Bila isteri tak pandai memasak, jangan marah dia…jangan hina dia…jangan kata dia tak guna…

Bukan semua perempuan “ready made” as pandai masak…ada yang dari tingkatan 1-5 tggal di asrama, sambung belajar lagi pun duduk asrama, habis belajar, dapat kerja, duduk rumah sewa…menu bujang = telur, maggie, masak air.

Bukan Semua Perempuan “Ready Made” Pandai Masak

Jadi peluang untuk belajar memasak dan bersilat didapur itu kurang…jarang2…Jangan letak expectation bahawa bila kita berkahwin, kita akan dapat isteri yang pandai memasak…

Saya dah 6 tahun berkahwin, 4 tahun pertama perkahwinan, memang makan luar atau tapau ja, sebab dua2 bekerja…bila ada anak kecik, lagi susah isteri nak memasak…anak merap dan sebagainya…tak apa, kita tapau je lauk dari luar, tak ada masalah…

IKLAN

Tapi bila isteri ada masa untuk masak, support dia, bagi semangat kat dia…bila dia hidangkan makanan yang dia masak, jangan terburu2 nak kritik, nak menghukum masakan dia…kalau hari2 dia masak, dia mungkin akan pakar…ini kadang2 sahaja…cuba rasa dahulu, kemudian cakap yang positif2, “kalau kurangkan sikit garam, ok dah” , atau “kena tumis bagi lama skit ni, srbab tak pecah minyak lagi ni”… Bagi input…bukan kutuk…

Sampai sekarang, isteri dah jadi surirumah sepenuh masa, dia pakar masak ayam masak merah sahaja, which is lauk feveret saya…yang lain2, dia google, dia belajar dan dia cuba buat…sampai satu tahap saya cakap, “jangan masak pelik2 boleh tak, buat je setakat yang tahu, kalau telor, telor la…no problem…”

IKLAN

Bukan Semua Perempuan “Ready Made” Pandai Masak

Orang perempuan, dia nak tackle perut suami, dia cuba pelbagaikan masakan dia. Kalau jadi, ok…kalau tak jadi, punggah…kita ni pulak bahan ujikaji dia…tak semua pompuan ada skill dalam memasak, ada yang jenis baling2, lempar2 dalam kuali, then siap pastu sedap…ada yang bila kata letak garam secukup rasa, tapi berkali2 dia letak sebab dia rasa tak cukup lagi…sampai dekat kita, masin berdengung…

IKLAN

Jangan anggap isteri yang tak pandai memasak itu tak guna atau sebagainya…bukan semua pompuan pandai memasak, bagi galakan, bagi tunjuk ajar, support dia, insya ALLAH satu hari nanti dia akan pandai memasak…sama macam kita yang lelaki ni, bukan semua lelaki tahu buat kerja rumah…lipat baju pun senget…

Sebab tu perkahwinan kena saling melengkapi antara satu sama lain…masing2 datang dengan kekurangan dan kelemahan…jangan cari salah pasangan, tapi sebaiknya tutup salah tu dengan kelebihan yang ada pada kita…

Semoga bermanfaat…Insya ALLAH

————————
Penulisan Firdaus Syakirin

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI