Kemeriahan penyatuan dua jiwa turut dipersembahkan pemberian hantaran yang dihias indah. Mencipta tema penuh romantis, bunga-bungaan rona ungu dan putih diadun mesra mencipta tarikan yang tersendiri.
Tip:
1. Kemewahan ukiran dulang berkaki tampak begitu eksklusif.
2. Bunga segar yang digunakan menambah kecantikan rekaan gubahan hantaran ini.
3. Dulang rona silver menambah gaya mewah gubahan yang dipersembahkan.
4. Peletakan barangan hantaran yang bersesuaian menjadikan ia mudah dibawa.
Ads
Ads
Ads
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Sesetengah orang suka ada ruang dapur basah, maklumlah bahagian ini akan menjadi tempat bahagia seorang isteri ‘beraksi’ untuk penuhkan kehendak anak-anak dan pasangannya.
Jadi bila dapur kemas dan cantik, ini membuatkan mood untuk memasak semakin ‘tebal’.
Ditambah pula jika anak-anak dan suami jenis yang sentiasa menagih air tangan ibu atau isteri.
Cantik Dapur Basah Memey Suhaiza, Pandai Hias Ala Taman!
Bagi yang mengenali pelakon dan juga usahawan, Memey Suhaiza pasti sudah mengetahui, ibu kepada tiga cahaya mata itu juga sangat minat dan rajin berkongsi menu masakan.
Ada sahaja menu yang disediakan meraih perhatian ramai. Selain kelihatan sedap dan menyelerakan, pengusaha tudung Normey itu juga rajin menyediakan menu sihat.
Lebih-lebih buat suaminya, Norman Hakim yang juga pelakon yang sangat menitikberatkan pemakanan sihat.
Terbaharu, beliau memuat naik sepotong video yang memaparkan ruang kediaman miliknya. Malah, beliau turut menunjukkan ruang dapur basah miliknya.
Dapur Konsep Ala Taman
Cukup ringkas namun sedap mata memandang. Berkonsepkan ala-ala tepi taman, ruang dapur yang terletak di luar kediaman kelihatan menarik dengan keindahan ala taman memang akan membuatkan mood memasak pun berkobar-kobar.
Sambil menyediakan hidangan buat keluarga, hati pun rasa tenang dan selesa, sambil memandang kehijauan pokok-pokok yang menjadi pilihan Memey.
Rata-rata warga maya memuji kerajinan dan kreativiti yang ada pada pemilik nama sebenar Suhaiza Suhaimi itu.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Perkahwinan ‘autumn’ atau musim luruh, jarang sekali dibuat. Mungkin anda dan pasangan boleh lakukannya pada majlis anda akan datang? Ia boleh menjadi sangat menarik dan unik!
Musim luruh yang di hiasi dengan daun-daun dan pokonya pasti membuatkan anda suka kepadanya. Mari kita lihat beberapa idea menghias Autumn yang mengagumkan di bawah.
bunga di tepi-tepi pelamin menaikkan lagi keindahan perkahwinan musim luruh anda.
Foto : IG ciptaprojects
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!