Nampaknya pengantin lelaki yang berusia bawah 18 tahun dan perempuan yang berusia bawah 16 tahun di Terengganu perlu menangguhkan dulu hajat untuk mendirikan masjid kerana kerajaan negeri Terengganu tetap melarang lelaki berusia bawah 18 tahun dan perempuan berusia bawah 16 tahun untuk berkahwin di negeri itu kecuali dengan kebenaran hakim syarie.

Terengganu larang lelaki bawah 18 tahun berkahwin
Had umur minimum untuk berkahwin bagi orang Islam di Terengganu kekal pada 18 tahun bagi lelaki dan 16 tahun bagi perempuan, seperti yang ditetapkan dalam Seksyen 8 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Terengganu) 2017.

Ketua Hakim Syarie Terengganu Wan Mohd Zakri Wan Mohd berkata bagaimanapun pihaknya tidak akan sewenang-wenangnya memberi kelulusan kepada permohonan untuk perkahwinan di bawah umur kecuali atas tiga faktor iaitu perempuan tersebut telah melahirkan anak, sedang mengandung atau pasangan tersebut telah terlanjur. Kelulusan diberi hanya untuk permohonan berdasarkan tiga faktor ini kerana ia mempunyai kesan kepada anak yang dikandung atau dilahirkan itu dari segi pewarisan harta, wali dan faraid.

IKLAN

Terengganu larang lelaki bawah 18 tahun berkahwinPesuruhjaya Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Terengganu (JHEAT), M Rozi Bidin berkata, seramai 61 pasangan lelaki dan perempuan berusia bawah 18 dan 16 tahun diberi kebenaran berkahwin sejak 2016. Katanya, perkahwinan pasangan itu diberi kebenaran secara bertulis oleh hakim syarie disebabkan beberapa keadaan.

“Bermula 2016 hingga tahun lalu, seramai 61 pasangan diluluskan oleh mahkamah syarie untuk diakad nikah.

IKLAN

Seramai 17 pasangan diakad nikah pada 2016, 2017 (16), 2018 (18), 2019 (18) dan masing-masing lima pasangan pada 2020 dan 2021, Difahamkan, seramai 320 perempuan berusia bawah 16 tahun dan 284 lelaki berusia bawah 18 tahun mengemukakan permohonan untuk berkahwin bermula 2016 hingga tahun lalu.

Terengganu larang lelaki bawah 18 tahun berkahwinBagaimanapun, hanya 61 pasangan diberi kebenaran untuk diakad nikah mengikut Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam 2017 oleh mahkamah syariah. Berdasarkan rekod dikeluarkan mahkamah syariah, ada antara perempuan berusia 13 tahun mengemukakan permohonan untuk berkahwin.

IKLAN

JHEAT hanya melakukan akad nikah pasangan lelaki berusia bawah 18 tahun dan perempuan berusia bawah 16 tahun selepas mendapat kebenaran daripada hakim syarie.Mengikut rekod Jabatan Kehakiman Syariah Terengganu, 444 permohonan untuk berkahwin bawah umur itu melibatkan seramai 522 kanak-kanak iaitu 155 pemohon berumur 17 tahun, 40 orang (16 tahun), 277 orang (15 tahun), 40 orang (14 tahun) dan 10 orang (13 tahun).

Sumber: hmetro.com.my

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI