Bila jodoh belum sampai, mulalah salahkan takdir Allah. Pernah tak cermin diri sendiri kenapa jodoh itu tidak mendekati. Pernah tak kita cuba mengenali siapa wanita itu, mendalami perasaan seorang wanita atau paling mudah, memahami tingkah laku seorang wanita.
Tak perlu pergi jauh sampai hendak menjalinkan hubungan cinta dengan seseorang untuk mengenali mereka. Perhatikan sahaja mak kita atau adik beradik perempuan yang ada. Macam mana mereka berfikir, bagaimana isi hati mereka dan sebagainya.
Bila anda dah tahu, barulah cuba untuk mendekati wanita dengan niat untuk berumahtangga. Anda pasti lebih tahu bagaimana ‘mencuri’ hati mereka. Seperti perkongsian Afifah Alwi ini, mengenali wanita sikit-sikit lebih baik dari tidak tahu langsung tentang mereka.
Kalau ada yang bertanya tentang perempuan, jawablah ni. Paling tidak pun, mereka boleh faham sikit-sikit perangai perempuan walaupun bukan keseluruhan.
1.Perempuan ni makhluk paling setia berbanding lelaki.Tidak akan wujud 2 nama dalam satu hati bila namanya perempuan. Sungguh.
2.Perempuan ni mudah jatuh cinta. Orang tanya khabar sikit, dia dah rasa dia lah wanita paling bertuah, korang sebagai tetamu hati dia, bagilah tahu, takderlah nanti dia tersilap hidang antara kopi dan hati. Aaa gitew.
3.Perempuan ni bila dia suka yang dia tahu adalah memiliki.
4.Perempuan ni bila dia terluka kerana cinta, dia akan jadi orang baru yang korang takkan sangka. Perubahannya akan ketara, yang dulunya lembut kini sudah kasar wataknya. Jangan ditanya kenapa dia berubah, tapi cubalah tanya, siapa yang merubah dirinya.
5. Kebanyakkan perempuan ni selalu mendahulukan emosi daripada akalnya. Tetapi, masih wujud perempuan yang mendahulukan akal daripada emosinya apabila dia memilih ilmu sebagai makanan jiwanya.
6.Perempuan ini boleh dinasihati dengan teladan bukan kata-kata penghinaan. Cubalah dahulukan tindakan sebelum tengkingan, kamu akan nampak perubahan.
7.Perempuan ini memang lemah fizikalnya tetapi kuat jiwanya. Sungguh.
8.Perempuan ini bila dia suka dia akan pertahankan, tetapi bila dia sudah mula tawar hati, dia akan mula tinggalkan.Hati-hati nah.
Bercakap tentang perempuan itu tidak akan pernah habis, sejenis makhluk Tuhan yang tidak akan pernah dewasa walaupun sudah dimamah usia. Bila korang baca semua fakta di atas, korang akan faham ni.
“Memahami perempuan itu tidak semudah membaca teori, tetapi perlu kesabaran yang tinggi.”
Hahahaha. Maafin kami!
Perempuan tu unik bukan bebanan.
Bila dah mulai mengenali dan ada keyakinan untuk menghampiri alam rumahtangga, cubalah untuk mendekati wanita. Tidaklah dijanjikan anda terus dapat tackle hati mereka dan berjaya. Sekurang-kurangnya anda mencuba kan?
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI