Mandi wajib atau juga dipanggil mandi junub tidak boleh dipandang ringan. Samada terkelur air mani, selepas bersetubuh atau selepas haid atau nifas, cara mandi wajib yang betul adalah sangat penting. Ini kerana jika mandi wajib tidak betul, ibadat yang lain tidak sah. Tidak kira juga menggunakan air hujan, air paip atau air pancut shower, yang penting air tersebut ialah air mutlak.
Tidak perlu mandi lama-lama. Biar cepat, mudah dan ringkas. Asalkan mandian itu sempurna. Panduan mandi wajib ini boleh digunakan untuk kedua-dua lelaki dan perempuan.
Untuk itu, ilmu cara mandi wajib ini perlu dipelajari. Sumber rujukan cara mandi wajib ini didapati dari JAKIM.
Cara Mandi Wajib Yang Betul, Untuk Lelaki & Perempuan Dari JAKIM :
1. Niat ketika air sampai ke tubuh
2. Membaca “Bismillah”
3. Mencuci tangan sebanyak tiga kali
4. Mencuci kemaluan dengan tangan kiri
5. Membersihkan atau menyucikan tangan kiri dengan sabun
6. Berwuduk. Wuduk boleh dilakukan seperti wuduk biasa sepertimana biasa dilakukan sebelum melakukan solat. Ataupun boleh menangguhkan mencuci kaki selepas selesai mandi.
7. Membasuh kepala dengan mengusap rambut secara meratakan kepala lau siram 3 kali dengan air. Ini berdasarkan hadith dari ‘Aisyah (R.A) di dalam Sahih al-Bukhari yang maksudnya:
“Kemudian Baginda SAW memasukkan jari-jarinya ke dalam air, kemudian mengusap rambutnya, kemudian menyiram kepalanya 3 kali dengan kedua-dua tangannya”
Ketika menyiram kepala, hendaklah dimulai dengan bahagian kanan, kemudian bahagian kiri dan seterusnya bahagian tengah kepala. Ini berdasarkan hadith ‘Aisyah (R.A) yang maksudnya:
Ads
“Baginda menyiram kepalanya di bahagian kanan, kemudian bahagian kiri”
Bagi wanita yang mandi untuk haid atau mandi junub, perlu melepaskan ikatan rambut tersebut. Ini pula berdasarkan hadith ‘Aisyah (R.A) di dalam Sahih al-Bukhari di mana beliau kedatangan haid ketika menunaikan haji. Lalu Baginda Rasulullah SAW berkata sedemikian:
“Tinggalkanlah umrahmu, lepaskanlah ikatan rambutmu (ketika mandi) dan sisirlah rambutmu”
8. Memulakan dengan bahagian kanan tubuh.
Ads
Dari ‘Aisyah (R.A): “Sesungguhnya Rasulullah SAW suka mendahulukan bahagian kanan pada semua urusannya, ketika memakai kasut, ketika bersikat dan ketika bersuci”. (Sahih Muslim)
9. Meratakan air ke seluruh tubuh badan
10. Berwuduk jika hendak mengerjakan solat fardhu. Perbezaan antara mandi wajib dengan mandi sunat hanyalah pada niatnya sahaja. Cara kaedah mandi adalah sama.
Ads
Sumber : JAKIM
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Nak nampak posture badan cantik bila pakai baju pengntin, anda kena betulkan pemakaian baju dalam dulu.
Jika tidak, pasti akan nampak kurang berseri bila tubuh badan pengantin kelihatan sedikit bongkok atau ‘tidak ngam’ di bahagian tertentu.
Tip Nak Nampak Posture Badan Cantik
Berkongsi tip untuk bakal pengantin perempuan, personal shopper Caca berkata, pemilihan baju dalam atau bra adalah perkara penting bagi menambahkan keyakinan pada hari bahagia.
“Siapa yang nak majlis pernikahan dan sanding dengan posture badan cantik, kenalah pandai pilih bra ya.
“Terutama mereka yang menggunakan saiz B dan C,” katanya ringkas.
Ini tiga perkara utama perlu bakal pengantin perempuan tahu untuk mendapatkan bra yang bersesuaian.
1. Pilih seamless bra
Kebanyakan busana pengantin mengikut ukuran badan si pemakai.
Oleh itu, anda perlu mengenakan bra yang seamless supaya bahagian belakang baju tidak kelihatan terbojol, kesan jahitan bra.
2. Pastikan bahagian tepi bra lebih lebar
Baju dalam yang mempunyai tiga hingga empat cangkuk sememangnya bahagian tepinya lebih lebar.
Pemakaian bra jenis ini membolehkan lebihan lemak di dada ditutup rapi sekali gus menutup ‘kekurangan’ pada tubuh si pemakai.
3. Penggunaan bra push-up sangat digalakkan
Mereka yang mengenakan saiz B dan C sering mengalami masalah payudara kendur atau ‘jatuh’.
Bagi memastikan penampilan dan keselesaan pada hari bahagia tidak terganggu, bakal pengantin digalakkan untuk mengenakan bra jenis push-up.
Hasilnya bukan sahaja posture badan kelihatan cantik, tetapi anda juga akan berasa lebih yakin untuk bersanding dan berjalan di aisle nanti.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Memandangkan kelengkapan ajaran Islam dalam menjamin kesejahteraan rumah tangga, keturunan dan keselamatan umat, maka syariat Islam telah mengadakan beberapa peraturan hukum perkahwinan agar manusia tidak akan tergelincir ke dalam kerosakan dan kehancuran kerana sudah menjadi fardhu ain terhadap orang Islam yang mengaku dirinya Islam wajib mempelajari hukum-hukum Allah termasuk dalam urusan perkahwinan.
Namun, apalah erti sebuah perkahwinan andai tiada kebahagiaan dan ketenangan padanya.
Terdapat beberapa faktor penting yang perlu diasaskan dalam perkahwinan bagi mengecapi kebahagiaan. Antaranya:
Perkahwinan hendaklah diasaskan dengan rasa taqwa kepada Allah
Taqwa adalah suatu sifat yang sering diperkatakan, namun cukup kuat dalam segala urusan kehidupan kita. Ia adalah seperti alat perhubungan antara kita dengan Allah. Tanpa taqwa, dikhuatiri perkahwinan itu tidak akan mencapai kepada matlamatnya, tambahan pula berkahwin merupakan ibadat dan sunnah.
Perkahwinan hendaklah juga diasaskan kepada rasa ‘Mawaddah wa Rahmah’
Mawaddah bererti cinta manakala Rahmah bererti kasih sayang. Kedua-dua sifat ini perlu ada dalam sebuah perkahwinan. Tanpa kedua-dua perkara ini, sebuah perkahwinan itu seolah-olah kosong dan meletakkan ia kepada suatu situasi yang merbahaya dibimbangi boleh membawa kepada perceraian.
Perkahwinan juga perlu berasaskan kepada amanah dan tanggungjawab
Amanah dan tangungjawab juga merupakan perkara asas yang wajib ada dalam perkahwinan bukan kahwin untuk memenuhi kehendak nafsu semata-mata. Suatu amanah hendaklah ditunaikan dengan sebaik-baiknya, sementara tanggungjawab dilaksanakan dengan jujur dan ikhlas hati.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Kawasan leher juga hampir selalu terdedah kepada cahaya matahari, yang bermaksud sinaran ultraviolet dari matahari boleh menembus kulit yang sudah lebih nipis dan merosakkan sel-sel, mempercepat proses penuaan. Faktor lain adalah kekurangan pengeluaran sebum pada kulit leher. Oleh kerana leher anda tidak menghasilkan sebum, kulit di sini lebih rentan terhadap kekeringan, hal ini menyebabkan tekstur kulit jadi berkedut. Buat bakal pengantin semua sila ambil tindakan segera supaya kulit leher anda tidak berkedut seribu.
Jadi, apa yang perlu anda lakukan untuk menjaga leher?
.
Aplikasi SPF
Kita cenderung untuk meletakkan krim SPF ke muka dan badan tapi sering melupakan kawasan di antaranya. Perkara yang baik ialah, anda tidak perlu krim pelindung matahari yang berasingan untuk kawasan leher, selagi pelindung matahari anda adalah spektrum luas dan menyediakan perlindungan UVA dan UVB.Jadi sentiasa ingat untuk meletakkan SPF di leher anda seperti mana anda melakukan ke wajah.
Pakai topi
Tidak seperti tubuh anda yang dilitupi oleh pakaian, leher anda sering terdedah kepada cahaya matahari. Selain meletakkan SPF, anda boleh juga memakai topi untuk menghalang sinaran UV, terutamanya bila berada di luar untuk tempoh masa yang panjang atau pada waktu puncak.
Tanggal mekap
Bila tiba nak tanggal mekap, kita cenderung hanya menumpukan perhatian dari dagu ke atas dan mengabaikan kawasan leher. Sisa solekan yang dibina di kawasan leher dari masa ke masa boleh menghalang kulit anda daripada bernafas dan sel-sel kulit mati, yang menyebabkan tanda-tanda penuaan pramatang seperti kulit kusam.
Apabila nak membersihkan wajah, lakukan pada leher juga dan sama sekali jangan tertinggal.
Pakai produk di leher
Kebanyakan produk penjagaan kulit anda akan memberi manfaat kepada leher dengan cara yang sama dengan wajah anda dalam hal menyediakan kelembapan dan penghidratan. Oleh itu, apabila anda menjalankan rutin penjagaan kulit harian, lakukan pada leher juga (dan juga kawasan dada) supaya ia melembap dan menjaganya dengan baik.
Gerakan menaik
.
Apabila meletakkan produk penjagaan kulit di leher, gunakan gerakan menaik untuk mengelakkan tarik leher anda ke bawah. Juga berhati-hati untuk tidak letak secara agresif supaya anda tidak meregangkan urat leher.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!