Hidup berumah tangga ini perlukan satu bentuk pengorbanan dan komitmen yang luar biasa untuk mereka yang benar-benar sudah bersedia untuk melangkah ke satu tahap yang lebih tinggi dalam kehidupan. Namun begitu tidaklah segalanya akan indah seperti yang anda impikan, sudahkah anda bersedia? Jika belum ikuti perkongsian gadis ini Zayana Yusof, tentang erti sebuah perkahwinan.

Buat Yang Bujang, Perkahwinan Itu Boleh Jadi Sesuatu Yang Fun Kepada Bencana

Kehadapan kawan-kawan single saya yang tertanya-tanya macam mana hidup dengan pasangan…

Dalam erti kata lain, saya cuba menunjukkan kepada anda realiti perkahwinan sebenar kerana lelaki dan wanita melakukan sesuatu perkara dengan cara berbeza. Saya bukan seorang pakar rumahtangga tetapi saya rasa terpanggil untuk berkongsi beberapa realiti dengan anda, yang masih menganggap bahawa perkahwinan dan kehidupan bersama pasangan itu segalanya indah belaka. Kerana malangnya, itu tidak semestinya berlaku.

Saya perlu menjelaskan bahawa entri ini tidak menggambarkan kehidupan peribadi saya. Sebaliknya ia ditulis berdasarkan bacaan am, pemerhatian, dan perkongsian dari kawan-kawan rapat saya, yang nampaknya sedang bergelut dengan perkahwinan mereka.

Baiklah, anda telah pun mengucap lafaz 'Aku terimah nikah', mengadakan majlis walimatul'urus, membuka bungkusan hadiah perkahwinan dan "salam cangkuk", berpindah ke rumah baru, dan di sinilah bermulanya kisah sebenar. Berikut adalah beberapa perkara yang boleh menjadi sukar jika anda enggan mengurangkan expectations anda dan sukar menerima diri pasangan anda yang sebenar:

1. Dekorasi rumah

Secara amnya, lelaki tak berapa kisah untuk memadankan tirai dengan sofa, membeli barangan kaca Corelle atau Noritake. Tetapi itu sama sekali berbeza buat si isteri. Rumah adalah seperti syurga wanita di bumi, jadi ia perlulah sempurna, sekurang-kurangnya pada mata si isteri. Ini mungkin boleh menimbulkan sedikit pertikaian kerana satu pihak mungkin mahu menjimatkan wang daripada membeli apa yang dianggap tidak perlu, tetapi pihak yang lagi satu inginkan sebaliknya.

IKLAN

2. Melancong

Ini adalah salah satu misconception terbesar tentang perkahwinan. Sesetengah orang menganggap perkahwinan sebagai tiket untuk pengembaraan halal dengan pasangan mereka. Logik sikit guys, mula-mula mesti susah untuk dapat travel sama-sama, kalau anda menjalani kehidupan normal bekerja 9-5 kerana kemungkinan anda harus membayar bil, kereta, rumah, dan berapa saja yang tinggal untuk travel? Mungkin masih boleh kalau anda seorang yang berjimat cermat. Tetapi macam mana kalau pasangan anda tidak? Backpacking mungkin dapat dilaksanakan walaupun anda tak ada banyak duit, tetapi jika isteri mahu menginap di hotel mewah dan bukan hostel, adakah anda masih boleh mengembara bersama-sama?

Kedua, lelaki melihat percutian berbeza daripada wanita. Katakanlah, si isteri mencadangkan untuk bercuti di Bangkok untuk merasai pengalaman naik TukTuk dan makan Tom Yam halal. Bila wanita biasanya melakukan perkara-perkara secara tidak langsung atau spontan, lelaki lebih memilih untuk merancang sesuatu. Isteri mungkin berfikir, "Okay saya tahu Tom Yam sedap di restoran ini dan itu" dan sedikit maklumat yang mencukupi untuk memulakan misinya. Tetapi bagi lelaki? Mereka ingin tahu koordinat GPS, waktu operasi, gaya perniagaan (bungkus atau makan di situ), nak naik apa, laluan mana, ada tol atau tidak… segala-galanya perlu diputuskan terlebih dahulu!

Isu ini memang serius kerana ia boleh mengubah sesuatu yang fun kepada bencana. Walaupun pasangan mahukan percutian yang dapat diingati dan penuh romantis, suasana tetap boleh menjadi tegang hanya disebabkan pilihan mereka yang berbeza ketika merancang percutian. Kalau kedua-dua anda berkongsi minat yang sama dan tak cerewet, lebih mudahlah untuk anda pergi bercuti. Travel gaya backpackers boleh, gaya mewah pun boleh.

IKLAN

3. Kerja rumah

Saya berpegang kepada prinsip bahawa suami dan isteri harus melakukan kerja rumah bersama-sama. Saya setuju dengan putaran kerja seperti mana kita dilatih untuk mengikut jadual tugasan ketika di sekolah. Konsepnya mudah, kita semua makan dan "membuang", kita bersihkan. Sudah berlalu zaman di mana lelaki menonton TV sambil menunggu Teh O dihidangkan, membiarkan isteri memasak, menjaga anak, dan membuat secawan Teh O untuk dirinya. Banyak cantik! Kalau suami nak Teh O, dia kena jaga anak-anak. Kalau nak Nasi Lemak, dia kena mandikan anak-anak atau bersihkan tong sampah semasa isteri memasak. Itulah asas kepada kerja berpasukan.

Tetapi dalam realiti kehidupan, anda mungkin berkahwin dengan orang yang hanya pulang ke rumah untuk makan, tidur, dan menonton TV. Kalau anda dah ada, jadikan ia sebagai satu cabaran. Anda perlu membiarkan pasangan anda mengambil beberapa tanggungjawab dan anda sendiri harus menerima hakikat bahawa anda tidak perlu melakukan segala-galanya seorang diri. Pemikiran tentang anda telah berkahwin dengan orang yang salah hanyalah bisikan syaitan yang ingin memusnahkan perkahwinan anda. Saya yakin anda boleh!

IKLAN

Buat Yang Bujang, Perkahwinan Itu Boleh Jadi Sesuatu Yang Fun Kepada Bencana

4. Tabiat buruk pasangan

Anda tak akan tahu sehingga anda duduk sebumbung bersama pasangan. Inilah masanya anda discover dengkurannya yang kuat, cara dia korek hidung, bila dia kentut, dia terlupa nak flush mangkuk tandas selepas "membuang", dan lebih buruk lagi, anda perlu hidup dengannya. Walaupun begitu, selain hidup dengannya, anda ada hak untuk menghalang pasangan anda daripada melakukan perkara-perkara buruk dan menjijikkan sekurang-kurangnya di hadapan anda. Atau anda boleh berbincang tentang perkara ini dan cari jalan penyelesaian. Mungkin boleh letak sticky note di dinding bilik air bertulis. "Dah flush ke belum? – Love, Suami" sebagai peringatan.

Niat saya menulis artikel ini bukan untuk menakutkan anda semua. Saya hanya cuba memberi gambaran terhadap apa yang mungkin berlaku selepas anda berkahwin. Jadi, anda boleh lebih bersiap sedia atau boleh juga bangkitkan isu-isu ini semasa dalam tempoh pertunangan. Adakah Islam membenarkan perbincangan sedemikian? Sudah tentu! Pertunangan adalah masa yang tepat untuk saling mengenali antara satu sama lain.

Harapan saya kepada mereka yang masih mencari atau sudah menemui, semoga berjaya dalam mengenali pasangan anda. Anda mungkin tidak tahu semuanya, tetapi sekurang-kurangnya dengan tulisan mudah ini, anda dapat melihat sekilas apa yang diharapkan daripada pasangan anda.

gambar hiasan : Tangkap Pictures

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI