyusahkan suami. Tak sedar diri awak tu suri rumah.
Suri rumah yang ada anak kecik lagi lah.. nak makan, mandi, tidur semua tak menentu. Ikut rezeki mood anak hari tu macam mana. Orang lain dah mandi sampai tiga kali, suri rumah ada yang sekali pun belum mandi. Lagi-lagi kalau anak jenis tak boleh lepas mak nya. Makan? Apa yang anak makan tu jelah kita sauk sekali biasanya.
Dapat suami yang memahami alhamdulillah. Tak mintak banyak. Cukup lah paham situasi, pinjam telinga, bagi semangat dan jangan tambah serabut. Tolong la hargai para isteri suri rumah. Jangan buat dia macam macai.

Lagi teruk kalau dapat suami yang lepas tangan ni lah. Isteri tu sakit ke penat ke emosi stabil tak stabil semua dia buat taktau. Dia tau balik kerja dia mengadap tv/phone. Agak bosan dia keluar lepak dengan member. Balik tidur. Anak? Dia lepas semua kat isteri. Mana nya tak timbul isu isteri bunuh diri, anak kena kelar. Try tanya, suami nya buat apa? Jawapan yang tepat suami nya tunggul.
Sebab apa suri rumah biasa boleh sampai teruk macam ni? Dia takde kawan. Social life zero. Hidup dia untuk anak & suami. Kalau suami tunggul, itulah makin teruk. Sakit penat dia takde cuti. Kalau rasa awak tu suami yang ada rasa simpati, bagi lah masa untuk isteri tu ber’me-time’. Tak lama. 15 minit pun isteri tu dah hargai. Tolonglah jaga anak sekejap. Buat apa yang patut kat rumah.
The struggle is real. Tak payah sembang kata mengada ngada. Try tanya dekat suri rumah yang stress/depresi ni pernah tak rasa nak bunuh diri? Betul, itu normal. Sebab rasa diri tu takde guna dan macam menyusahkan orang.
Suami please do your job. Tunjukkan yang awak hargai isteri dan ibu anak-anak awak. Isteri tu manusia biasa. Bukan robot, bukan orang gaji, bukan macai yang takde perasaan.
Suami boleh ada banyak time off kan? Lepak dengan member, main game berjam jam masa. Isteri tu awak bagi tak? Kalau dia mintak tolong jaga anak 5 minit pun payah, rasa-rasa diri tu layak ke jadi suami & ayah?

Keluarga yang bahagia memang bermula dari seorang ibu & isteri yang happy fizikal & mental. Siapa yang bertanggungjawab buat si ibu & isteri ni happy?
Ketua keluarga tu sendiri
Bila ada lompong dalam keluarga tu, check balik ketua keluarganya. Bila saling melengkapi masing-masing lengkapkan mana yang kurang, insyaAllah bahagia dunia akhirat
Kredit : Farah Nunaa
Beli Emas Online Tak Ada Akad. Apa Hukumnya? Bakal Pengantin PKP Kena Tahu Ni.

