Aura wajah adalah pancaran tenaga positif yang membuat seseorang kelihatan lebih menarik, yakin, dan menawan. Setiap wanita memiliki aura tersendiri, tetapi tidak semua tahu cara untuk membukanya. Bagi bakal pengantin, memiliki aura wajah yang berseri sangat penting kerana ia menambah keyakinan di hari bahagia. Mari kita lihat bagaimana anda boleh membuka dan mengekalkan wajah agar kecantikan luaran dan dalaman seimbang.
**media[450026]**
Cara Membuka Aura Wajah
Untuk membuka aura wajah, seseorang perlu menyingkirkan hal-hal negatif dan menggantinya dengan sikap serta amalan positif. Dalam kesibukan persiapan perkahwinan, tip berikut dapat membantu anda tampil lebih yakin dan berseri.
**media[450020]**
1. Cuci Wajah Setiap Pagi
Bangun pagi adalah waktu terbaik untuk membersihkan wajah dengan air suam. Lakukan dengan urutan lembut agar wajah terasa segar. Amalan ini bukan sahaja menjaga kebersihan kulit tetapi juga membantu membuka aura wajah sejak awal hari.
Ads
**media[450022]**
2. Urutan Lembut
Tenangkan otot wajah dengan urutan menggunakan pembersih atau pelembap yang sesuai. Bilas dengan kain suam beberapa kali, kemudian ulangi langkah ini 3–5 kali. Urutan lembut membantu peredaran darah menjadi lancar, menjadikan wajah lebih tenang dan berseri.
Ads
**media[450021]**
3. Bersenam
Senaman tidak perlu berat, cukup dilakukan dua kali seminggu untuk mengeluarkan peluh. Peluh membantu membuang toksin dari badan yang boleh menghalang aliran darah. Bila aliran darah lancar, aura wajah akan terserlah dengan lebih semula jadi.
Ads
**media[450024]**
4. Tidur & Istirahat Cukup
Waktu malam adalah masa terbaik untuk kulit berehat. Semasa tidur, kulit membuang sel mati dan menghasilkan sel baharu. Tidur yang cukup menjadikan kulit lebih anjal, mengurangkan bintik hitam, serta menampakkan aura wajah yang lebih segar setiap pagi.
**media[450025]**
5. Elak Sifat Negatif
Marah, iri hati, dan dendam boleh menutup aura positif. Sebaliknya, amalkan sikap ramah, murah senyum, dan lembut hati. Dengan membuang aura negatif, wajah akan memancarkan ketenangan dan keyakinan. Senyuman adalah kunci kecil untuk membuka aura wajah yang indah.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Doa merupakan senjata bagi umat Islam. Malah Al-Quran juga adalah sumber penawar baik daripada segi zahir mahupun batin. Justeru, sebagai suami isteri menjadi kewajipan suami untuk membimbing isteri dan keluarga mendekatkan diri dengan agama, selain menuntut apa yang disuruh dan meninggalkan apa yang dilarang sebagai senjata untuk miliki rumah tangga bahagia.
Suami isteri yang sedang berdepan dengan masalah elok menjadikan wirid dan doa Al-Mathurat ini sebagai amalan di waktu pagi dan petang. Bahkan banyak ganjaran untuk rumah tangga yang anda berdua boleh peroleh dengan mengamalkan Al-Mathurat. Pasti selepas anda sudah mengetahui ganjarannya, anda akan rasa sayang untuk meninggalkannya walaupun satu doa.
KELEBIHAN MENGAMALKAN AL-MATHURAT
1. Tidak dihampiri syaitan
2. Rumah dan keluarganya terselamat daripada perkara yang tidak diingini.
3. Allah mencukupkannya dengan apa yang sangat diperlukan dari segi urusan dunia dan akhirat.
4. Orang yang membacanya kemudian dia mati pada hari atau malam tersebut maka Allah akan menjamin untuknya syurga.
5. Selamat dari segala sesuatu.
6. Allah menyempurnakan nikmatnya ke atas orang yang membacanya.
7. Diredhai Allah SWT.
8. Tidak ada sesuatu yang mendatangkan mudarat ke atasnya.
9. Terhindar daripada syirik.
10. Selamat dari bisa atau sengatan semua makhluk yang beracun.
11. Dimudahkan menyelesaikan hutang-hutang.
12. Berhak untuk mendapat syafaat pada hari kiamat.
13. Membacanya di waktu pagi akan dipelihara Allah SWT hingga ke petang. Siapa yang membacanya di waktu petang akan dipelihara hingga ke waktu pagi.
14. Mengamalkannya umpama mengamalkan sunnah Rasulullah SAW dari sudut zikir dan berdoa, dan pelbagai lagi kelebihan.
AMALAN SUAMI ISTERI
Jika anda berada di sebelah suami yang sedang memandu, bacakanlah wirid dan doa harian ini. Biar suami di sebelah mendengar bacaan anda. Ikut tertibnya, jika perlu membaca tiga kali sehingga habis sebagaimana yang terkandung dalam buku Al Mathurat.
Ada bahagian wirid dan doa yang perlu diperhatikan dengan teliti terutamanya ketika membaca sebelah pagi atau petang. Ada beberapa bahagian ayat perlu diubah mengikut masa membacanya. (boleh rujuk buku Al Mathurat)
Sebaiknya, bacalah sampai doa terakhir dalam Al Mathurat. Kadangkala kerana ingin cepat, kita mengelak daripada membaca wirid dan doa ini sampai habis. Terjemahan doa ini sahaja membaca makna yang cukup besar dalam menyatukan hati-hati insan yang dekat dengan pengamalnya.
Andai anda sedang berselisih dengan suami atau isteri, bacalah doa akhir ini kerana ia mampu menyatukan hati, selain mengeratkan lagi hubungan kasih sayang antara pasangan malah anak-anak.
Agar hidup yang baharu dibina diberkati dan dilindungi, cuba ikhtiar dengan pendekatan Islam. Nescaya kehidupan sebagai suami dan isteri akan mendapat rahmat juga keberkatan daripada Allah SWT.
DOA AKHIR
“Ya Allah, menjelanglah kini malam (ciptaan)-Mu, beredarlah sudah siang-Mu, inilah keluhan suara dan pinta para du‘at-Mu. Maka oleh itu ampunkanlah dosaku. Ya Allah, engkau mengetahui bahawa hati-hati ini… (bayangkan wajah rakan seperjuangan) telah berkumpul kerana mengasihi-Mu, bertemu untuk mematuhi (perintah-Mu), bersatu memikul beban dakwah-Mu. Hati-hati ini telah mengikat janji setia mendaulat dan menyokong syariat-Mu. Maka eratkanlah Ya Allah ikatannya.
Kekalkan kemesraan antara hati-hati ini. Tunjukkanlah kepada hati-hati ini dengan pengetahuan sebenar tentang-Mu.
Jika engkau mentakdirkan mati maka matikanlah pemilik hati-hati ini sebagai para syuhada dalam perjuangan agama-Mu. Engkaulah sebaik-baik sandaran dan sebaik-baik penolong.
Ya Allah, perkenankanlah permintaan ini. Ya Allah restuilah dan sejahterakanlah junjungan kami (Nabi) Muhammad SAW, keluarga dan para sahabat baginda semuanya.”
* Ketika membaca doa ini, niatkanlah untuk suami/isteri dan jangan lupa menyebut namanya.
PENGERTIAN AL-MATHURAT
1. Al-Mathurat merupakan wirid dan doa harian yang diamalkan oleh Rasulullah SAW. Ia disusun dan dihimpunkan oleh al-Imam As-Syahid Hasan Al-Banna berdasar dalil-dalil sahih. Rasulullah SAW adalah orang yang paling mengetahui betapa besarnya ganjaran yang diperoleh daripada amalan doa dan wirid ini.
2. Terdapat dua jenis yang boleh dibaca iaitu Sughra dan Kubra. Andainya anda diburu waktu, sudah memadai membaca jenis Sughra kerana surah pilihan dan doanya lebih ringkas.
3. Wirid, doa, zikir dan istighfar dalam Al-Mathurat ini akan memantapkan jiwa di samping memiliki keutamaan dalam segala aspek kehidupan. Mendidik hati agar sentiasa merindui Ilahi, memberi kelapangan hidup dan kesihatan jasmani.
4. Bagi seorang Muslim masanya tidak berlalu begitu saja. Di kala pagi dan petang, dia sentiasa bertasbih, istighfar, tahmid dan berdoa kepada Allah SWT dengan zikir yang ma’thur (yang berasal daripada Nabi SAW).
5. Jika sesiapa mengamalkan zikir Al-Mathurat, anda akan merasakan perbezaannya dengan hari-hari yang tidak dimulakan dengan zikir Al-Mathurat. Begitulah kekuatan doa dan wirid dalam Al-Mathurat yang dianggap senjata orang mukmin.
Sumber: Iluvislam
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Hymenoplastry Surgery atau pembedahan membaik pulih selaput dara boleh dilakukan dengan mencantumkan semua bahagian-bahagian yang terkoyak sehingga menutupi semula bahagian pintu vagina.
Ia biasanya dilakukan oleh pakar sakit puan (gynaecologist). Prosedur ini biasanya mengambil masa selama 30 hingga 45 minit bergantung kepada jumlah jahitan yang diperlukan. Ia boleh dilakukan di dewan bedah sekiranya menggunakan bius (general anaesthesia) atau boleh dilakukan di klinik sahaja dengan menggunakan bius setempat (local anaesthesia).
Benang yang digunakan untuk prosedur ini akan mereput sendiri setelah beberapa minggu. Oleh itu, prosedur membuka jahitan tidak perlu dilakukan.
Sekiranya dilakukan dengan teliti oleh doktor yang berpengalaman, kesan parut hampir tidak kelihatan dan selaput dara akan kelihatan seperti ‘utuh’ semula. Selepas prosedur menjahit semula selaput dara, pesakit boleh kembali bekerja dalam beberapa hari dan biasanya luka akan sembuh sepenuhnya selepas enam minggu.
Hubungan kelamin boleh dilakukan enam hingga lapan minggu selepas prosedur tersebut. Selaput dara tersebut boleh terkoyak semula semasa hubungan kelamin. Hymenoplastry juga boleh dilakukan menggunakan kaedah laser oleh pakar bedah kosmetik atau pakar estetik.
Mengapa sesetengah wanita ingin melakukan pembedahan membaiki selaput dara yang koyak?
i. Dalam sesetengah masyarakat di negara timur tengah misalnya, wanita akan diperiksa selaput daranya untuk memastikan masih ‘dara’ sebelum majlis perkahwinan.
ii. Mangsa rogol aatau penderaan seksual mungkin terpaksa melakukan prosedur ini untuk mengembalikan keyakinan diri dan menghilangkan rasa bersalah yang menghantui persaan mereka.
iii. Wanita yang ingin berkahwin untuk kali kedua.
iv. Wanita yang daranya terkoyak sebelum berkahwin disebabkan penggunaan tampon, aktiviti lasak atau hubungan kelamin.
Kesimpulannya, perlulah berbincang dengan doktor untuk mendapatkan maklumat selanjutnya. Pastikan ia dibenarkan oleh hukum syara` dan kemudian pertimbangkan kesan jangka pendek dan panjang terhadap perkahwinan yang dibina.
Oleh: Dr Asmah Binti Mastor, Pakar Sakit Puan dan Perbidanan Hospital Pakar SALAM Shah Alam.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Pernah dengar tentang amalan diet dengan makan telur ? Diet telur rebus merupakan salah satu diet yang boleh diamalkan jika anda ingin menurunkan berat badan sehingga 10kg dalam masa dua minggu sahaja.
Ahli diet Jill Corlene menjelaskan telur adalah pilihan makanan terbaik dan sihat untuk sarapan kerana ianya membantu dalam proses penurunan berat badan. Ia mampu meningkatkan metabolisme tubuh dan membakar lemak dengan cepat. Paling penting, jika anda mengamalkan diet sihat lain selepas berhenti melakukan diet telur rebus, berat badan tidak akan meningkat mendadak.
Jadi apa tunggu lagi?
Ini cadangan menu sepanjang tempoh 2 minggu;
Isnin
Sarapan: 2 biji telur rebus dan 1 biji buah sitrus (oren / grapefruit)
Tengahari: 2 potong sweet potato dan 2 biji epal
Malam: 1 pinggan salad dan ayam panggang
Selasa
Sarapan: 2 biji telur rebus dan 1 biji buah sitrus (oren / grapefruit)
Tengahari: sayuran hijau dan salad ayam
Malam: sepinggan salad, sebiji oren dan 2 biji telur rebus
Rabu
Sarapan: 2 biji telur rebus dan 1 biji buah sitrus (oren / grapefruit)
Tengahari: 2 keping keju rendah lemak, 1 tomato dan 1 sweet potato
Malam: Salad dan ayam panggang
Khamis
Sarapan: 2 biji telur rebus dan 1 biji buah sitrus (oren / grapefruit)