Masuk bab hantaran, ramai yang dah bercadang unutk beli pelbagai jenis set untuk pasangan. Beli secara ala carte, lebih mahal berbanding pembelian satu set. Untuk bakal pengantin perempuan, anda tentu suka set kecantikan dan haruman berjenama tapi pada harga berpatutan.

 

TIPS MEMILIH BARANG HANTARAN

1) Anda perlu bincang dengan pasangan berapa dulang yang disediakan dan senarai barang hantaran kedua-dua belah pihak. Kalau boleh jangan bercadang nak buatkan kejutan untuk pasangan, silap hari bulan langsung si dia tak suka kejutan yang anda berikan. Bincang, pilih dan beli bersama-sama.

2) Tetapkan kombinasi jumlah barang hantaran kedua belah pihak, yang sedikit pihak lelaki dan lebih pihak perempuan, sebaiknya biarlah mengikut adat dengan angka ganjil. Jika perempuan 9 lelaki balas 7 la. – Ini sekadar contoh sahaja.

3) Jika boleh elakkan jumlah dulang hantaran yang terlalu banyak. Tetapi jika anda bercadang ingin memberi barangan yang banyak dan melebihi jumlah dulang yang dirancang, gandingkanlah barangan yang sesuai diletakkan dalam satu dulang. Sebagai contoh, Al-Quran+sejadah, Buah +coklat, Kasut+bag tangan).

4) Diingatkan dalam senarai barang hantaran perlu ada kelengkapan pakaian, set penjagaan diri, makanan, buah tangan (contoh pihak lelaki bagi sepasang baju kurung atau baju yang rasanya menutup aurat, kasut, beg tangan, set minyak wangi, kek, buah, coklat) setidak-tidaknya ada juga manisan atau buah tangan untuk ahli keluarga pengantin.. orang kata nak memikat si anak perlulah ambil hati keluarganya.

5) Semasa pemilihan barang anda kena sesuaikan dengan tray yang anda guna. Pastikan anda tahu saiz dulang jika tidak semua barang tak muat untuk digubah. Lebih menarik jika anda memilih dulang dari jenis yang sama untuk kesemua dulang hantaran.

6) Elakkan dari membeli barang-barang hantaran yang terlalu besar pasti sukar nak mengubahnya kerana kebanyakkan tray dalam saiz yang sederhana dan kecil. Contohnya pilihlah saiz beg tangan sederhana atau kecil.

7) Sireh junjung merupakan hantaran yang wajib bagi set hantaran pertunangan, anda juga boleh menggantikannya dengan tepak sireh. Untuk hantaran perkahwinan sireh junjung bukan lagi kemestian, terpulang pada anda tapi jika ada lebih baik.

IKLAN

8) Pilih warna barang hantaran anda mengikut tema warna hantaran. Ini penting untuk menampakkan keserasian warna dengan barang hantaran.

 

Coach x Sephora Collection yang menampilkan rekaan eksklusif dengan elemen dari inspirasi legacy dan free spirited attitude Coach bergabung dengan kepakaran dari jenama Sephora Collection. Bayangkan set edisi terhad ini menghiasi dulang hantaran untuk hari bahagia anda nanti.

 

Apa yang ada dalam koleksi edisi terhad ini?

 

  • Rexy Eyeshadow Palette

Inspirasi daripada fearless dan playful spirit Rexy, palet pembayang mata ini mengandungi campuran sempurna rona buttery matte gold metalik dan kilauan lembut yang sangat cantik!

IKLAN

Bukan Je Nampak Cantik, Hadiah Ni Sesuai Sangat Jadi Hantaran Kahwin!

 

  • Sharky Eyeshadow Palette

Inspirasi daripada Sharky mengandungi palet pembayang mata bold metalik dan rona lembut berkilauan.

Bukan Je Nampak Cantik, Hadiah Ni Sesuai Sangat Jadi Hantaran Kahwin!

 

  • Uni Face Palette

Diinspirasi daripada magisnya Uni, rona lembut dengan kilauan manja membawa solekan anda to the next level!

IKLAN

Bukan Je Nampak Cantik, Hadiah Ni Sesuai Sangat Jadi Hantaran Kahwin!

 

  • Tea Rose Brush Set

Set berus solekan 5 beradik ini menonjolkan maskot Coach dengan tea rose, simbol Coach Girl yang berjiwa wild feminine. Setiap berus direka dengan pemegang berkilau dan vegan serta bulu berus sintetik.

 

Tidak cukup dengan itu, Coach x Sephora Collection turut menampilkan Tea Rose Lip Gloss Set, Tea Rose Eye Masks dan Tea Rose Nail Set. Jadi, bolehlah belek website Sephora atau singgah ke mana-mana butik Sephora Malaysia.

 

 

 

 

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI