Bunga Rampai Lengkapi Dulang Hantaran

Share

Bagi memenuhi dulang hantaran, bunga rampai digubah indah sebagai pemberian kepada bakal pengantin. Bunga rampai menghadirkan aroma harum dan segar di sesuatu majlis yang diadakan. Ia juga satu terapi khusus kepada majlis persandingan dan amat baik diletakkan di dalam bilik pengantin.

Bunga rampai adalah hasil adunan beberapa jenis bunga terpilih dan daun pandan yang di hiris halus serta digaul dengan minyak wangi.Bunga rampai merupakan bunga yang dihiris halus, beserta daun pandan.  Ianya juga digunakan semasa majlis merenjis atau tepung tawar di pelamin

Bahan-bahan untuk membuat bunga rampai:

  • kelopak bunga mawar pelbagai warna, bunga melur, bunga jenjarum, bunga kekwa dan pelbagai bunga yang ada
  • daun pandan
  • daun limau perut – ia menambahkan aroma pada bunga rampai
  • pachovali- pewangi bunga boleh dibeli jer dekat Maidin.
  • air mawar
pic-pinterest
pic-pinterest
pic- pinterest
pic-pinterest
pic-pinterest
pic-pinterest
pic-pinterest
IKLAN