Normal gaduh suami isteri dalam rumah tangga, itulah pandangan pelakon jelita Fasha Sandha apabila disoal tentang hubungan dalam perkahwinan.
Fasha atau nama sebenarnya, Nur Fasha Sandha Hassan, 40, berkata, perkahwinannya dengan suami, Aidil Aziz, 37, ada pasang surutnya namun teman hidupnya itu seorang yang sangat senang dibawa berbincang.
Fasha Sandha Belum Gaduh Dengan Suami
“Tidak ingat bila kali terakhir kami gaduh, rasanya tahun ini belum gaduh lagi.
“Nak kata hubungan sempurna tidak juga. Setiap pasangan ada masam manis tetapi saya boleh katakan Aidil seorang yang sangat tenang.
Ads
“Tak logik pula kalau tidak gaduh, tetapi memang saya tidak ingat kerana setiap kali ada isu kami akan bincang bersama-sama,” katanya lagi.
Menurut Fasha lagi, biarpun perhubungan rumah tangganya belum begitu sempurna tetapi dia sering mendoakan perkahwinan mereka kekal selama-lamanya.
“Nak kata saya atau dia (suami) sempurna pun tidak boleh kerana pada saya perkahwinan adalah pinjaman malah kita tidak tahu akan kekal berapa lama.
Ads
“Saya selalu doakan pinjaman ini berkekalan hingga akhir hayat. Dalam satu hubungan tidak boleh janjikan apa-apa dan sentiasa bersifat positif,” ujarnya.
Sibuk Mana Pun Kerja, Tetap ‘Bertugas’ Untuk Suami Dan Anak
Dalam masa sama, dia tetap mendahulukan tanggungjawabnya sebagai isteri dan ibu supaya semuanya terjaga walau sesibuk mana tugas di luar.
Ads
“Paling penting sekali suami isteri tahu menghormati. Sebagai isteri pula sebesar atau setinggi mana, suami tetap di atas.
“Pastikan makan pakai semua tersedia walaupun sejak akhir-akhir ini, saya lebih sibuk. Saya tidak akan lupakan apa isteri (patut) lakukan.
“Saya juga akan pastikan ada ‘mood’ untuk suami dan anak-anak. Bukan nak kata sempurna atau wanita solehah tetapi saya cuba jadi isteri dan ibu baik,” jelasnya lagi.
Fasha dan Aidil berkahwin pada Mac 2019 dan hasil perkahwinan mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Aisha Amaira.
Sebelum ini, Fasha pernah mendirikan rumah tangga dengan Datuk Rizal Ashram Ramli atau Jejai dan dianugerahkan dua cahaya mata iaitu Putra Rayfal, 9, dan Putri Raysha Jemaima, 8.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Ini tips untuk jumpa bakal mentua, yang baru sahaja kenal dan kali pertama nak sembang kena cuba amalkan dan buat yang terbaik.
Menerusi perkongsian saudari Caca, beberapa perkara ini penting kalau anda nak disenangi semua pihak. Jemput hadam..
Tanya Kepada Pasangan Keluarga Tak Suka Topik Apa?
Setiap keluarga tentunya akan ada hal-hal tertentu yang sukar mereka toleransi. Politik? Bangun lewat? Rokok? Kalau anda tahu hal-hal yang mereka tak suka atau benci, mungkin hubungan akan menjadi lebih rapat.
Tunjukkan Wajah Gembira Bila Berjumpa
Ini adalah kesempatan untuk mengenali pasangan anda dan keluarganya. Maka, tunjukkan rasa gembira itu terhadap kesempatan yang diberikan. Hargai setiap perbuatan baik, beri senyuman dan tampil serapi yang mungkin.
Bersikap Cool & Natural
Perjumpaan ini bukan satu pertandingan. Tunjukkan diri anda yang sebenar, bersikap natural dan bertenang. Bukan bererti anda harus memaksa diri untuk senyum terus-terusan. Namun, janganlah pamerkan perangai tak elok seperti sendawa dengan kuat, pakai baju yang terdedah,maki hamun sana sini, atau merendah-rendahkan peranan suri rumah.
Biarkan Ibu Bapa Yang Tentukan Topik Perbualan
Bila berbual, kalau boleh biarkan mereka yang mulakan sesuatu topik. Tapi jangan cuma menjawab “ya’ atau ‘tidak’ saja.
Bersikap terbuka, tanya semula soalan pada mereka untuk menunjukkan anda juga tertarik mendengar pandangan mereka. Tanya dengan sopan dan avoid topik yang terlalu peribadi.
Sopan Derngan Orang Sekeliling
Be polite. Always. To everyone. Kalau anda dengan family dia berjumpa kat kedai makan, pastikan beradab pada pelayan yang menyambut dan melayan anda. Kalau ke rumah keluarga dia, pastikan sopan dengan orang dalam rumah itu. Jangan pula tunjukkan keramahan yang palsu.
Berpakaian Yang Sesuai
Tidak kira lelaki ke perempuan, pakaian biar nampak kemas. Dan elakkan perhiasan sarat sampai sakit mata.
Jangan Tunjuk Kemesraan
Jangan pernah sesekali menunjuk-nunjukkan betapa loving dan sweetnya korang berdua si hadapan keluarga si dia. Ingat, dunia ini bukan milik anda berdua.
Haaa… dapat sesuatu? Selepas ini kena yakin nak jumpa bakal mentua bila dah buat semua langkah di atas. Yang penting sopan dan anda berhak bahagia dengan si dia.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
JAKARTA – Kisah cinta seorang pemuda dengan tunangnya menjadi tular di media sosial Indonesia kerana mereka merupakan pengetua dan pelajar sebuah sekolah tahfiz, lapor portal Wolipop baru-baru ini. Lelaki tersebut, M. Fajrul Islam, 26, berkata, kisah cinta mereka bermula sekitar tahun 2019 apabila gambar Dila Santika, 19, menghiasi poster sekolah berkenaan.
“Sudah tentu saya memaparkan sikap profesional ketika berada di sekolah kerana Dila merupakan anak murid saya,” katanya.
Tambah Fajrul, Dila merupakan seorang pelajar yang cemerlang.
“Kebetulan, saya ada melatih Dila dan membantunya dalam persiapan pertandingan. Jadi, mungkin dari situ timbulnya persefahaman antara kami,” ujarnya.
Perasaan Fajrul kepada Dila mendapat restu pihak sekolah serta kedua-dua ibu bapa gadis itu. Fajrul lantas memberitahu hasratnya untuk memperisterikan Dila dan mereka terus bertunang.
“Kami akan berkahwin pada Mei ini sejurus selepas Hari Raya Aidilfitri. Doakan yang terbaik buat kami,” katanya. – AGENSI
Sumber: Kosmo
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Usahawan terkenal, Datuk Azril Mohd Radzi berkongsia berita gembira apabila ibunya, Wan Zaiton Megat Othman selamat bernikah dengan lelaki pilihannya, Baharom Othman, 67, di Shah Alam, Selangor.
“Alhamdulillah, di usia 64 tahun mak kembali menjadi pengantin baharu. Saya pandang yang baik-baik, Allah datangkan ujian, sebab Allah nak bagi yang lebih indah. Syukur percaturan Allah itu yang terbaik,” katanya.
Menurut Datuk Azril, suami ibunya itu adalah rakan sekampung di Kampung Felda Guar Napai, Kodiang, Kedah.
“Mak berkahwin pada 1981 sebelum bercerai pada 2019. Namun, sejak 2004 mak hidup berdikari selepas ayah kahwin lain. Tak pernah saya terfikir rumah tangga orang tua saya akan tersadai. Melihat mak bersedih masa-masa membesarkan anak-anak, bukan perkara mudah, hati manalah yang tak sama dukacita.
“Namun, yang lepas biarlah berlalu. Masa itu saya bangkit pujuk diri, tempoh itu jugalah saya berjuang nak ubah nasib diri, mak dan keluarga. Tahun lepas saya bawa mak menunaikan haji.
“Di Arafah dia berdoa jika masih ada jodoh buat dirinya, semoga pertemukan yang terbaik. Siapa sangka, balik dari haji, mak berjumpa semula dengan Uncle Baharom di Facebook.
“Kebetulan ketika itu Uncle juga baru kematian isteri lebih setahun lalu, sebelumnya selama lima tahun Uncle menjaga isterinya yang strok,” katanya.
Menurutnya yang juga anak ketiga daripada empat beradik, keputusan ibunya itu disambut baik termasuk anak-anak di pihak lelaki.
“Selepas tujuh bulan saling berhubung, barulah mereka ambil keputusan untuk berkahwin. Perancangan ini pun dibuat lebih kurang sebulan lalu. Keluarga kedua belah pihak berjumpa dan berbincang.
“Sebagai anak sudah tentu saya seronok. Sekurang-kurangnya mak dah ada teman. Jadi, kami anak-anak tak perlu risau sangat, lagi pula mak selalu cakap sunyi. Terpancar kegembiraan pada wajah mak.
“Mak masih sihat, dia tidak ada apa-apa sakit, Alhamdulillah. Mak memang duduk rumah saja, Uncle pun dah bersara dari Felda. Sekarang, mak dah ada teman. Lega dan tak perlu risau sangat,” katanya.
Beliau berkata, ibunya itu sudah mempunyai sembilan cucu dan sebelah lelaki memiliki lima cucu. Mereka sekeluarga merancang untuk pergi bercuti di United Kingdom bulan depan.