Bila kita dah bersedia untuk berkahwin, maka secara tidak langsung kita perlu mempersiapkan diri untuk mula bertanggungjawab terhadap pasangan dan diri sendiri. Ada yang seakan tidak mahu melepaskan kesenangan tinggal bersama mak ayah dan ada juga yang takut untuk bina hidup sendiri.
Memang ada mak ayah yang tak kisah malah seronok bila anak-anak depan mata. Taklah terasa sunyi atau rindu jika mereka tiada. Tetapi mak ayah kena faham, anak-anak juga perlu bina keluarga mereka sendiri. Berikan mereka rasa susah senang hidup berumahtangga.
Sebagai anak pula, janganlah ambil kesempatan untuk sentiasa merasa senang. Apalah ertinya sebuah perkahwinan sekiranya hidup masih bergantung kepada mak ayah. Seperti yang dicoret Puan Suffiyah Ramadhani di laman Facebooknya, sebuah kebenaran memang pahit tapi itulah yang akan menjadi pengajaran.
***********************************************************************
Masyarakat kita rata2nya ada satu pemikiran – tak salah duduk rumah mak ayah even dah berkahwin.
Sebenarnya, sebelum nak berkahwin tu dah kena fikirkan, mana korang nak tinggal bila dah jadi suami isteri. Bukan bila dah kahwin, baru nak tercari2 mana nak tinggal dengan isteri. Ended up, duduk rumah mak ayah. Kalau anak seorang kita boleh faham lagi, sementara nak kukuhkan kewangan atau nak kumpul wang sedikit. Ini ada yang sampai anak 5 orang masih lagi bermaustatin secara tetap di situ.
Mak ayah ni tgk jugak. Ada yang dah tua2, mereka nak privacy juga. Mereka sebenarnya nak ketenangan beribadah. Bukan dibebani tugas menjaga cucu sementara ibu ayah mereka bekerja. Bukan nak kena hadap rumah berserak, dan anak2 sedang membesar dengan segala perangai nakalnya. Bukan ya.
Ada beza, bawa mak ayah tinggal sekali. Dengan tinggal sekali dgn mak ayah.
Dan ada beza, mereka yang masih single dan menjaga ibu ayah. Dengan mereka yang dah berkahwin dan beranak pinak, duduk sekali dgn mak ayah.
Kahwin bukan boleh tangkap muat. Teringin nak bernikah, mmg hasrat setiap manusia. Tapi bila dah bernikah, kenapa masih tak tahu berdikari.
Masyarakat kita tenat sebenarnya. Tak punya kemampuan membina keluarga dan akhirnya alasan tak mampu juga yang keluar. Tak mampu nak sediakan rumah, bukan semua mampu nak cari rumah sewa, tak mampu sebab tak bergaji besar. Dan ya, teringin nak kawen.
Duduk rumah mak ayah ni lebih banyak buruk dari baiknya. Dah ramai perempuan makan hati sebab suami paksa duduk dgn mak nya. Sebab mentua tak boleh terima cara menantu, dan menantu tk faham cara mentua. Lelaki pun ada yang tumpang rumah mak mentua zaman sekarang ni.
Dua2 akan sering berselisih faham sahaja. Dan suami, bertahun2 biarkan isteri duduk di situ, beranak berpantang di situ, besarkan anak di situ. Semua di situ, menunggu sampai rumah tu jadi harta warisan dia.
Lebih sedih lagi, bukan hanya mereka yang menumpang, tapi adik, kakak, abang, semualah ipar duai berebut2 rumah yang kecik. Ada 2-3 bilik, yg berkahwin ada lebih 2 pasangan. Mula la berebut bilik siapa, hak siapa, siapa nak beli makanan, siapa nak kemas rumah. Macam2 masalah akhirnya.
Tak ada privasi, privasi hanyalah bilik tidur. Itu pun ada yang berebut dengan ipar duai. Masalah aurat pun sering dipandang enteng. Dianggap remeh dan tk dijaga sepanjang kehidupan di sana. Sedih. Tambah menyesakkan, mak ayah tahu andai rumahtangga bermasalah. Jenis bergaduh berjerit pekik, lagi la susah.
Sebabnya itulah, anak2 yang dah dewasa yg dah nak sangat berkahwin ni mesti tahu sediakan rumah untuk isteri. Bukan guna alasan tak mampu nak sewakan rumah. Perkara ni salah, tapi dah jadi kebiasaan masyarakat. Kalau tak mampu,terus tinggal la rumah mak ayah, macamtu.
Bila ditegur, masing2 membantah. Macam2 alasan yang keluar. Tak mustahil ada mak ayah yang memang sedari awal tak izinkan anaknya berkahwin dgn lelaki yang memang plan nak duduk rumah mak ayah sampai ke mati. Mereka lebih memikirkan kebajikan anak mereka, dan mereka lebih faham hati org tua.
Jika memang ibu atau ayah tinggal sebatang kara, mungkin bolehlah duduk sekali. Demi nak jaga mereka. Tp lelaki kena betul2 tanya, kena betul2 pasti, apakah isteri redha atau selesa. Jika isteri tak redha, maka akan timbul masalah dan suami dikira berdosa sebenarnya. Kita tak boleh paksa isteri menjaga ibu dan ayah kita. Nak nikahi isteri, atau nak gajikan nurse sebenarnya. Wallahualam.
Kredit: Suffiyah Ramadhani
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI