
Sungguh meriah ketiga-tiga majlis perkahwinan antara pelakon Mira Filzah dan jejaka pilihan hatinya Wan Emir Astar bulan lalu.

Mengambil inisiatif untuk merahsiakan majlis risik dan pertunangan, pengacara program Nona tersebut baru-baru ini telah memuat naik beberapa foto hantaran yang diberi kepada suaminya. Siapa sangka hantaran yang diberi itu sebenarnya adalah hasil sentuhan daripada neneknya sendiri dipanggil Opah yang berusia 81 tahun pada 2020.
Menariknya tentang hantaran tersebut, kesemuanya adalah manisan dan dibuat penuh ikhlas daripada Opahnya yang bernama Yun Abdul Rahman. Menerusi Instagram Story Mira juga, beliau turut berkongsi cerita di mana Opah sebenarnya sudah bersara daripada bidang berkenaan, namun masih berusaha untuk membuat kek untuk cucunya pada hari perkahwinan Mira dan Wan Emir.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Hilangkan Jerawat Dengan Cara Ini Sebelum Majlis Perkahwinan Anda!

Oh no, pernah tak anda membayangkan sesuatu yang tidak diingini muncul secara tiba-tiba pada majlis anda? Ya, jerawat adalah salah satu punca yang membuatkan kadangkala kita berasa rendah diri dan tidak berkeyakinan lebih-lebih lagi jika ia muncul beberapa hari sebelum majlis perkahwinan anda. Rungsing sangat.
Untuk itu, kami ada cara yang mudah dan semulajadi bagi anda untuk hilangkan jerawat. Tak perlu bersusah payah lagi berhabiskan duit di kedai kecantikkan. Jom kita lihat.
1. Tomato
Hiris tomato sehingga menjadi dua bahagian, kemudian sapukan ke tempat wajah yang berjerawat. Selepas itu, biarkan selama 15 minit hingga 1 jam. Kemudian bilas. Untuk perawatan dari dalam, anda juga digalakkan memakannya selalu.
2. Bawang Putih
Selain digunakan untuk keperluan memasak, bawang putih juga memiliki khasiat yang amat besar untuk menghilangkan jerawat. Caranya, tumbuk bawang putih secukupnya hingga halus dan sapukan pada wajah yang berjerawat. Biarkan selama 10 minit dan bilas.
3. Putih Telur
Asingkan putih telur dan kuning telur hingga keduanya terpisah. Ambil putih telurnya sahaja, kacau sekejap kemudian sapukan pada wajah. Biarkan selama 15 minit.
4. Lidah Buaya
Lidah buaya atau aloe vera sangat tinggi khasiatnya, ia mampu merawat pelbagai lagi penyebab. Potong lidah buaya pada bahagian tengah dan kupaskan kulit lidah buaya pada bahagian luarnya. Kemudian gosokkan pada wajah yang terkena jerawat dan selama 15 minit. Kemudian bilas hingga bersih.
In shaa allah ia boleh menghilangkan jerawat anda dalam masa yang singkat. Share ok
Sumber : Pinterest
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Resepi Sotong Masak Hitam Ala Mamak Kegemaran Suami

Isi Kandungan
ToggleBosan makan lauk Sambal Sotong? Nah.. Cuba masak menu Sotong Masak Hitam pula. Tapi ni hitam bukan sebarangan ya. Tak guna dakwat sotong pun. Menurut empunya resipi Puan Rabiatun Adawyah Mohamed Din nak masak menu ni pun mudah dan rasanya tak mengecewakan. Jadi buat para suri rumah anda boleh belajar resepi ini dengan mengikut cara berikut.
SOTONG MASAK HITAM MAMAK STYLE
BAHAN-BAHAN:
1kg sotong
1 sudu kecil serbuk ketumbar (*)
1 sudu kecil serbuk jintan manis (*)
1 sudu kecil lada sulah (*)
1 sudu besar serbuk cili (*)
1 sudu kecil serbuk kunyit (*)
1 batang serai – dititik
3 tangkai daun kari
1-2 biji tomato – belah wedges
1 sudu kecil pes @ halia tumbuk
1 sudu kecil pes @ bawang putih tumbuk
1-3 batang cili merah & hijau – dihiris
3 labu bawang besar – dihiris
3 sudu besar kicap pekat (anggaran)
1 batang kulit kayu manis
1 kuntum bunga lawang
Minyak untuk menumis
Garam secukup rasa & secubit gula
Sedikit pes asam jawa
CARA MEMASAK:
Bersihkan sotong dan toskan. Kemudian perap dengan kicap pekat, daun kari (yang diramas atau boleh juga dikisar) danbahan bertanda (*) selama 30 minit.
Panaskan minyak dan tumis serai, kayu manis, bunga lawang, bawang besar dan daun kari.
Bila bawang dah berwarna keperangan,masukkan pes halia dan bawang putih.
Masak sebentar dan masukkan sotong yang diperap tadi. Kacau rata hingga sotong masak.
Masukkan sedikit pes asam jawa. Gaul rata. Sotong tak perlu masak lama kerana isinya akan keras.
Perisakan dengan garam dan gula secukup rasa. Kalau nak lebih hitam,boleh tambah kicap pekat. Masukkan juga cili dan tomato yang dipotong.
Gaul rata dan padamkan api. Sedia untuk dinikmati.
INFO CHEF: Serbuk ketumbar, jintan putih dan serbuk cili bolehdisangai dulu dan kisar Ia akan menjadikan hidangan rasa lebih sedap.
Kredit resipi & foto: Rabiatun Adawyah Mohamed Din
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Persediaan Ramadan, Ini Resipi Pes Untuk Memudahkan Anda Memasak

Isi Kandungan
ToggleRamadan semakin dekat dan semestinya ramai yang sedang membuat persediaan untuk menyambut Ramadan. Para isteri pastinya sibuk untuk restock barang dapur. Maklumlah dah kena masak untuk sahur dan berbuka.
Selain mengasingkan bahan basah dan kering, ada juga sesetengah individu yang menyediakan pes-pes dimana akan memudahkan mereka untuk memasak dalam masa yang singkat dan tidak perlu terkejar-kejar.
Mudah kan bila dah ada pes ni? Jadi, kami akan kongsikan 6 resipi pes yang telah dikongsi oleh Fauzi Karim menerusi laman Facebooknya. Semoga bermanfaat untuk anda semua!
RESEPI PES MEMUDAHKAN ANDA MEMASAK
1. Pes Sambal Ijo (ala Padang)
- 20 biji cabai hijau besar *
- 10 biji cili api hijau *
- 10 ulas bwg merah *
- 8 ulas bwg putih *
- 5 biji tomato hijau (yg muda) *
- 1 kiub bilis
- 3 helai daun limau purut
Bahan bertanda * rebus sampai lembik sikit, pastu lenyek dengan lesung batu ataupun blend kasar. Panaskan minyak, tumis semua bahan sampai pecah minyak, masukkan kiub bilis, perasakan dengan garam dan gula dan masukkan daun limau purut tadi.Masak biar jadi pekat atau kering, bila dah sejuk, masukkan dalam tupperware yang kedap udara, pastu leh simpan dalam freezer. Nak guna, pakai sudu yang kering ok.
2. Pes Tom Yam
- 20 biji cili kering (rebus pastu goreng gareng ngan minyak)*
- 15 ulas bwg putih *
- 10 ulas bwg merah *
- 10 batang serai *
- 8 helai daun limau purut *
- 2 inci lengkuas *
- 2 inci halia *
- 3 sudu besar udang kering *
- 3 cm belacan yg dibakar *
- 1/4 gula melaka (dari sekeping)
- Air asam jawa
- 3 sudu besar sos ikan (amik yang gambar ikan bawal)
- Air, minyak, garam
Kisar semua bahan bertanda * dengan sedikit air atau minyak goreng cili tadi. Panaskan minyak, tumis bahan-bahan sampai pekat. Masukkan air asam jawa, sos ikan, gula melaka dan garam. Masak betul-betul pecah minyak dan pekat.Masak biar jadi pekat atau kering, bila dah sejuk, masukkan dalam tupperware yang kedap udara, pastu boleh simpan dalam freezer. Nak guna, pakai sudu yang kering ok.
3. Pes Masak Kicap Berempah
- 20 biji cili kering(goreng dengan minyak sampai garing) *
- 10 ulas bawang merah *
- 8 ulas bawang putih *
- 2 inci halia *
- 2 sudu besar jintan manis ※
- 2 sudu besar jintan kasar ※
- 1 sudu besar lada hitam biji ※
- 1 sudu besar ketumbar biji ※
Bahan bertanda ※ kena goreng tanpa minyak
- Air asam jawa
- Minyak, garam, gula, kiub bilis
- 4 sudu besar Sos cili, sos tiram, kicap manis, kicap masin
Kisar bahan bertanda * dan bahan bertanda ※ guna minyak cili goreng tadi sampai lumat. Tumis dengan minyak sampai garing dan pecah minyak. Perasakan dengan sos-sos tadi. Jangan lupa bubuh garam, gula dan kiub bilis sebiji.Masak biar jadi pekat atau kering, bila sudah sejuk, masukkan dalam tupperware yang kedap udara, pastu boleh simpan dalam freezer. Nak guna, pakai sudu yang kering ok.
4. Pes Asam Pedas
- 20 biji cili kering (rebus dulu) *
- 10 biji cili merah (rebus dulu) *
- 5 biji cili padi (rebus dulu) *
- 15 ulas bwg merah *
- 10 ulas bwg putih *
- 2 inci lengkuas *
- 2 inci halia *
- 2 inci belacan bakar *
- 1 sudu besar biji ketumbar *
- 1 sudu besar jintan manis *
- Air asam jawa, gula n garam
Kisar bahan bertanda * sampai sebati. Panaskan minyak dan tumis sampai garing dan pecah minyak. Perasakan ngan garam, air asam jawa dan gula.Masak biar jadi pekat atau kering, bila dah sejuk, masukkan dalam tupperware yang kedap udara, selepas itu boleh simpan dalam freezer. Nak guna, pakai sudu yang kering ok.
5. Pes Cili Padi
- 20 biji cili padi merah (rebus)
- 20 biji cili merah besar (rebus)
- 2 inci kunyit hidup
- Garam
Kisar semua bahan dengan sedikit air. Pastikan guna air panas atau suam.Lagi bagus kalau kisar kering.Selepas itu terus simpan dalam tupperware kedap udara, bubuh dalam freezer. Pes ni sesuai lau nak masak gulai yang tak gunakan bawang.
6. Pes Sambal Serbaguna Ikan/Ayam/Seafood
- 20 biji cili kering (rebus) *
- 20 biji cili merah (rebus) *
- 4 biji tomato *
- 15 ulas bawang merah *
- 10 ulas bawang putih *
- 2 inci halia *
- 1/4 gula melaka (daripada sekeping)
- 4 sb sos cili dan sos tiram
- 1 biji kiub bilis, leh gak ganti 3 sudu besar udang kering*
- Garam
- Minyak
Kisar semua bahan guna sedikit air. Kalau dapat kisar kering lagi bagus. Panaskan minyak, tumiskan bahan kisar sampai pecah minyak dan garing. Masukkan gula melaka, kiub bilis, air asam jawa dan sos. Perasakan dengan garam.Masak biar jadi pekat atau kering, bila sudah sejuk, masukkan dalam tupperware yang kedap udara, pastu boleh simpan dalam freezer. Nak guna, pakai sudu yang kering ok.
Ekstra tip:
- Masak guna api yang perlahan ye.
- Guna air masak/air panas/air suam.
- Sudah betul-betul sejuk baru masuk freezer.
- Keluarkan pes awal 1 jam sebelum digunakan bagi tujuan defrost.
- Seeloknya penggunaan lebih kurang sebulan kalau guna suhu sejuk biasa, kalau sejuk beku confirm lagi tahan. Tapi sapa rajin masak, confirm tak tahan sebulan.
Selamat Mencuba
Sumber: Rarra Sakura via Fauzi Karim
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI