Bunga Telur, Masih Ada Yang Buat Tak?

Share

Selain door gift, bunga telur juga sering diberi kepada tetamu yang menghadiri majlis perkahwinan. Ianya adalah tradisi sejak dahulu lagi dan masih digunakan hingga ke hari ini. Bunga telur juga menjadi door gift yang popular kerana ia tidak menelan kos perbelanjaan yang sangat tinggi dan ianya mudah dibuat. Hiasan dan corak bunga telur boleh dipilih mengikut kesusaian dan kerativiti anda mengikut cita rasa sendiri.

Tapi, sejak dua menjak ini bunga telur dilihat jarang di beri kepada tetamu kerana Ia adalah simbolik dalam majlis perkahwinan melayu. Terdapat pelbagai jenis bunga telur boleh didapati seperti bunga telur bertangkai ataupun tidak.

Warna corak pastel di gabungankan dalam satu gubahan menjadikan ia Nampak lembut dan tenang. Sesuai sekali dipadankan dengan tema pastel pada hari perkahwinan anda.

 

 

Pembalut telur dihiasi dengan kertas dan reben kemudian dipadankan dengan pelbagai campuran warna. Bunga telur ini seakan bentuk gula-gula yang semestinya Nampak unik dan kreatif untuk tetamu.

 

 

Sekuntum bunga pahar rose merah jambu yang digabungkan bersama reben yang kini dah jadi trend sekarang. Memang cantik dan simple yang pasti disukai tetamu.

 

 

Yang ini memang kreatif sebab telur bunga ini di perbuat daripada wang ringgit Malaysia yang kemudiannya di olah menjadi bentuk bunga beserta dengan gubagan daun dan bunga putih. Kebiasaannya ia diberi oleh tetamu yang rapat dan terdekat sahaja. Iyelah Siapa sahaja tidak mahukan duit kan.

 

 

Ini adalah bunga telur gantung yang digabungkan dengan 3 tona warna yang berbeza. Gubahan bunga telur sebegini tidak memerlukan duit yang banyak dan ianya amat mudah dan jimat.

 

 

Bunga pahar tiruan bersama tempat letak telur aluminium digabung dalam satu gubahan yang memberi hasil yang menarik dan nampak elegan dan mahal. Pasti tetamu akan menyukainya.

 

Semuanya cantik-cantik belaka !

IKLAN