
Cabaran eat clean. Target 30 hari lost 10kg.
Wahai semua bakal pengantin sila follow menu diet yang diberikan ini, mana tahu sebulan je anda dah boleh turunkan berat badan. Jom istiqamah dalam berdiet!
Nasi makan segenggam sekali je sehari
Pagi wajib breakfast 7am-9am
Snacking 11am & 5pm
Lunch 12pm – 2pm
Malam last makan 7pm
Air secukupnya (25kg : 1liter air)
Sarapan
Roti gardenia wholemeal color purple atau hijau tu dengan peanut butter no sugar atau dengan tuna water. Atau hanya telur 2 biji rebus/ half boiled/ goreng telur mata/ scrambled tanpa minyak.
If nak minum air sejuk minum air kosong sahaja.. air manis stop terus.
Doktor suggest 1L for every 25kg of body weight tapi nak turun cepat perlukan air kosong yang banyak sebab air kosong ZERO kalori.. sebelum makan apa2 minum air masak dlu. Lepas makan pon mnum air masak. Inshallah tak lapar sampai esok ?
Snacking
Makan buah. Epal/pear/jambu. Takpun boleh ambek kacang yg unsalted. Badam or gajus. Pisang n peanut butter no sugar pon boleh
Kalau makan brown rice? Lagi cepat turun berat badan.
Nasi putih carb and kanji tinggi but kalau senaman/ jogg boleh juga turun berat badan.
Nak turun cepat takleh makan makanan berkuah. Kuah tinggi kalori.
Kadang2 timbang memang lambat turun tp badan reshape.
Control makan tapi boleh buat tabata 2x seminggu.
Pemilik gambar dan caption :
Twitter (@cenyyyy): https://twitter.com/cenyyyy?s=08
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
90% Ibu Mengandung Yang Bersenam, Mesti Mudah Nak Bersalin

TERDAPAT banyak jenis senaman yang boleh dilakukan ibu yang sedang menghitung hari untuk bersalin. Walaupun dalam keadaan sarat, ibu digalakkan bergerak aktif supaya tubuh sentiasa dalam keadaan cergas, kuat dan bertenaga.
Selain mengerjakan rutin di rumah, senaman ringan yang boleh mengeluarkan sedikit peluh juga boleh dilakukan ketika lapang. Ajak suami atau teman untuk ikut serta jika beriadah di taman.
Penting diingatkan supaya ibu tidak bersenam secara berlebihan dan minum air secukupnya. Berhentilah sekiranya tubuh berasa penat, tidak selesa atau berlaku pendarahan.
Berikut lima jenis senaman yang boleh lakukan di rumah atau di taman. Gerakan yang dikongsikan my.theasianparent.com ini antara yang bagus untuk memudahkan proses bersalin.
1. Angkat punggung ke atas
Senaman untuk mudah bersalin pertama adalah mengangkat punggung ke atas. Ia mampu melatih dan menguatkan otot-otot dasar pinggul yang membuatkan proses kelahiran bayi menjadi mudah. Gerakan ini boleh dilakukan sambil berbaring. Lakukan selama tiga ke 10 minit. Ulang empat kali sehari.
2. Berjalan
Ini senaman paling mudah. Ramai pakar menyarankan supaya ibu lebih kerap berjalan kaki apabila usia kandungan mencecah trimester ketiga. Senaman ini dipercayai membantu merangsang bukaan pintu rahim lebih cepat, sekali gus menjadikan proses bersalin lebih mudah.
Lakukan senaman berjalan kaki ini sekerap mungkin kerana ia mampu membantu bayi masuk ke laluan keluar atau ke pintu servik.
3. Duduk mencangkung
Dalam keadaan tubuh yang relaks, berdiri tegak dan buka kaki dalam posisi yang selesa. Pastikan punggung diluruskan dan turunkan badan secara perlahan-lahan sehingga dalam kedudukan mencangkung.
Kemudian, tahan kira-kira 10 saat dan kembali duduk ke posisi asal. Ulangi senaman dan gerakan ini untuk membantu menguatkan otot paha dan pinggul.
4. Mengiring badan ke kiri dan ke kanan
Langkah seterusnya, ibu boleh mengiringkan badan ke sebelah kiri dan kanan. Latihan ini berupaya membantu meningkatkan kekuatan otot perut dan meredakan sakit pinggang, terutama ketika kandungan sudah mencapai trimester ketiga.