Jika kita ada ‘bayi PKP’, pengantin PKP pun ada juga. Mereka yang bakal melangsungkan pernikahan pada waktu PKP ini sebenarnya agak mencabar. Namun, anggaplah ini sebagai cabaran permulaan untuk anda yang ingin bina hidup baharu.
Ada bakal pengantin yang memilih untuk meletakkan hantaran paling mudah dan ada juga yang ingin menjadikan emas sebagai hantaran. Disebabkan penularan wabak Covid-19 yang semakin mengganas ini, ramai yang menggunakan kaedah online sahaja untuk membeli. Dan banyak kedai emas yang sudah menggunakan jualan secara atas talian.
Persoalannya, adakah pembelian emas secara online ini dibolehkan? Berikut adalah persoalan dan pencerahan yang dikemukakan di laman web Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan yang sudah diterbitkan sejak Januari 2018.
Soalan:
Assalamualaikum. Dato Mufti, boleh saya bertanya sedikit tentang hukam jual beli emas. Hari ni adanya syarikat yg membuat jualan secara online atau akaun. Kita beli dan bayar emas, emas itu dimasukkan dalam akaun. Dan bila kita ingin keluarkan emas itu, boleh dikeluarkan di cawangan-cawangan mereka. Adakah dibolehkan? Sebab setahu saya urusan jual beli emas mesti yadan biyadin.
Jawapan:
Kami kemukakan jawapan daripada kitab Fiqh al-Manhaji (6/72):
Apabila jual beli tersebut membabitkan dua jenis barangan berunsur riba yang berlainan jenis tetapi mempunyai illah riba yang sama (contohnya kedua-duanya dalam bentuk mata wang atau makanan). Jual beli ini perlu memenuhi dua syarat bagi menjadikan jual beli tersebut sah dan bersih daripada unsur riba:
Akad berlaku secara lani. Akad tersebut mestilah tunai atau serta-merta, yakni akad tersebut tidak menyebut tempoh tertentu bagi penyerahan mana-mana barangan walaupun untuk tempoh yang singkat. Penyerahan barangan berlaku di tempat memeterai akad.
Dalam keadaan ini, kedua-dua barangan tidak perlu mempunyai kadar yang sama. Bahkan dibenarkan jual beli secupak gandum dengan dua cupak barli, atau satu gram emas dengan lima gram perak.
Akad ini dan segala proses berikutnya adalah sah. Namun dengan syarat, tidak dinyatakan sebarang tempoh tertentu bagi penyerahan barangan dan penerimaan berlaku pada ketika itu.
Dalil bagi kes ini ialah hadith daripada Ubadah RA yang dinyatakan sebelum ini:
فَإِذَا اخْتَلَفَتْ هَذِهِ الأَصْنَافُ فَبِيعُوا كَيْفَ شِئْتُمْ إِذَا كَانَ يَدًا بِيَدٍ
Maksudnya: “Jika barang-barang ini berbeza, juallah mengikut kehendak kamu selagimana ia dilakukan dengan tangan dengan tangan.”
Riwayat Muslim (4147)
Apa yang dimaksudkan dengan barang-barang dalam hadith ini ialah barangan berunsur riba yang dinyatakan oleh hadith-hadith dan yang seumpama dengannya. Apa yang dimaksudkan dengan berbeza dalam hadith ini ialah barangan yang digunakan sebagai bayaran dalam jual beli ini tidak sama dengan barangan yang dijual.
Apa yang dimaksudkan dengan “juallah mengikut kehendak kamu” ialah kamu dibenarkan berurusniaga dengan barangan ini jika ia bukan barangan yang sama dan tidak disyaratkan barangan tersebut mestilah sama.
Timbul persoalan, apakah penyerahan barang itu mesti dibuat secara fizikal atau boleh dengan cara maya seperti melalui akaun?
Bentuk penyerahan
Jawapannya, kami berpendapat hukum penyerahan melalui akaun boleh dianggap sebagai satu bentuk penyerahan yang diterima. Ini berdasarkan keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-96 yang bersidang pada 13-15 Oktober 2011 telah membincangkan mengenai Parameter Pelaburan Emas, dan membuat keputusan, antara lain seperti berikut:
“Penyerahan barang belian (emas) hendaklah berlaku secara penyerahan hakiki ataupun kaedah muktabar yang boleh menggantikan penyerahan hakiki. Penyerahan barang belian yang muktabar akan membawa kesan sama seperti penyerahan hakiki, iaitu:
Berpindah dhaman (tanggungjawab jaminan) daripada penjual kepada pembeli.
Kemampuan pembeli untuk mendapatkan barang beliannya pada bila-bila masa tanpa ada halangan.”
Rujuk Kompilasi Pandangan Hukum Mesyuarat Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (ms. 81)
Majlis Majma’ al-Fiqh al-Islami bagi Rabitah al-Alam al-Islami kali ke-11 yang bersidang di Makkah pada tahun 19-26 Februari 1989H membincangkan isu taqabudh hakiki dan hukmi memutuskan bahawa dokumentasi transaksi dalam bentuk resit dan rekod akaun boleh diterima sebagai salah satu bentuk taqabudh yang sah dan diterima dalam Islam.
Justeru, apabila emas tersebut sudah didepositkan ke dalam akaun pembeli dan direkodkan di dalam sistem dan resit, yang mana pembeli boleh bila-bila masa, mengeluarkan emas tersebut dengan kuantiti berdasarkan dalam majlis akad atau kontrak, maka penyerahan sudah dianggap sempurna. Maka sah akad jual beli emas secara atas talian jika meraikan syarat ini.
Wallahuaklam.
Kredit foto: Instagram Khalifah Jewels