Mulakan dengan posisi merangkak dengan kepala sebaris punggung. Angkat kepala ke atas dan tahan nafas serta hembus perlahan-lahan. Senaman ini boleh dilakukan secara santai dan diulangi beberapa kali.
5. Duduk dalam posisi yoga
Posisi ini dipanggil sebagai kupu-kupu dalam senaman yoga, di mana aktiviti senaman ini dilakukan sambil duduk di lantai dan punggung lurus ke dinding.
Seterusnya kedua telapak kaki menyentuh rapat dan lutut pula menyentuh lantai. Kebaikannya untuk melatih otot paha dari menghilangkan tekanan punggung kala ibu sedang mengandung.
Senaman boleh dilakukan 10 hingga 20 kali sehari.
Pastikan ibu tidak melakukan aktiviti senaman lasak yang lain kerana bimbang terlalu penat sehingga mendatangkan tekanan kepada bayi dalam kandungan.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Tiada Angin Tiada Ribut Tiba-Tiba Berpisah? Ketahui 5 Faktor Ini Yang Mendorong Kepada Perpisahan

Dalam kehidupan berumah tangga ada pasang surutnya. Untuk suami dan isteri adalah penting dalam mengekalkan hubungan yang baik kerana anda akan membina keluarga bersama.
Pernah tak anda melihat pasangan yang seperti tiada apa masalah yang berlaku tiba-tiba anda dapat tahu mereka sudah bercerai. Malah, orang sekeliling juga merasa sayang dengan perhubungan tersebut.
Banyak faktor sebenarnya yang boleh menyebabkan perkara ini berlaku. Mungkin ini antara sebabnya.
1. Jadi orang lain untuk pasangan
Jika kita tersalah langkah untuk memberi kebahagiaan kepada pasangan kita seolah-olah telah menjadi orang lain untuk pasangan kita. Sememangnya kita mahu mengembirakan pasangan tidak kira sebelum mahupun selepas berkahwin. Akhirnya diri anda menjadi plastik untuk dirinya.
2. Sentiasa menurut kata-kata pasangan
Perkara ini akan terjadi apabila kita terlalu mengikut kata-kata pasangan kita sahaja. Apa yang disuruh itulah yang dibuat. Sebenarnya boleh sahaja ikutkan kata-kata mereka tetapi haruslah yang mendatangkan faedah dan kebaikan. Jangan pula terlalu mengikut sehingga boleh mendatangkan keburukan kepada anda dan untuk kesenangan dirinya sahaja. Bahaya.
3. Tidak berbincang mengenai masalah
Walaupun ada sesetengah pasangan nampak seperti sempurna dan tiada apa yang berlaku namun siapa sangka disebalik rumah tangga mereka penuh dengan kekurangan. Sebab itu pentingnya komunikasi dan perlunya perbincangan sekiranya anda berdua menghadapi masalah.
4. Sentiasa menghindari masalah
Bila kita hanya menurut kata-kata pasangan itu bermakna sebenarnya kita mahu menghindari daripada masalah. Jangan terlalu mahukan hubungan yang sempurna sehingga tidak mahu ada masalah. Mana ada hubungan yang tiada masalah, semua ada. Jadi jangan lari dari masalah.
5. Terlalu bersangka baik terhadap pasangan
Hal ini pun sering terjadi kerana terlalu bersangka baik dengan pasangan. Sehingga curang dengan anda pun masih tidak tahu! Berpada-padalah jika anda terlalu ingin bersangka baik dengan pasangan.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Elak 6 Larangan Ini Agar Majlis Kahwin Dapat Keberkatan Dari Allah S.W.T

Isi Kandungan
ToggleApabila pasangan sudah bersetuju untuk melangkah ke fasa perkahwinan ia suatu niat yang baik dan dituntut. Perkahwinan adalah institusi yang menemukan pasangan dan rakan kongsi hidup yang sehati dan sejiwa untuk sama-sama mengharungi segala suka dan duka erti kehidupan
Meraikan perkahwinan juga merupakan satu perkara mulia yang dituntut oleh agama dan fitrah. Namun harus diteliti, bagaimana sesebuah majlis perkahwinan mendapat keberkatan dan redha Allah s.w.t dengan menjauhkan perkara-perkara terlarang.
Antara beberapa larangan dalam majlis walimatulurus adalah:
1 – Tidak Terikut Seperti Upacara Perkahwinan Agama Lain
Sebagai perkahwinan yang menuntut keberkatan Allah, jauhilah perkahwinan yang dalamnya terdapat perkara-perkara terlarang. Begitu juga sesebuah perkahwinan yang mencampuradukkan budaya dan agama yang bertentangan dengan Islam.
Dalam hal bersanding, ianya dibolehkan jika hanya disaksikan oleh saudara mara dan mahramnya dan tidak bersandingan di atas pelamin dan diiringi dengan upacara tepung tawar dan sebagainya.
Firman Allah s.w.t yang bermaksud:
“Janganlah menampakkan perhiasannya kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka, atau putera-putera suami mereka, atau saudara-saudara lelaki mereka, atau putera-putera saudara lelaki mereka, atau putera-putera saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita islam, atau hamba yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan laki-laki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita. dan janganlah mereka memukulkan kakinya agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, Hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung.”Surah an-Nur:31
2 – Tidak Bercampur-Aduk Antara Lelaki Dan Perempuan
Percampuran lelaki yang dimaksudkan adalah perhimpunan yang boleh berlakunya pergeseran tubuh antara lelaki dan perempuan. Sebaiknya asingkanlah tempat berkumpul antara kaum lelaki dan wanita agar tidak berlaku percampuran.
3 – Tidak Bermegah-Megah Dan Bertujuan Membangga Diri
Bermegah dan membangga diri sangat dilarang dalam apapun perkara dan perbuatan. Menurut Imam al-Ghazali;
“seseorang yang bermegah-megah sebenarnya telah melakukan syirik khafi terhadap Allah dan tidak akan masuk ke dalam syurga.”
Dalam hal perkahwinan, selalu kelihatan perbuatan berlumba-lumba dan bersikap riak dalam membuat majlis secara besar-besaran, walaupun terkadang majlis tersebut di luar kemampuan mereka. Jauhilah mengadakan majlis dengan tujuan ini.
4 – Elakkan Pembaziran
Pembaziran sering berlaku dalam pelbagai aspek, teutamanya dalam kewangan dan makanan. Ramai pasangan pengantin hari ini yang mengutamakan set pelamin, sesi bergambar, set hantaran yang mahal dan mewah, upah mekap dan sebagainya.
Ini juga menyebabkan terabainya perkara utama yang sepatutnya lebih dipentingkan, menyediakan makanan yang mencukupi, melayani tetamu yang hadir, solat fardu dan sebagainya.
“Dan janganlah kamu berlebih-lebihan, sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang berlebih-lebihan.”Surah al-A’raaf:31
5 – Membuka Aurat Dan Berlebihan Dalam Berhias
Perbuatan inilah yang paling dirisaukan kerana semakin banyak berlaku dalam kalangan pasangan yang berkahwin, terutamanya kaum wanita. Kadang-kadang terdapat wanita yang asalnya bertudung dan menutup aurat, tetapi mengenakan pakaian yang menampakkan aurat pada hari perkahwinannya.
Selain itu, sudah sinonim para pengantin wanita untuk mencukur kening dan memakai rambut palsu bagi kelihatan lebih cantik. Hal itu sebenarnya sangat dimurkai Allah. Ini termasuklah baju pengantin yang jarang, menampakan tubuh, dan singkat. Allah s.w.t berfirman:
“Hendaklah mereka (wanita yang beriman) menahan pandangan dan kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka mengenakan khimar dengan melabuhkan ke atas dadanya, dan janganlah dia menampakkan perhiasannya (aurat)… (kecuali kepada mahram mereka).”Surah an-Nuur 24:31
6 – Sesi Nyanyian Dan Muzik
Sesi menyanyi (karaoke) dan bunyian muzik juga antara aktivit yang sangat popular dalam majlis-majlis perkahwinan masyarakat Islam hari ini. Sehinggakan majlis yang tidak ada bunyian dan muzik pula amat sukar ditemukan.
Tidak apa sekiranya nyanyian tersebut adalah zikir dan nasyid yang mengingatkan manusia ke arah kebaikan. Yang dibimbangkan adalah nyanyian yang melalaikan, lebih risau jika ada nyanyian dari golongan wanita yang menjadi tumpuan para lelaki.
Oleh itu, jika perkara-pekara seperti ini dalam majlis walimatulurus yang kita jalankan, tinggalkanlah. Pernikahan yang baik mulakanlah dengan sesuatu yang baik juga.
Jangan disebabkan pelanggaran batas-batas syarak semasa diadakan majlis walimatulurus hingga Allah s.w.t tidak memberkati dan meredai majlis tersebut.
Sumber: https://tazkirah.net
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI